5 Dis 2014

Mereka Bersukaria Berendam Di Tasik Kenyir Semasa PAS Berhimpun Di Perak


Bila orang suci tidak wala' .....

Wahai Bapa ku, TITM, sangat menghairankan, selaku seorang Naib Presiden, Tuan boleh gi berseronok-seronoh mandi manda dengan Norazli Musa, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi...ketika PAS Pusat ada program di Perak kerana menyambut Perayaan Ulangtahun PAS kali ke-63 tahun...

Apakah perayaan tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada mereka yang sewaktu dengan mu, wahai Bapa ku, TITM?

Bukankah apabila ada percanggahan program dengan program PAS Pusat, maka program PAS Pusatlah perlu diutamakan dan program selain itu perlu diabaikan. Maka apa ceritanya Wahai Bapa ku TITM?

Norazli Musa adalah Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. Dia sepatutnya selaku tuan rumah, patut menyambut kedatangan tetamu ke Negeri Perak yg jadi tuan rumah.

Tolonglah jangan terlalu sibuk cari sampul tebal di Kota Raya.....

Ini semua adalah gara-gara wala tahap taksub dengan kelaku Tuang Presideng...atau apa?

Tuang Presidenglah yg memulakannya hingga menjadi ikutan pemimpin bawahan. Presideng yang mengungkap kata-kata sombong dan angkuh : "Atas sayalah nak hadir, tak mahu hadir".

Tuang Presideng telah tuang sewaktu pembentangan bajet kerana pergi ke London ikut Setpolnya, Dr Ahmad Samsuri yang menghantar anaknya belajar di sana.

Kesian budak-budak disana terpaksa tergesa-gesa susun program kerana kedatangan Hj Hadi kesana tidak dirancang terlebih awal.

Dia kelam kabut nak lari semata-mata kerana dia 'segan' nak duduk diantara celah Anwar dan LKS ...adoi! Rupa-rupanya, TMB Kelantan, Nik Amar pun turut begitu mentaksubi Hj Hadi dalam hal ponteng....

MSO dalam blognya menulis : Ketidak hadiran Mohd Amar pada sidang DUN lepas menjadi tanda tanya. Tidak sepatutnya beliau sebagai TMB tidak menghadiri sidang DUN apa lagi ia membincang soal perbelanjaan negeri Kelantan untuk tahun depan. Khabarnya semasa sidang Dewan bersidang beliau berada di Makkah. Selaku timbalan MB, Mohd Amar harus menjadi pembantu MB sepanjang masa.

Begitulah ceritanya tingkatan dan tahap wala' yang ada dalam PAS. Korang tak wala' jadi Munafiq Haraki, depa tak mengapa, sebab dari kalangan manusia suci.... -al-husseyn



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Akan terdedah dan terbongkar wajah sebenar golonngan yang mengaku sabagai wala' serta suka menghukum orang lain sebagai munafiq haraki. Sekarang terdedah siapa sebenarnya munafiq haraki itu.

Merekalah JEBON dalam ertikata sebenar, tetapi yang dituduhnya orang lain... Namun kebenaran akan tetap muncul juga.

Sewajarnya kesemua mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana mengutamakan program lain selain dari program PAS Pusat. Bersukaria sesama puak wala' mereka tatkala parti sedang mengadakan satu program besar untuk membincangkan halataju parti sempena ulangtahun parti yang ke 63 di Perak.

Kata seorang sahabat... jikalah yang berkelah itu dari golongan profesyenal sudah pasti ia menjadi satu isu besar...

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wala' yang kayu macam balak..

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan orang oang Bahalol ber sikap perangai tidak ber tanggung jawab pada diri mereka , apa lagi pafa rakyat. Mereka golongan manusia yang gagal dan tiada maruah diri , jauh lagi takut ke alam kubur.

Rakyat perlu sedar dan mula mikir dan fahami ayat ayat Quran dan Sunnah , bukan saja hafal menghafal sehingga jaja jaja ayat untuk keuntungan dunia.

Tanpa Nama berkata...

GB

Jangan hukum mereka dengan menghadapkan mereka semua ke lembaga disiplin Biar mereka yang basah kuyup pada hari Ulangtahun PAS 63 tahun di hukum oleh ahli ahli PAS sendiri

Tanpa Nama berkata...

Tubuh je le pasma. Buat apa nak melalut-lalut lagi. Saari ada, Husam ada, Khalid ada, Hanipa ada. kuat2 semua tu. Kenapa takut lagi... tak yakin lagi.

Tanpa Nama berkata...

Salah satu package yang di tawarkan kerana menimbulkan masallah semasa isu MB Sgor Walaupun sikit dan sekejap tapi effect nya sampai ke hari ini

Mereka meraikan semasa PAS Pusat menyambut 63 Tahun perjuangan ahli ahli nya !

Maaf kalau tak benar tolong nafikan

Tanpa Nama berkata...

Membina ukhuwah dari pusat ke bawah. Mana sampul tak tebal!!!

Tanpa Nama berkata...

Senyum...

Tanpa Nama berkata...

Aduhai, apa sudah jadi ni?! Amat menyedihkan apabila orang kuat PAS sendiri menunjukkan contoh yang negatif kpd rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Islam mereka adalah islam untuk kepentingan diri.bukannya untuk dicontohi.

Percayalah hukum kebenaran sedang berjalan....

mari kita lihat...permainan mereka sampai dimana....

next pemilihan, kasi pancung sama ini geng !

Kuda Perang berkata...

Assalamu alaykum tuan GB,
Nampaknya tuan pun sudah berubah kini,

Ini link video TGHA bahas Bajet 2015 di Parlimen; https://www.youtube.com/watch?v=oTTRrVcUZh0

Tanpa Nama berkata...

pemimpin dan ahli pas raikan sambutan 63 tahun PAS di Perak, mereka berendam sakan di tasik kenyir.... hampas...

pastu berkata...

Puak2 jebUG ni dah terlebih MAKSUM dah.Macam bapak ketam suruh anak dia jaln betoi dia pun terlebih tak betoi.Bila akaq umbi teguq baran.X wala' la apa2 la.Dlam PKR pun ada ngo dia SAMM dan JINGGA13 tak kecoh pun.Bila ada PASMA dalam PAS,Tok Ayah Hadi kata tak leh ada parti dalam parti.Saya harap admin GB jangan jadi blog ni blog pencacai jebUG.

Tanpa Nama berkata...

Bagi penganut agama hindu, mereka percaya untuk membersihkan diri dari dosa adalah dgn mandi di Sungai Ganges.

Tanpa Nama berkata...

dengan pertukran nama jalan di KL sempena nama Raja Raja Melayu maka sesuai lah dan kena dengan peristiwa Tasik Kenyir ke nama baru ia itu TASIK HANYIR

sekian

Tanpa Nama berkata...

Jika prog PAS depa buat macam ni
Apa lagi prog PR dah tentu kena sabotaj

Unknown berkata...

hinanya hadi awang dan mereka yg sehaluan dengannya adalah mereka "terlupa" dimana tarafnya mereka dlm "tahaluf siasyi" yg sedang berjalan ..maka adalah dinasihatkan pada hadi awang dan sekutunya supaya wala' pada segala keputusan yg telah "dimuafakat" oleh rakan tahalufnya.(sama ada kamu menyertai keputusan.atau tidak) supaya golongan manusia yg sombong..jahil lagi buruk lisannya itu kembali "memuliakan" kamu seperti sedia kala...benar kata siempunya blog "mengapa terjun dari bahtera terlalu awal ?" teringat aku dimana norazli musa mencela mufti perak semahunya ..dan disambut oleh golongan yg jahil dan sombong itu dengan kalimah "Allahhuakbar".. kini golongan yg sama kembali mencela kamu..teringat juga aku pada " keramatnya" amanat hadi awang hingga berbunuhan pengikutnya menentang sipemerintah ..kini benih mereka membesar untuk mencela kamu ..jng ingat kepimpinan khawarij PAS yg lain akan kekal "dikalung" pada pujia2an selamanya..PR lebih penting dari puakmu..maka selamatlah kamu dari dikembalikan celaan pada batang tubuhmu..dan ingatlah "tidak akan redha puak kafir selagimana kamu tidak menurut pada kehendak mereka"... sebelum itu kamu mengorbankan sloganmu " negara islam"..kamu juga tidak malu untuk berkongsi kalimah "ALLAH"... untuk disyirikan oleh mereka..mengapa kamu " melawan" dlm isu MB selangor ?..itulah "harga" untuk kamu "menghirup" bagaimana nikmatnya menjadi pemerintah ..jika tiada aral melintang PRU akan datang mungkin menjadi..tetapi jgn kamu berlagak sebagai ketua @ presiden dlm PR..kerana tiada ketua didlmnya (PR)..yg ada adalah "muafakat" .... tetapi jauh didlm hati ..aku mendoakan saudaraku PAS dan PKR dan UMNO supaya kembali kejln yg diredhai Allahswt..

Tanpa Nama berkata...

Bro kuda, tgk hj hadi dah tak berapa sihat. Elok berhentilah.. Bagi yg muda. Yg penting tak berkepentingan nak tebalkan poket. Bro GB tak berubah. Dia cuma berubah tak menyokong pas ug sahaja. Yg penting tak wala' membuta tuli..

Tanpa Nama berkata...

Jadah mana pula yg sebut barua, broker, fitnah pil kuda & kominis tu? Ooo itu lisan yg baik pd kamu ya.

Jeman berkata...

Jgn lyn unknown ni.. dia cybertrooper umno bleh track dia punye komen yg lepas2

Tanpa Nama berkata...

pakai PASMA saja.. biar umno dan pas yg bergabung terlungkup sama sama pada 2018

Tanpa Nama berkata...

Dalam ulasan GB tidak ada kenyataan Hj Hadi tidak hadir semasa bahas bajet

Hj Hadi tak hadir semasa hari semasa hari pembentangan bajet Untuk bahas bila bila pun boleh bahas

Tanpa Nama berkata...

Perhatian ahli ahli PAS seluruh malaysia, tolong pakat2 print gambar geng celaka ni, amati cam dan ingati rupa paras mereka. Kita bersatu atas nama ahli pas seluruh malaysia kita humban dan rejam mereka hingga kedasar tasik kenyir, tak perlu lagi timbul untuk membuat onar dalam batang tubuh Parti PAS. ALLAHUAKHBAR..3

JANGAN LUPA SEKALI DGN TUAN PRESIDENG.

Kuda Perang berkata...

Siapa PAS UG yg tuan-tuan maksudkan? Cuba senaraikan di sini.. kalau ada bersama bukti yg xdapat disangkal lagi bagus..

Kuda Perang berkata...

Bagi saya semua fitnah yang makin hari makin menjadi2 terhadap PAS ini adalah semata2 usaha musuh2 Islam yang mahu memusnahkan perjuangan parti Islam di Malaysia..

Tahniahlah kpd beberapa kerat umat Islam yg menjadi gunting dalam lipatan yang turut berusaha bersusah payah untuk menjayakan agenda musuh2 Islam.

Sekali lagi TAHNIAH kpd TUAN2... Hazzon saeedan...

Tanpa Nama berkata...

Celaka?belum tentu orang yg dikata celaka itu celaka...boleh jadi orang yg kata celaka ni adalah yg mendapat celaka di dunia dan akhirat...

Tanpa Nama berkata...

Bro Kuda, lu pegi tanya itu Dr.Zuhdi pasal nak berkompromi dgn umno masa krisis MB Selangor. Jangan jadi naif la bro. Jgn anggap org tak sehaluan dgn perjuangan Pas dianggap musuh islam. Ini jenis anggap org x setuju terus jadi kafir.. Aper hei...

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni kepada greenboc.

Cuma yang boleh saya katakan Greenboc tidak relevan terhadap PAS. Pandangan dan tulisan greenboc perlulah di tapis agar tidak mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni.

Tanpa Nama berkata...

Apakah greenboc merestui ayat geng celaka yg ditulis diatas sehingga beliau melulus terbit komen guna ayat celaka itu?!!!...dimanakah nota kaki yg greenboc kata nk tapis komen maki hamun?sy adalah pembaca setia blog ini tetapi kecewa jika komen maki hamun trus dilulus terbit...kritik ada cara dan bahasa yg bgus semua orang faham tak perlu maki hamun...kalau orang maki mak anon yg guna ayat geng celaka itu apa perasaan dia?

Unknown berkata...

aku menulis semata2 untuk menyedarkan betapa buruknya jln yg kamu pilih..dan betapa khianatnya para pemimpinya..tetapi sedikitpun aku tidak memaksakan kamu supaya menurut atau membenarkan segala maksud pada tulisan yg aku lampirkan disini..ia bergantung sepenuhnya pada ilmu dan akalmu..tidak juga aku mengapikan sebahagian dari kalangan kamu supaya mempertahankan hadi awang dan sekutunya agar "tahaluf siasyi" kamu yg sedang berjalan itu supaya berkubur (padaku ia tidak memenuhi pada syarat utama dlm sesuatu tahaluf siasyi) bukan juga untuk UMNO kekal selamanya sebagai pemerintah..sejak dari dahulu aku telah menjangka akan datang fitnah dan kemungkaran yg lebih besar dan hebat natijahnya pada bangsa melayu ..dan kemuliaan agama islam (secara zahir) dlm negara ini hasil dari sifat kufur nikmat yg disemai tanpa jemu oleh para pemimpin yg khianat terutamanya dari puak PAS..benar kamu semakin berkuasa..tetapi berkuasanya kamu datang bersama penghinaan kepada sebahagian besar kepimpinan yg digelar "ulama".. lebih buruk penghinaan itu dihadiahkan oleh para pengikut mereka sendiri..bukankah sepatutnya para pemimpin kamu pada waktu ini sedang enak dibuai oleh segala macam pujian ..." mengapa sebahagian darinya kamu hinakan?"..aku bukan tunggangan UMNO..aku menulis kerana syariat islam..

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:08

Jangan berselindung disebalik alasan satu ayat begitu. Be4hujah.Ini macam pukoi curi. Takde siapa pun suka kena pukoi curi. Agama pun larqng buat ke4ja pukoi curi.

Allah bagi akal kepada kita untuk menilai betul atau salah. Samada kita rasa salah atau betul, kita mempunyai alasan dan hujah. Jangan malu be4hujah. Kita orang m3layu amat xg3mar be4fikir menggunakan akal. Sedangkan akal adalah anugerah Allah yang m3nakjubkan.

Tanpa Nama berkata...

hujah???kata celaka tu hujjah??hahaha...nk berhujah lg ke hahaha