Tambang baharu bas naik Januari 2015
KUALA LUMPUR - Tambang baharu bas sekolah akan dikenakan menjelang Januari 2015 dan jumlah kenaikan akan dibuat oleh pengusaha bas sekolah secara individu.
Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, pengiraan tambang baharu itu akan dibuat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang dibuat pada tahun 2009.
"Kami terpaksa menerima regulasi yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),tetapi SPAD tidak ada garis panduan untuk tetapkan tambang bas sekolah, maka kita akan guna pakai panduan yang pernah dibuat LPKP 2009.
"Kadar itu akan ditetapkan secara individu oleh pengusaha sendiri disamping mengambil kira Seksyen 4 Akta Persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)," katanya pada sidang media selepas mengendalikan Mesyuarat Tahunan kali ke-42 semalam.
Amali menegaskan pihak persatuan tidak akan campur tangan berapakah jumlah kenaikan yang akan dikenakan itu nanti.
"Persatuan tiada kuasa untuk tetapkan berapa peratus kenaikan itu kerana ia tertaluk dibawah Akta Persaingan.
"Namun apa yang boleh kita tegaskan berdasarkan keadaan semasa kadar tambang bas sekolah akan naik tahun depan," katanya.
Beliau berkata, peningkatan itu bukan tujuan untuk menekan ibu bapa tetapi keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pengurangan subsidi diesel yang dibuat kerajaan terhadap pengusaha perkhidmatan bas sekolah.
Menurutnya lagi, peningkatan itu juga berdasarkan kenaikan harga bagi kos penyelenggaraan bas dan belanja pengurusan yang lain.
"Namun paling terkesan adalah pengurang subsidi diesel kerana kos itu melibatkan 40 peratus daripada keseluruhan kos perkhidmatan ini," katanya.
Jelas beliau, tindakan SPAD untuk tidak meletakkan siling harga bagi tambang bas sekolah juga menyukarkan pihak mereka menetapkan tambang baharu itu. -SH
ULASAN GB
Satu demi satu "hadiah" UMNO BN untuk rakyat.
Kini tambang bas sekolah akan naik. Lebih malang apabila SPAD tidak menetapkan harga siling kenaikan tersebut. Ini bererti tiada had bagi kenaikan tersebut.
Rakyat terus tertekan dan terus terhimpit selagi UMNO BN memerintah negara!
13 ulasan:
Rakyat Malaysia kena ingat negara luar yang ada laksanakan GST kebanyakkan rakyatnya bekerja white collar jobs i boleh katakan almost 90%. Jadi kena tax GST tak ada masalah sebab gaji diaorang biasanya 6 figure.
MALAYSIA 90% KERJA SEBAGAI BLUE COLLAR JOBS YANG MANA GAJI PUN PALING MAX 4 FIGURE BAHKAN ADA YANG 3 FIGURE LAGI. NAK LAKSANAKAN KENALAH ENSURE KEBANYAKKAN RAKYAT MALAYSIA KERJA SEBAGAI WHITE COLLAR JOBS ALIAS PEKERJA CORPORATE, TOP MANAGEMENT DAN LAIN - LAIN BUKAN BLUE COLLAR JOBS SEPERTIMANA YANG DIREBUT MAHASISIWA MENGANGGUR SEPERTI ENGINEER, CIKGU DAN KERJA YANG MELIBATKAN SEKTOR OPERASI. IF LU NAK SURVIVE THEN PILIH DAN USAHAKAN UNTUK DAPAT PEKERJAAN WHITE COLLAR JOBS ATAU LU TUMBANGKAN KERJA ZALIM INI PADA PRU AKAN DATANG. DECISION IS IN YOUR HANDS.
bukan tambang bas je naek...yuran taska n tadika anak pun naek di putrajaya ni...dahla katanya 4 taun di tadika dah start blaja.
ada baju, buku bagai...jkm cubala trun pdg..:(
Anon 0938, wa sokong betoi lu punya cakap tapi yang payah bila dah BATAT TOTOK , bukan tau apa.
Bagus juga kalau sesapa dapat senaraikan Hadiah yang diterima rakyat !
apa aku peduli , janji anak menantu aku kaya , boleh g german tgk kereta mewah n beli bwk balik malaysia , padan muka hangpa , aku jual ayaq liuq je , anak manantu aku kaya raya ,
* padan muka hangpa , sebab hangpa bodoh la , anak menantu aku kaya raya kah kah kah kah kah kah
kengkadang terlintas kat otak... macai2 ni x terasa ke dgn kenaikan barang semua ni... xkan dah beku dgn ketuanan melayu??
Kat Malaysia ni hujan dan kangkung je yang turun..barang2 lain semua naik harga
HABIS AKU YANG JADI DREBAR BAS TAK PAYAH LER NAK NAIK2 GAJI ???!!! KAWAN AKU YANG JADI KONDUKTOR BAS PUN TAK PAYAH LER NAIK GAJI???!!! JGANLAH NAK MAIN POLITIK PASAL NI. KAMU NAK TIAP2 TAHUN NAIK GAJI. KAMI YG KULI KEPADA TOKEY CINA KAPIOR NI TAK PAYAH LE NAIK-NAIK GAJI SAMPAI BILA2?? APA PUNYA BLOG DA? CAKAP PASAL NEGARA BERKEBAJIKAN TAPI MACAM PARIAH. SEMUA NAK MAIN POLITIK. BODOH BETUL !!
Ada, GST vs BR1M
Ayat yang paling sesuai,
....... PADAN MUKA, PILIH LAGI ........
Sepatutnya TUTUP saja SPAD.Tak tahu buat kerja.
maka bertempiklah golongan yg kufur nikmat itu setiap kali mereka merasa semakin banyak "nikmat" yg ditarik darinya..lalu datanglah suara (kepimpinan) yg mengambil jln khianat dengan berkata apa yg ditimpakan kepada kamu adalah "kezaliman" dari sipemerintah... ikutlah kepada kami dengan menyerahkan kuasa pemerintahan nescaya kamu akan "berbahagia" ..lalu ikutlah akan sekalian manusia yg kufur itu kepada "suara" yg sering berkhianat dlm hampir seluruh urusan yg melibatkan perebutan kuasa pemerintahan..dan natijahnya golongan yg tertipu itu kekal dlm sifat kufur pada nikmat yg masih kekal untuknya dan masih jua kufur pada nikmat yg telah terlepas dari mereka...
SPAD tak boleh tutup
Kalau SPAD tutup siapa yang nak tampal nombor talian hotline belakang lori dan bas Siapa yang nak tampal had kelajuan belakang kenderaan
Setakat tu je kejayaan SPAD
kita tak boleh salahkan pengusaha bas
Kita salahkan pihak berkuasa
Bila Raya boleh pulak letak harga siling Boleh plak tetapkan satu kilo meter berapa sen tapi kadar berapa untuk tambang bas sekolah naik si botak tu tak tahu pulak nak putus kan
Bas ekpress pun naik jugak ikut suka hati
Semua dah kena badi 'suka hati' Hadi Yang tak kena rakyat macam aku jugaaak 'SAKIT HATI'
Catat Ulasan