24 Dis 2014

[EDISI BINATANG] Didera Minum Air Kencing & Air Panas, Kemaluan Disula...


Siksa, derita demi “sesuap nasi”

Jenis manusia apakah yang akan memaksa seseorang supaya minum air kencing dan air panas, gigi diicabut serta kemaluan disula dengan objek?

Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat dengan elektrik, kepala dan badan di pijak selain makan najis.

Bayangkanlah bagaimana rasanya jika anda diperlakukan begitu!

Begitulah nasib beberapa pembantu rumah Indonesia yang datang ke negara ini demi mencari rezeki, yang mana kebanyakannya bekerja sebagai pembantu di rumah-rumah, di kedai-kedai makan, di pusat-pusat penjagaan kesihatan dan seumpamanya. Namun, hanya mereka yang tahu jenis permit pekerjaan yang dipegang. Masing-masing terpaksa berjauhan daripada keluarga, mengerah kederat menggunakan tulang empat kerat demi memberi kehidupan lebih baik untuk keluarga di kampung halaman.

Namun tidak semua daripada mereka yang bernasib baik. Ada yang terpaksa menanggung bermacam rupa kepayahan, penderitaan malah penyiksaan.

Belum pun reda kes penderaan pembantu rumah warga Indonesia Nirmala Bonat yang disiksa teruk di bahagian payudara pada tahun 2004, seorang lagi pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun menjadi mangsa terbaru majikannya sejak lapan bulan lalu, di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Kes terbaru yang melibatkan wanita berusia 32 tahun itu, seakan sama dengan nasib yang menimpa Nirmala yang mana mangsa dipaksa minum air kencing dan air panas, giginya diicabut serta kemaluannya disula dengan objek. Malah, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa itu berakhir apabila dia diselamatkan jirannya ekoran penemuan nota ringkas yang ditulis mangsa berbunyi “tolong bos dera saya,” yang diletakannya di bawah pintu rumah majikannya.

Harian Metro hari ini melaporkan pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada jiran berkenaan, untuk menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, beliau dan seorang jiran lain sering terdengar suara menjerit dan merayu dikasihani.

“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap kedengaran, menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.


“Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,” katanya.

Tambah jiran mangsa, lebih mengejutkan rumah tersebut ibarat pusat penyeksaan, di mana pihak polis menjumpai sembilan jenis rotan.

Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding di sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.

“Mangsa mendakwa mula didera sejak mula bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.

“Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras,” katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Doktor yang merawat, mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,” katanya.

Sepasukan polis kembali ke lokasi kejadian jam 10 pagi kelmarin (Ahad) bagi mengumpul bukti penderaan sebelum menemui lima kesan darah baru di lantai dapur rumah itu.

“Selain itu, polis merampas alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik jari mangsa. Siasatan awal polis mendapati suspek akan memaksa mangsa mengesat darahnya yang jatuh di lantai dapur rumah berkenaan selepas didera,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

Disebabkan penderaan yang berterusan oleh rakyat Malaysia terhadap pembantu rumah warganegara Indonesia, berlakunya kesan mendalam menyebabkan mereka tidak mahu bekerja di negara ini walaupun ditawar gaji wang begitu lumayan.

Bayangkanlah kisah penyiksaan hamba atau pesalah di dalam kebuk siksa pada zaman dahulu seperti yang ditayangkan di televisyen. Peralatan yang digunakan di rumah tersebut ke atas pembantunya pasti memberikan gambaran kebuk siksa seperti yang dapat kita tonton. Pastinya, sesiapa saja yang membaca berita nasib pembantu itu akan berasa takut, malah mengerikan.

ULASAN GB

Teringat kisah Robengah, seorang amah yang mendakwa dirinya dirogol oleh seorang pak menteri satu ketika dulu.

Robengah diberitakan telah diberikan habuan sebuah rumah banglo di tanahairnya.... dan mahkamah telah melepaskan pak menteri itu...

GB tak sebut nama... dan tak juga menghina mahkamah, sekadar mengimbau semula peristiwa lalu...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pulak, dah ambil dua org gaji, lepas sebulan dua dua lari.... bengang jugak pada indonesia maid ni...

Tanpa Nama berkata...

Saya ada tonton video on youtube dokumentari kehidupan amah dari indonesia yg bkerja d malaysia...amah2 ni rumuskan kalau majikan india ada (tak semua) yg suka merogol dan mencabul...kalau majikan cina ramai (tak semua) yg suka memukul, dera dan bagi banyak kerja kadang2 tengah tidur waktu subuh dikejutkan oleh bos yg baru balik dari estet suruh cuci kereta awal pagi tu...ada pula yg kena suruh masak daging babi.....tapi kalau majikan melayu dan bangsa lain2 pula SELALU LAMBAT BAYAR GAJI huhuhu

Tanpa Nama berkata...

JANGAN SAMPAI RAKYAT INDONESIA GANYANG MALAYSIA SEKAKI LAGI HANYA KERANA KERAJAAN MALAYSIA TAK AMBIL SERIUS AKN HAL INI.

Tanpa Nama berkata...

Ganyang? Tak ingatkah dulu diganyang oleh Malaya semasa zaman Soekarno?

Unknown berkata...

Salam GreenBox

Kawan Yong dua kali maid Indon dia lari. Padahal dia baik sangat dengan maid itu.

Kalau maid2 itu kemudian diambil oleh orang lain dan kena dera...hmm...nak kata apa erk?