22 Dis 2014

[BENGONG] PAS Selangor Wajibkan PKR Sokong Hudud Di K'tan, Negeri Sendiri Tak Payah


PKR wajib sokong hudud di Kelantan, kata PAS Selangor

PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Taalib berkata PKR ‎tidak sewajarnya mengikut jejak langkah DAP yang menolak hudud kerana parti itu majoriti ahlinya bukan beragama Islam.

"Kepada orang bukan Islam, kita tidak boleh nak paksa.

"Tetapi bagi orang Islam, kita ada kewajipan untuk menerimanya. Kita mesti percaya, ada akidah. Kalau tolak, kita berdosa dan sebagainya.

"Justeru, dari sudut orang beragama Islam, PKR mesti menyokong," katanya kepada pemberita di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Gombak, Selangor, hari ini.

PKR Pusat akan bermesyuarat hari ini di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada jaml 3 petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu mengenai hudud.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan undang-undang yang akan dibawa PAS dalam Dewan Rakyat itu sebagai “bermasalah”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Templer itu berkata, perjuangan PAS sejak awal jelas bertegas mahukan hudud, selaras dengan perlembagaan parti itu yang mahu wujudkan pemerintahan Islam.

Katanya, PAS kini perlu menjalankan peranan berdakwah untuk memberi kefahaman kepada rakyat termasuk mendapatkan sokongan daripada bukan Islam bagaimana hukum hudud itu mampu mengurangkan jenayah.

"PAS dalam perlembagaan jelas menyatakan ingin mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang ada nilai Islam selaras dengan ajaran agama.

"Sekarang ini tanggungjawab PAS untuk memberi kefahaman. DAP dari sudut kefahamannya, dia kita tak boleh memaksa mereka," katanya.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Selangor itu bagaimanapun optimis pergeseran isu hudud tidak akan menjejaskan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, (PR).

Tidak seperti Barisan Nasional (BN), Zaidy berkata keterbukaan setiap parti PR menyatakan pendirian masing-masing menjadikan proses hubungan antara tiga parti semakin matang.

"Keterbukaan inilah kekuatan kita. Kalau tidak setuju, daripada situ kita berbincang. Kita nak kecilkan (perbezaan) ketidaksetujuan dan itulah kekuatan PR," katanya.

Persidangan Kebangsaan DAP 2014 di Petaling Jaya minggu lalu dalam satu resolusi bertegas menolak hudud dilaksanakan di negeri atau pusat dan dipersetujui sebulat suara 938 perwakilan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata PR mesti jelas dengan kedudukannya jika mahu menawan Putrajaya semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Itu mesti jelas kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi sederhana, bukan pengundi ekstrem," katanya.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam responsnya menyifatkan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan hak PAS memperjuangkan hudud di Kelantan amat tidak wajar.

"Ia satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR," katanya. -TMI


Selangor belum sedia laksana hudud, kata exco agama PAS

Pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini, kata Exco Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, lapor Selangorkini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu berkata, berbeza dengan Kelantan, pelaksanaan hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.

Katanya, pemahaman dalam perkara berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan.

“Di Selangor, saya kira kita masih lagi belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara ini.

“Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka perlu faham kenapa kita (PAS) hendak bawa syariat Islam ini,” katanya yang juga Bendahari PAS Selangor sebagaimana dilaporkan lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri pada 29 Disember ini untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II bagi membolehkan sebahagian hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Ia dibuat selepas Jawatankuasa Teknikal yang dibentuk di peringkat negeri dan Persekutuan sudah lapan kali bermesyuarat, lima di peringkat negeri dan tiga di peringkat pusat.

Cadangan Kelantan ini sekali lagi menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat di mana DAP menentangnya manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap cadangan ini 'bermasalah'.

Bagi DAP, hudud akan menghalang PR untuk ke Putrajaya. Namun Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menjawab, tanpa hudud pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13), ia juga tidak membawa Pakatan ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad yakin tidak berbangkit soal PR berpecah ekoran isu hudud ini.

"Saya tidak nampak begitu (pecah), ia tidak selari dalam beberapa isu sahaja tetapi kena lihat persamaaan antara parti itu dan banyak benda-benda yang boleh dibincangkan untuk kefahaman," katanya.

Antaranya, hudud ini hendak dilaksanakan kepada orang Islam sahaja tetapi persepsinya seolah-olah orang bukan Islam juga terkesan dengannya.

"Hudud ini pun lebih kepada pengajaran bukan hukuman, kena lihat aspek ini," kata beliau kepada wartawan.

Beliau juga menjelaskan, "Dalam PAS, hudud inilah satu perjuangan parti Islam itu. Saya yakin, semua umat Islam tidak menolak hudud, cuma perlukan agenda untuk memberikan kefahaman mengenainya."

"Jika rakyat tidak sedia, agenda untuk menjelaskan undang-undang perlu dibuat," kata beliau.
-TMI


ULASAN GB

Bukankah bengong namanya tu?

Di Selangor, bagi alasan belum bersedia untuk laksanakan hudud dengan alasan memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.

Tetapi PAS Selangor ingin pula mewajibkan PKR menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hudud kerana katanya pemimpin tertingginya beragama Islam. Habis tu, pemimpin tertinggi PAS beragama apa? Pemimpin tertinggi PAS Selangor juga beragama apa? Jika beragama Islam kenapa tidak usul dan cadangkan hudud di negeri kamu sendiri?

Inilah dia yang dikatakan "dualisma" para pemimpin PAS Selangor yang dikuasai oleh golongan UG. Bercelaru dan bersilang-sengketa di dalam isu hudud. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan, tembelang mereka terdedah di dalam isu hudud menjelaskan bahawa UG ini golongan yang tidak boleh dipercayai dan hanya golongan yang mementingkan diri, mementingkan kerusi mereka.

Bukankah Presiden PAS sendiri pernah menyatakan hudud bukan agenda utama PAS? Jadi mengapa sampai keluar perkataan "WAJIB" kepada rakan lain di dalam Pakatan Rakyat?


Ilmu tak setarang mana, tapi saja nak mencari publisiti murahan!

27 ulasan:

bat8 berkata...

GB

Ini satu isu. Satu isu lagi ialah persempadanan kawasan pilihanraya baru. M3ngikut MI, k3mungkinan besar PAS akan menyokong BN untuk meluluskannya. Ini andaian berdasarkan keadaan tegang akibat isu hudud di Kelantan.

Takpe. Kita tengok kearah mana puak UG nak bawa PAS. Tetapi satu perkara penting yang perlu diingat, jika persempadanan ini diluluskan oleh parlimen dengan bantuan PAS- sebarang masaalah yang dihadapi PAS nanti, orang kata tak guna menyesal kemudian.

Bagi PKR dan DAP, jika persempadanan ini diluluskan, apa jua masaalah yang timbul k3na hadapi jugak.

Tanpa Nama berkata...

Semenjak dah tahu helah UG menguna Hudud dan semenjak Hj Hadi guna hukum 'suka hati' keyakinan PAS bawak hudud dah luntur Di tambah dengan perangai beberapa ustad UG yang berpura pura se olah olah tidak ujud UG

Hudud hukum Allah Walaupun pengalaman dan amalan tak seberapa bila PAS nak jalankan hukum tersebut merupakan satu kesempatan untuk mengubah diri ini

Kalau macam ini punya standard Islam kita tak payah lah Hukum wajib menyokong semata mata kerana hukum Allah tapi tak membina tapak yang kukuh menjadikan Islam bermasalah

Semua jenayah bermula dengan menipu dan berbohong

Tanpa Nama berkata...

satu cakap keterbukaan ini lah kekuatan kita (PR)
Satu kata kepada orang Islam Tak boleh paksa
Yang kata tindakan DAP satu percubaan meretakkan hubungan di kalangan PR tu apahal ? Awal awal dah tunding jari pada pihak lain

Hudud cuma satu helah untuk memerangkap Anŵar sebab dalam berpura pura serious dengan hudud malaun malaun ini tak peduli lagi pasal fitnah liwat malahan bersikap baik dengan si penfitnah

Kita kena selamatkan Islam bukan sibuk nak buat hudud

Tanpa Nama berkata...

GB ni seolah2 dia sorang yg bijak, dia hingat sokongan Hudud kelantan utk negeri Kelantan saja ke? walhal kita nak sokongan majoriti di Parlimen. That why kita nak sokongan semua MP muslim utk gubal undang2. Bila dah dapat gubal pandai2 ler negeri2 spt Selangor nak ikut ke taknak.Sokong ler kalau kamu itu ikhlas bukannya hentam orang nak melaksana. Pui!!!!

Tanpa Nama berkata...

Tujuan PAS golongan UG boleh di persoalkan dan mempunyai niat lain mengenai perlaksanaan hudud ia itu bukan kerana hukum Allah tapi kerana perlembangaan parti Sedangkan dalam perlembangaan parti tak sebut pun keutamaan hudud

Hudud bukan agenda utama PAS !

Melayu masih memberi undi pada UMNO yang tak sokong hudud Oleh itu PAS gagal memberi dakwah Tiba tiba bila dalam PR jadi wajib pulak kena sokong Kalau tak berdosa

Kalau benar nak hukum hudud PAS sepatutnya memudahkan jalan untuk ke arah perlaksanaan hudud Bukan menfitnah orang dengan pil kuda bukan berdoa semasa muktamar dan bukan membelakangkan keputusan majlis presiden

PAS yang menyusahkan dan menyulitkan hukum hudud dengan meletak calun PAS di dua kawasan PKR

Ini macam golongan Ustad UG nak pemerintahan cara Islam Pemerintahan dalam parti pun tak ikut Islam


Unknown berkata...

Bukankah nampak kedangkalan berhujah golongan UG spt Anon 5:59 di atas..

Tulisnya:
1) walhal kita nak sokongan majoriti di Parlimen. That why kita nak sokongan semua MP muslim utk gubal undang2.

Apasal nak wajibkan PKR sedangkan parti itu berbilang kaum? Kenapa tak suruh UMNO? Bukankah kamu puak UG memang baik dgn UMNO? Oh kerana pemimpin tertingginya Islam. Kalau macam tu baik suruh BN sahaja sebab pemimpin tertinggi BN pun Islam.

2) Bila dah dapat gubal pandai2 ler negeri2 spt Selangor nak ikut ke taknak

Pandai-pandailah? Istilah itu ada ker dalam Undang-undang?

Bila tak dapat berhujah, terus memaki berkahak(?):

3) Pui!!!

Satu trade mark kumpulan ustdz (tepatnya UG). Suka memaki, berkahak bila tak suka sesuatu. Dipotong tengkoroknya oleh Allah nanti baru tahu!

Tanpa Nama berkata...

kelakar baca komen puak UG spt anon 5:59 PM diatas. Beliau kata "sokong ler kalau kamu itu ikhlas"...

"ikhlas" itu bukan diukur sokong tak sokong hudud, keikhlasan adalah persoalan hati dan tiada siapa boleh menilainya kecuali Allah. Syeikh Yusuf Qaradhawi sendiri menyatakan tak perlu laksanakan hudud jika belum diselesaikan masalah ummah. Kalau macamtu Yusuf Qaradawi tu tak ikhlas lah ya?

Vijaya baṛhānā berkata...

Kata Si GB: Bukankah Presiden PAS sendiri pernah menyatakan hudud bukan agenda utama PAS? Jadi mengapa sampai keluar perkataan "WAJIB" kepada rakan lain di dalam Pakatan Rakyat?

Ulasan: Hudud memang bukan Agenda utama, tapi tetap sebahagian daripada agenda PAS. Mana-mana muslim yang beriman kepada Allah WAJIB menyokong apabila ada pihak berusaha melaksanakan Hudud.

Kata-kata Zaidy Abdul Taalib itu perlu difahami daripada sudut ini. Oleh sebab PKR itu majority ahlinya adalah beragama Islam, maka sepatutnya ahli-ahli parti yang muslim dalam PKR wajib bersuara menyatakan sokongan mereka. Bukannya takut bersuara kerana bimbangkan imej tercalar dikalangan ahli non muslim.

Itulah maksud yang perlu kita fahami dan letakkan daripada ucapan Adun tersebut, bukannya sengaja menimbulkan isu ini secara sengaja demi meraih populariti sebagai blogger.

Kata Si GB: Apasal nak wajibkan PKR sedangkan parti itu berbilang kaum? Kenapa tak suruh UMNO?

Ulasan: Kenapa tak suruh UMNO? Tak payah nak putar isulah GB, Dah lama PAS suruh UMNO, dan UMNO tu dah lama menyatakan penolakan sehingga timbulnya isu kafir mengkafir tahun 80-an dan 90-an dahulu. Pokoknya isu ini telah lama dilontarkan kepada UMNO. Tak payah nak timbulkan isu kenapa suruh PKR kenapa tak suruh UMNO.

Kata Si GB: Ilmu tak setara mana, tapi saja nak mencari publisiti murahan!

Ulasan: Ilmu GB setara mana? Pernah bagi kulliyyah atau ceramah di Masjid? Kalau pernah, nak juga ikut mendengar setara mana ilmu. Kalau tak pernah, tak payah nak sembang lebatlah GB. Poyo jer!!! Tak payahlah nak cari publisiti murahan dengan membangkitkan isu ini.

Kata Si Anonymous “DECEMBER 22, 2014 AT 5:52 PM”:
“Kita kena selamatkan Islam bukan sibuk nak buat hudud”

Ulasan: “Hebat” betul kata-kata ini. Mahu selamatkan Islam, tapi jangan sibuk buat hudud?!!! Eloklah masuk Maharaja Lawak Mega.

Hudud itu sebahagian daripada Islam, menyelamatkan Islam bererti perlu menyelamatkan semua perkara yang diajar oleh Islam termasuklah hudud.

“Bengong” apa nak selamatkan Islam tapi tak nak buat hudud? Beriman dengan Islam separuh-separuh ke???

Ibn Sabil berkata...

Gb, nama dia pun "Vijaya baṛhānā" - tak da umat Islam nama begitu. Mungkin Hindu. Puak UG memangpun begitu, berbelit-belit macam....

Rasulullah pernah bersabda yg mafhumnya "mengikut (meniru) kaum bukan islam, maka jadilah ia sebahagian kaum itu".

Sebenarnya dia lom kenal GB lagi...sedang kita dah lama ikut blog GB kita tahu siapa GB... Go on GB, kasi bantai itu UG habis2an....

Tanpa Nama berkata...

alahai... macamana lah kedua-dua ADUN itu dpt jadi exco dengan mentaliti cenggitu? memang PAS Selangor akan kalah teruk dalam PRU akan datang. kita tunggu dan lihat.

Vijaya baṛhānā berkata...

Kata Ibn Sabil DECEMBER 22, 2014 AT 7:11 PM:
Gb, nama dia pun "Vijaya baṛhānā" - tak da umat Islam nama begitu. Mungkin Hindu. Puak UG memangpun begitu, berbelit-belit macam....

Ulasan: Sebelum ini, GB sering menyebut bahawa kita perlu mendatangkan hujah dan perlu bersedia berdebat dalam mencari kebenaran. Justeru, saya membentangkan hujah dan pandangan saya dalam mengkritik ulasan GB dengan harapan kebenaran dapat dicapai.

Tiba-tiba muncul Ibn Sabil. Saya ingatkan nak balas hujah saya. Tengok-tengok pergi hentam nama yang saya letakkan, eloklah, takder hujah lagi, hentam nama pun jadilah.

Walaupun menggunakan nama dalam bahasa Tamil, tapi tulisan saya mengulas tentang kewajipan muslim dalam menyokong hudud, tiba-tiba Ibn Sabil dgn sedap mulutnya berkata mungkin saya Hindu kerana nama saya pelik…kah kah kah. You make my day! Seriously lawak!


Kata Ibn Sabil lagi: Rasulullah pernah bersabda yg mafhumnya "mengikut (meniru) kaum bukan islam, maka jadilah ia sebahagian kaum itu".

Ulasan: Bro, kalau setakat tulis hadith tapi tak faham maksud hadith tersebut, kepada siapa hadith tersebut ditujukan, bagaimana peniruan yang dimaksudkan, maka tak payahlah bro. Bergurulah dengan “Tuan Guru” GB dahulu yang kamu kagumi yang dikatakan tinggi ilmunya itu.


Kata Ibn Sabil lagi: Sebenarnya dia lom kenal GB lagi...sedang kita dah lama ikut blog GB kita tahu siapa GB... Go on GB, kasi bantai itu UG habis2an....

Ulasan: Mudahnya melabel orang kan. Apabila kita menyokong Hudud untuk dilaksanakan, maka kita dituduh bersama puak UG.

Kalau begitu, bermakna kalau tidak menyokong hudud, maka barulah kita layak dikatakan bersama puak pro PR. Untuk menjadi puak pro PR maka kita perlu tolak hudud ya! “Tahniah” dan “syabas” buat Ibn Sabil.

mia iefa berkata...

Xde peliknya dengan kenyataan di atas..Hanya yang marah pada presiden jer yang butakan minda untuk memahami. Semoga TG HADI,TG NIK AZIZ, TG HARUN DIN, mendapat hidayah dalam kes hudud.. Hanya anti mereka sahaja tahu berpolitik..

Tanpa Nama berkata...

Nabi SAW..
Nabi SAW dtg dgn kekuatan peribadi
baginda hadir dgn semurni2 akhlak
baginda bnar2 pasrah kpd ALLAH

Nabi SAW..
sgt2 mudah senang & mesra didekati
sentiasa meMUDAH & meLAPANGkan
menyuloh meNERANG keGELAPan
sTERANG2 CAHAYA keinsafan
meLENYAPkan kezaliman

Nabi SAW..
Memiliki IQ/intelek yg sgt2 tinggi
Berani berdepan dgn buah FIKIRAN
TIDAK sesekali undur utk brHUJJAH
TIDAK prnah TAKUT diajak brDEBAT

TIDAK gentar KALAH ddlm brHUJJAH wlau dgn Yahudi sekalipon krn nabi SAW bnar2 YAKIN dgn IDEA-ILHAM-MIRACLE yg dianugrahi ALLAH..itulah lambang IQ yg tggi yg sbnr7PASRAH kpd ALLAH..
..dan itulah ciri UNIVRSAL-AZALI sekudus2 sesuci2 semurni2 JEJAK pembawa HUDUD utk kesjahtraan umat manusia..

Nabi SAW..
BUKAN..BUKAN sibacul PENGECUT
BUKAN..BUKAN putar berBELIT2
BUKAN..BUKAN pemungkir JANJI
BUKAN u-TURN-AUTA-TIPU-keliru
BUKAN yg sembunyi brGELAP2

Nabi SAW..
TIDAK pernah samaskali menabur FITNAH hatta kpd kafir harbi & Yahudi sekalipon..

GB..
bgmn kah JEJAK pembawa HUDUD yg bnar2 kita impikan..?

bat8 berkata...

GB dan pembahas

Meh kita t3ngok statistik MP-MP yang ada sekarang. Untuk deraf undang2hudud Kelantan diluluskan oleh parlimen, ia meme4lukan undi 2/3 atau 148 undi.


Jumlah MP BN berugama Islam = 101 orang (termasuk dari parti taib mahmud)
Jumlah MP PR berugama Islam = 36 orang (termasuk 2 MP DAP:B.B3ndera&Raub).
JUMLAH MP ISLAM BN + PR = 137 orang.

Jumlah MP BN bukan Islam diperlukan untuk 2/3 undi = 11 - 13. Satu jumlah yang mudah untuk UMNO dapatkan jika UMNO mahu m3nolong PAS. Kita tak tahu lagi p3ndirian PKR dan DAP. Jika meeka tidak menyokong hancurlah impian Nik Amar.

Mahu atau tidak mahu UMNO m3nolong PAS bergantung s3jauh mana deraf pers3mpadanan baru kawasan pilihanraya yang akan dibentangkan oleh parlimen penting kepada UMNO/BN. Sekarang BN mempunyai 133 kerusi. PAS m3mpunyai 21 kerusi parlimen. BN memerlukan 15 undi sahaja dari PAS untuk meluluskan deraf persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Kita t3ngok yang mana dulu yang akan dibentangkan. Saya percaya UMNO/BN mahu deraf pers3mpadanan ini diluluskan dulu be4banding dengqn hudud kelantan. Kalau lulus deraf pers3mpadanan dulu, apa orang dalam PAS akan m3ndapat malapetaka kerana deraf hudud mungkin gagal.

Kita sama-sama perhati pe4kembangan ini.

Tanpa Nama berkata...

tergelak den baca komen Anonymous Vijaya baṛhānā di atas.

rendah betul mentaliti golongan UG dari atas sampai ke bawah, dari presiden sampai kpd penyokong2nya...

soalnya skrg bukan sokong tak sokong hudud. tapi bijaksanakah dalam siasah untuk mengutarakan (mengusulkan) hudud pada waktu ini?

Apakah sepatutnya keutamaan PAS masakini? Hudud bukan keutamaan tetapi buktikan urustabdir kerajaan yg baik, buktikan sistem siasah dan iktisad yang mapan sehingga boleh jadikan Kelantan sebagai role model sistem pemerintahan. Barulah orang respek.

Hudud dengan sendirinya akan disokong oleh masyarakat Islam sendiri malah bukan Islam apabila perkara-perkara utama dapat dilaksanakan.




Tanpa Nama berkata...

Apb..
Apb KEPALA yg mmbawa hudud itu AUTA keliru mmFITNAH merapu2..

Apb..
KEPALA yg dipuja2 pmbawa HUDUD itu sikaki PONTENG brbelit2 mberi alasan keBUDAK2an..

Apb..
siFAKEH yg mnjd KEPALA pmbawa HUDUD itu berEMOSI samseng merapu mmFITNAH ahli2 sndiri sbg broka & BARUA

Apb..
KEPALA fakeh pmbawa HUDUD itu sendiri gagal & GAGAL diTrngganu..dan GAGAL brsama kuncunya diKedah..jd SIAPA SIAPA SIAPA SIAPA SIAPA SIAPA???
..jd SIAPAkah yg dpt mngKAGUMI & PERCAYA seorg pmbawa HUDUD yg terbukti asyik2 GAGAL GAGAL GAGAL & terus GAGAL mrapu!!???

Apb..
pmbawa KEPALA kpd isu HUDUD ini tlh trbukti..
-kaki FITNAH merapu2
-kaki PONTENG tak reti malu
-merapu mnuduh broka BARUA
-auta-belit-uTURN mnipu
-GAGAL & GAGAL memanjang

GB..
Adakah sesiapa yg WARAS yakin & PERCAYA dgn gagasan HUDUD yg dibawa oleh KEPALA 'makhluk' yg seRENDAH seBURUK seHINA itu??
..mungkin gagasan HUDUD yg sbegitu sgt2 sesuai dgn 'makhluk' SETAN2 yg tlh pon sama2 kita kenali..



Vijaya baṛhānā berkata...

Kata Anonymous DECEMBER 22, 2014 AT 8:54 PM:
Soalnya skrg bukan sokong tak sokong hudud. tapi bijaksanakah dalam siasah untuk mengutarakan (mengusulkan) hudud pada waktu ini?

Ulasan: Bijaksanakah dalam politik apabila isu hudud diutarakan pada waktu ini? Soalnya, baru dua tiga hari inikah hudud diutarakan??? Pas Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz telah lama mengutarakannya sejak awal pemerintahannya tahun 1990-an lagi.

Tiba-tiba si anonymous mempertikaikan kebijaksaan politik dalam mengutarakan isu hudud pada waktu ini.

Soalnya, kalau tak sesuai dan tak bijak membincangkan soal undang-undang hudud pada waktu ini, maka bilakah waktunya yang sesuai menurut kebijaksanan Anonymous. 24 tahun telah berlalu pemerintahan Pas di Kelantan, jadi berapa tahun lagikah barulah undang-undang hudud ini boleh dibincangkan? Agaknya kiamat sampai pun undang-undang hudud tak dapat dilaksanakan kerana “waktu tak sesuai”.

Kata Anonymous lagi:

Apakah sepatutnya keutamaan PAS masakini? Hudud bukan keutamaan tetapi buktikan urustabdir kerajaan yg baik, buktikan sistem siasah dan iktisad yang mapan sehingga boleh jadikan Kelantan sebagai role model sistem pemerintahan. Barulah orang respek.

Ulasan: Ya hudud bukan keutamaan, tapi hudud itu tetap satu kewajipan pemerintan dalam Islam.

Buktikan urustadbir yang baik? Telah berapa ramai pimpinan Pas di Kelantan ditahan dan dipenjarkan kerana rasuah???

Buktikan sistem siasah dan iktisad yang mapan?? Kitab feqah mana yang sebut nak buat hudud kena buktikan sistem iktisad yang mapan? Atau adakah terdapat kayu ukur ekonomi yang ditetapkan oleh Islam sebelum melaksanakan hudud? Nak tunggu semua rakyat Kelantan hidup senang barulah kita boleh bincang soal hudud?

Zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bagaimana taraf ekonomi rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan?

Nak tunggu semua orang respek barulah boleh bincang soal hudud ya? Nabi Muhammad ketika pemerintahannya diserang oleh golongan kafir dari luar dan golongan munafiq dari dalam. Mereka tak respek pun kepada Nabi, tapi Nabi tetap menjalankan tanggungjawab melaksanakan hukuman yang disuruh oleh Allah. Macam mana?

Kenapa apabila pemerintah melaksanakan hukuman bunuh kepada pengedar dadah, kita tidak kalut mempersoalkan kerajaan bahawa hukuman bunuh tidak sesuai, kena tunggu ekonomi rakyat mapan, kena tunggu kerajaan adil dan bersih.

Tapi apabila melibatkan undang-undang hudud, pelbagai songeh dan persoalan timbul. Walhal undang-undang hudud bertujuan untuk mencegah jenayah daripada meruncing dalam negara sama seperti undang-undang bunuh kepada pengedar dadah.

Sebat kepada penzina contohnya, sejauh mana miskinnya mereka yang berzina? Mampu menyewa hotel, mampu melanggan gro, miskinkah mereka? Oh tidak, kena tunggu kerajaan adil dulu, kena tunggu ekonomi mapan dulu baru boleh sebat penzina.
Tepuk dada, tanya iman!

Kata Anonymous DECEMBER 22, 2014 AT 9:53 PM:
Adakah sesiapa yg WARAS yakin & PERCAYA dgn gagasan HUDUD yg dibawa oleh KEPALA 'makhluk' yg seRENDAH seBURUK seHINA itu??..mungkin gagasan HUDUD yg sbegitu sgt2 sesuai dgn 'makhluk' SETAN2 yg tlh pon sama2 kita kenali..

Ulasan: Hudud ini dibawa daripada zaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi dan diteruskan oleh mereka yang terus komited dengan perjuangannya.
Katakanlah, sekiranya orang yang berusaha melaksanakan undang-undang hudud itu jahat sekalipun, adakah wajar kita sebagai seorang muslim menolak undang-undang tersebut?

Walau jahat mana sekalipun seseorang, tapi apabila dia melakukan sesuatu yang sememangnya dituntut oleh Allah dan Rasulnya, wajarkah kita menolaknya??? Kita mungkin membenci perwatakannya, tapi kita perlu adil dalam menilai usahanya jika usaha tersebut bertepatan dengan syariat Islam. Tak begitu?

Tanpa Nama berkata...

vijayaa banana betul2 kel*ng p*ria

kamu pergi dengar dulu apa Ketua Ulamak Sedunia kata mengenai hudud. jangan nak tunjuk lagak kat sini. ilmu ko tu bandingkanlah dengan Yusuf Al-Qardhawi.

"nak hudud perlu bangunkan umat dan diri sendiri dulu - Dr. Yusuf Qardhawi"

https://www.youtube.com/watch?v=k_TtsRaBk-c

Tanpa Nama berkata...

Salam Vijaya baṛhānā

Ulasan VB : Hudud memang bukan Agenda utama, tapi tetap sebahagian daripada agenda PAS. Mana-mana muslim yang beriman kepada Allah WAJIB menyokong apabila ada pihak berusaha melaksanakan Hudud.

Kata anon 5 52 PM :

Tak ada sesiapa yang menafikan hudud hukum Allah Mana mana muslim termasuk lah Mufti dan pemimpin yang memegang tampok kuasa WAJIB menyokong tak ada yang terkecuali dan hudud sepatutnya menjadi isi ucapan dalam khutbah bukan atas pentas politik sahaja

Hudud wajib di sokong apabila individu yang membawa nya mempunyai akhlah yang dipuji kalau tak terpuji PAS dah hilang kewibawaan untuk bawa beban hudud Jangan nak pulihkan kewibawaan PAS (UG) dengan membawa hudud

Ulasan: Kenapa tak suruh UMNO?

Kata anon 5 52 PM :

Kena faham soalan sebab itu bukan soalan Tapi jawapan iaitu hudud di mainkan sekarang sama dengan cara hudud di mainkan pada UMNO Dan PAS UG tahu tak akan dapat sokongan UMNO juga PAS UG tahu masih ramai melayu yang tak sokong PAS Contoh Kedah Mengapa PAS masih mainkan isu hudud sedangkan dengan pertimbangan kesesuaian keadaan semua tahu PKR tak mampu beri sokongan

PAS kena berani bersendirian untuk melaksanakan hudud dengan mendapat setiap orang melayu dari peringkat atas hingga bawah yang hudud itu wajib Bila PAS dapat semua undi melayu tak ada sesiapa berani melarang PAS laksanakan hudud

PAS UG suka orang buat dosa dengan sengaja membawa isu hudud

Anonymous said...
GB ni seolah2 dia sorang yg bijak, dia hingat sokongan Hudud kelantan utk negeri Kelantan saja ke? walhal kita nak sokongan majoriti di Parlimen. That why kita nak sokongan semua MP muslim utk gubal undang2. Bila dah dapat gubal pandai2 ler negeri2 spt Selangor nak ikut ke taknak.Sokong ler kalau kamu itu ikhlas bukannya hentam orang nak melaksana. Pui!!!!

DECEMBER 22, 2014 AT 5:59 PM

Kata anon 5 52 PM

Mengapa PAS Kelantan nak buat hudud tak tunggu sokongan semua MP muslim? Orang jadi keliru Kelantan buat hudud Johor tak buat hudud Sedangkan Allah Maha Esa

Message tersebut ada lah penjelasan untuk VB berkaitan maksud dengan pertimbangan kesesuaian keadaan



Ulasan: “Hebat” betul kata-kata ini. Mahu selamatkan Islam, tapi jangan sibuk buat hudud?!!! Eloklah masuk Maharaja Lawak Mega

Kata anon 5 52 PM

Apa guna hudud kalau menipu dan berpaling tadah Kalau kita Islam dan yakin Allah ada di mana mana kita berada kita tak buat kerja menipu dan angkuh Bila nazak kita tak ucap sesungguh nya aku telah menegakkan hudud

Yang parah Islam nya ialah melayu Perlu di rawat dengan sifat Amanah Sidiq Fathonah Tabligh Nak praktik ke empat empat susah so ambil satu je Amanah cukup lah

Kalau kita selamatkan Islam maka automatik semua melayu Islam akan sokong hudud

Ulasan: Mudahnya melabel orang kan. Apabila kita menyokong Hudud untuk dilaksanakan, maka kita dituduh bersama puak UG.

Ini lah masalah nya bila Orang yang salah bawa isu hudud VB kena sedar apabila Nik Aziz kata hudud wajib dan hukum Allah tak ada sesiapa mempersoalkan Nik Aziz


Ulasan VB: Ilmu GB setara mana? Pernah bagi kulliyyah atau ceramah di Masjid?

Baca dulu isi artikel ulasan GB Kita faham yang GB maksudkan ialah Ketua Penerangan PAS Selangor bila cakap tak rujuk kenyataan Hj Hadi dan kenyataan Exco Selangor dari PAS

Kalau dalam hal ini Ketua Penerangan PAS ada ilmu dia akan patah kan hujah Hj Hadi dan Exco PAS dulu seperti mana kewajipan saudara mengulas ulasan GB dengan harapan kebenaran dapat di capai Dua Adun dari PAS di kena tindakan kerana mendahului Presiden tapi Ketua Penerangan PAS bukan mendahului Presiden bahkan tidak hormat dengan keputusan Presiden ia itu Hudud bukan keutamaan

Salam

Tanpa Nama berkata...

Sebelum tegur parti orang check dahulu parti lu sendiri. Apabila ulama shj diutamaksn golongan profesional dipinggirkan maka lintang pukanglah pergerakan parti tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan Vijaya : Bijaksanakah dalam politik apabila isu hudud diutarakan pada waktu ini? Soalnya, baru dua tiga hari inikah hudud diutarakan???

Kata anon : 24 tahun pemerintahan PAS di Kelantan tapi tak dapat dapat tegakkan hudud PAS boleh bincang pasal hudud bila bila masa PAS suka tapi bukan masa PAS setuju bersama PKR dan DAP untuk menumbang UMNO

PR ditubuh bukan pasal hudud tapi pasal kezaliman dan ketidak adilan UMNO

Tu sebab Hadi keluarkan kenyataan Hudud bukan keutamaan Hudud senyap sementara sehingga tahun ini Dalam kempen pru pun PAS tak layan serangan UMNO mengenai hudud Sampai UMNO tuduh PAS mainkan hukum Allah

PAS timbulkan isu hudud sebab ada kaitan dengan isu persempadanan seperti ulasan bat8 8 54 PM

Ulasan Vijaya : Ya hudud bukan keutamaan, tapi hudud itu tetap satu kewajipan pemerintan dalam Islam.

Kata anon : Kalau hudud hanya satu kewajipan dan bukan keutamaan jadi apakah keutamaan yang lebih utama dari hudud?

Bukti urus tadbir yang baik bukan sebab berapa ramai pemimpin PAS ditahan dan di penjara kan kerana rasuah Dalam UMNO pun tak ada seorang pun pemimpin mereka yang kena siasat apalagi di tahan Tu sebab UMNO tak perlu hudud

Masa zaman Rasulullah ekonomi Islam sampai ke pelusuk dunia Pedagang pedagang Islam berniaga sampai tanah besar china Berniaga adalah 90% dari punca rezeki Ekonomi Islam pada masa itu tak teruk macam sekarang sebab orang Islam pada masa itu terkenal kerana amanah walaupun mereka berdagang di negara orang yang tak ada hukum hudud

Vijaya memang betul Rasulullah diserang tapi mereka tetap respek Rasulullah sebab Rasulullah tak khianat pada janjinya dengan musuh berbeza kat sini khianat pada rakan dalam pakatan bukan satu dosa

Hukuman mati ke atas pengedar dadah tak sama dengan mencuri minum arak dan membunuh Sebab dadah secara langsung merosakkan seluruh masyarakat dan pengedar bertujuan mendapatkan keuntungan Mencuri minum dan membunuh di buat individu yang tidak melibatkan orang lain

Seorang wanita kulit hitam ditangkap kerana mencuri telur dan apabila di tangkap dia memberitahu polis yang cucu dan anaknya tak makan dua hari Polis kapir tu bukan hanya tak tangkap tapi membelikan telur untuk nya dan keesukan hari nya polis dan beberapa rakan nya membawa kotak makanan Kalau hudud kena tak potong tangan?

Sebat ke atas penzina tetapi sebelum itu se orang perempuan mengaku zina dan mengandung adakah ketika itu di jalankan hukum sebat ? Ya mereka yang berzina menyewa hotel mampu melanggan gro memang miskin memang patut di rotan Tapi nanti dulu mereka yang kena tangkap di hotel PD bukan miskin tapi kaya memgapa di lepas Orang gaji kena rogol oleh seorang kenamaan boleh lepas macam tu saja dan sekarang orang gaji tu dah buat rumah baru rumah batu Kalau betul betul adil yang ramai kena tangkap bukan orang miskin tapi orang berpengaruh dan kaya termasuk anak beranak yang asyik berparti

Ulasan: Hudud ini dibawa daripada zaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi dan diteruskan oleh mereka yang terus komited dengan perjuangannya

Kata anon : Ya semenjak dari Nik Aziz tapi Tak sampai dua tahun MB boleh buat tanpa halangan dari UMNO Kalau Nik Amar berpendirian politik macam Nik Aziz jangan harap lah

Dahsyat pemahaman saudara '''Katakanlah, sekiranya orang yang berusaha melaksanakan undang-undang hudud itu jahat sekalipun, adakah wajar kita sebagai seorang muslim menolak undang-undang tersebut?'''

Patut lah Presiden jadi macam tu Bukan Presiden saje termasuk geng ustad jadi macam sekarang ni Dalam Islam kita kena meletakkan sesuatu itu pada tempatnya

Boleh ke Ibrahim Ali keluarkan fatwa melarang orang bukan Islam mengunakan kalimah Allah demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan menjaga kesucian Islam Kalau boleh Orang jahat pun boleh nak laksanakan hudud tapi pastikan dia kena hukum dulu Serupa jugak Ibrahim Ali boleh tapi tanya dia kenal kah dia pada Allah?

Tanpa Nama berkata...

Jom BERTEKAK sesama kita..!! Yang untung SIAPA???... Yang UG ni dok faham lagi nak bersama dengan puak lagi satu..dok faham faham lagi..??? Bagus! Bagi peluru musuh sururh tembak hala ke kita.. Bagus Bagus puak puak UG ni.. kita nak perkukuhkan PR, UG nak TUMBANGkan PR.. What the fish..!

Tanpa Nama berkata...

Don't worry, pas akan Bantu unmo dalam segala isu, 1mdb, gst, pesempadan parliament

Eventually pas is another Hitman NGO like pengkasar.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak tolong dap? Kan UG parti tuan presideng suci mulia dah kata dap cina Hina agama!?

Tanpa Nama berkata...

Gb,

pui? Dapig? Cina Hina agama???? Ini lar golongan bertaraf "tuan guru" agama mu?

Tanpa Nama berkata...

Klu lulus draf undang2 jenayah hudud pun bkn boleh dilaksanakan pun sbb kerajaan pusat terang2 akan sekat punya..perjuangkan dlu kebajikan rakyat dan baiki dlu ekonomi negeri yg tgh diperintah skrg ni

Tanpa Nama berkata...

Kita kena letak PAS di tempat yang betul dan tempat yang lebih mulia

Tempat PAS ialah bersama dnegan PR Bukan dengan BN UMNO

Sebab mudah iaitu rakyat dah benci dengan BN UMNO Berbagai bagi isu dari satu ke satu yang membuatkan rakyat ingin kan perubahan

Bila PAS bersama rakyat PAS di tempat yang betul dan tempat yang lebih mulia