6 Nov 2014

Perbicaraan Mej Zaidi: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja....


Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.

Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

"Sudahlah, duduk," kata Saadon.


Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama Saadon Tson.



Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.

Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.

Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa.

"Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.

Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.

Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan,
katanya.

Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13.

Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti.

Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.

Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah .

Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera.

Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon.

Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. –TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak boleh berlaku adil dlm satu2 kes utk menghakuminya...lebih baik tarik diri...supaya terselamat dpd siksaan Allah di akhirat. Ingat antara org yg cepat masuk neraka ialah hakim yg tidak adil dan amanah

Tanpa Nama berkata...

Tentera ni decoy aje..Saadon tu pun Kolonel haprak tak tau buat kerja ikut disiplin tentera..Yang sebenarnya patut didakwa ialah pengeluar dakwat kekal @ penjual pewarna makanan bernilai 7 juta..ada sesiapa nak masak nasi kerabu dalam bilik mengundi tak? Kahkahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

Apa punya undang-undang bobrok tu, apa yg dibuat oleh Mejar Zaidi langsung tidak menggugat keselamatan negara pun malah ianya bukan juga fitnah dan mengenai calitan dakwat pd jarinya sendiri pula. Ia bukannya rahsia sebab perkara yg sama juga berlaku pd semua pengundi lain.

Amuraria berkata...

barua barua pengampu cari makan ni semua mahu tunjuk kuasa daa , ABU !

Tanpa Nama berkata...

Dari Istana ke tentera sehingga pengadilan di pusat pengajian semua nya telah di kuasai

Di bumi ku ini keadilan untuk rakyat telah terkubur Demokrasi telah mati!

Ex pw 6 Skn berkata...

Pejuang yg lahir dari sifat takwa....syabas Mej....teruskan perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak tahu jafi panel hakim blk kampung noreh lah

Tanpa Nama berkata...

Kol saadon akan cuba cari jalan.untuk menamatkan perkhidmatan mejar zaidi... penjilat tegar tu...

Tanpa Nama berkata...

patut suruh saadon bela rizalman kat new zealand. cuba hentak meja kat sana.

Rizalman pun muka dah monyok je.

Tanpa Nama berkata...

Dia tentera yg tk tAkut sapa2.
Janji didunia bolih dpt lagi bnyak pangkat dn gelaran sampai penuh bintang satu badan.
Diakhirat mana tau ada tabik kt pangkat dis.

Tanpa Nama berkata...

Sama macam SPR Kalau ganti pun orang yang ganti pun prejudis jugak

Tak ku sangka rupa nya dakwat juga di kira se bagai senjata oleh Panglima Hentak Meja

Tanpa Nama berkata...

Aku takut rakyat M'sia yg cintakan keadilan dah jadi mcm gunung berapi pendam...sampai masa habis terhambur keluar masa tu tahulah nanti pencacai semua tak cukup tanah lah nanti kamu nak lagi....Kepada pencacai yg islam ingatlah Allah berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud "jika kamu hendak putus suatu perkara hendaklah dengan keadilan"...fahami dan amalkan lah maksud ayat ini jika kamu benar2 Islam...

نور berkata...

Ingat kolonel tentera tu besar sgt....akhirnya dimakan tanah jua nanti....jgn biarkan dia takbur...kuburkan je dia dari panel tu

Tanpa Nama berkata...

pelik ya. bukan di australia tapi mahkamah KANGAROO