Baju batik tak halang Azmin ‘terjun’ longkang
GOMBAK, 16 NOV: Penampilan segak Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan baju batik jawa ala Jokowi sama sekali tidak menghalang beliau untuk turun ke dalam longkang bagi program Gerak Gempur Aedes, di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau terlebih dahulu membuat terjahan dari rumah ke rumah di Kampung Tengah, di sini, bersama penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Kesihatan Selangor.
Beliau yang mesra menyapa penduduk kampung itu sempat ke kereta rasminya bagi menyarung kasut ‘phua chu kang’ berwarna kuning sebelum terjun ke longkang.
Mengulas operasi pagi ini, Mohamed Azmin menegur sikap masyarakat yang masih memandang ringan aspek penjagaan kebersihan kawasan persekitaran kediaman tempat tinggal.
“Kalau ada program sebegini, terutama di kawasan kediaman berstrata, kebanyakan yang buat kerja hanya pengawai sahaja.
“Penduduk sekadar duduk tersenyum sahaja dari tingkat atas, tengok pegawai buat kerja. Sikap sebegini perlu diubah kerana kesannya pada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin merasmikan dan menyertai program sama di Kampung Klang Gate dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Tegasnya, Kerajaan Negeri memerlukan kerjasama masyarakat dalam memerangi Aedes dan demam denggi yang semakin berleluasa.
“Sehingga kini terdapat 59 kes kematian berbanding hanya 24 kematian dilaporkan sepanjang tahun lalu. Ini bermakna walaupun tahun 2014 masih belum sampai penghujung, kes kematian mendadak sehingga lebih dua kali ganda.
“Kes demam denggi juga meningkat tinggi dengan 1,000 kes dilaporkan pada setiap minggu berbanding 800 kes sebelum ini,” katanya. -selangorku
Jika Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada ‘Jokomin’
SHAH ALAM 24 OKT: Jika di Indonesia ada Joko Widodo (Jokowi) selaku Presiden republik negara itu yang berimejkan santai dan gemar berpakaian biasa ala-rakyat.
Di Malaysia, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digelar dengan Jokowi Malaysia atau Jokomin.
Komen itu dizahirkan ke laman sosial dan ramai yang menganggap tindakan Mohamed Azmin yang meninggalkan imej elit kepada lebih merakyat perlu diteruskan.
“Kalau di Indonesia ada Jokowi, di Malaysia ada Jokomin,” tulis Pisau Karat ditwitternya.
Mohamed Azmin mengakui program turun padang yang dilaksanakannya setiap minggu merupakan inspirasi daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
MB bajaKatanya, tugas Jokowi yang dilihat majoritinya bersama rakyat berbanding di pejabat akan diaplikasikan di dalam corak pentadbirannya di Selangor.
“Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya…Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat.
“Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka,” katanya semasa majlis perhimpunan pagi penjawat awam daerah Sabak Bernam di Sungai Besar, hari ini.
Mohamed Azmin sebelum ini dilihat menyamakan tanggungjawab kerjanya sama seperti Jokowi.
Selain digambarkan melalui Tweet, Mohamed Azmin turut membayangkan kerjanya lebih kepada meninjau kesusahan rakyat negeri itu sendiri dengan turun padang merasai denyut nadi kesusahan dan kepayahan rakyat.
Beliau sendiri mendapatkan penjelasan daripada pegawai bertanggungjawab berkenaan sesuatu isu dan masalah serta melaksanakan penyelesaian secara segera.
Pelantikan Jokowi sebelum ini turut memberi harapan baru kepada anak muda Indonesia yang membentuk peratusan besar dalam populasi rakyat republik itu yang melebihi angka 250 juta orang.
Jokowi sendiri di dalam pidato pertamanya mengajak semua golongan bekerja keras dan menghargai peranan golongan bawahan demi masa depan Indonesia.
Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 pada 23 September lepas di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. -selangorku
ULASAN GB
Tahniah YAB MB Selangor!
Geng-geng UMNO, Geng Ustaz (Anti-PR) & TASKI mungkin tidak senang dengan gambar-gambar di atas. Usah pedulikan mereka.
Kita perlu buktikan kata-kata dengan amali, walk the talk. Semuga juga ia menjadi contoh dan teladan kepada semua para exco negeri Selangor dan pimpinan di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.
p.s. Maaf cakap, bukan seperti anak seorang ulamak terkemuka yang baru jadi ahli parlimen dah bergaya sepanjang masa dengan kot dan talileher tak kena tempat.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
18 ulasan:
biar lah Azmin Ali enjoy kerja dia...
tak bazir lah bayar gaji dia.
yang lain lain tau duduk opis besarkan bontot dengan teloq aje , okay lah paling tidak nampak Azmin Ali buat kerja bukan tidur tidur...
kalau jibby dan big momma kena buat kerja ni, nanti ada yg siku menyiku, senggol menyenggol.
jibby mana buat kerja ni. dia tak pernah merasa susah. cakap je kami mendengar masalah anda.
umporno celaka haramjadah.
Ni terlalu politik laa..xkan mb buat kerja mcm ni..suruh laa cont tender tok wat keje ni..br rolling duit..xkan mb pegang scoop..ni lg truk brjimat dr khalid
Suka lah tengok azmin ni, masa blum jdi MB ni dulu mmg teruk kotor kawasan dia dekat hulu klang ni,lansung dia tak peduli, jgn harap nak turun padang mcm ni, tapi skrng ok lah dia dah berubah berani ekhsen2 depan kamera mcm ni...wow...!!! hebattt...!!!
aku klu jd mb pun aku sanggup turun korek longkang.. jd mana2 mb yg duk opis ja x sanggup korek mmg tak guna ar jd mb
Nampak tak?
Dalam gambar tak ada pembodek yang beraksi dengan penyodok dan kasut phua chu kang
Dan jangan jadikan gotong royong sebagai majlis Lepas ucapan makan mee hoon kosong kena karipap dan teh O Lebih berborak dan membodek dari berkerja
anon 8:25
tujuan Azmin buat begitu bukanlah untuk mencari publisiti atau nak bekerja sbg pembersih longkang.
Tetapi untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekera majlis, jps, jkr, pbt dsbnya supaya jgn rasa rendah diri melakukan kerja sedemikian. Ia adalah kerja mulia sehingga MB pun boleh turun sama dengan mereka.
anon 8:25
tujuan Azmin buat begitu bukanlah untuk mencari publisiti atau nak bekerja sbg pembersih longkang.
Tetapi untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekera majlis, jps, jkr, pbt dsbnya supaya jgn rasa rendah diri melakukan kerja sedemikian. Ia adalah kerja mulia sehingga MB pun boleh turun sama dengan mereka.
Aku dulu pun masa jadi bos, selalu turun padang .. sebab dah biasa buat keja masa kecik2 kat kg tolong ibu bapa, jadi tak kekok. Mungkin ada persamaan dgn MB Azmin ni. Syabas.. kita geng.
Kadang2 geram juga aku kat staf aku yg mcm tak berapa suka aku bersama2 buat keja mcm tu, dia kata nanti pekerja2 naik tocang. Ish ish ish..ape le punya atitiude. Kuno betul. Nabi saw sama2 gali parit dlm perang Khandak.
Aku puas hati sebab aku buat keja kerana Allah, walau ade org tak berapa setuju.
Kadang2 aku basuh tandas surau . (ni bukan riak, ko org pun bukan kenal aku, kalau boleh jadikan contoh, alhamdulillah)
bagus min, lepas ni cuba ikut penguatkuasa membenteras kelab dan karaoke kat PJ dan Puchong. Mesti Ronnie Liu setuju
tahniah.pilihan tepat tokoh yg dipilih PAS mengggantikan TSKI sebagai MB Selangor.Ramai yg sakit hati apabila PAS pilih bukan pilihan DSAI/DAP sebagai MB.Marah kpd PAS sehinggakan sanggup mencerca,menghina,mengherdik,dengki,kata nista kpd PAS.Nah hasilnya pilihan PAS terhadap YAB Mohamad Azmin ternyata berbaloi.SYABAS PAS kerana memilih insan ini sebagai MB Selangor,kalau beginilah gerak kerjanya tidak mustahil Sifar BN di Selangor akan tercapai.Mungkinkah tidak mustahil YAB Mohamad Azmin akan dipilih sebagai calun PM seandainya PR dapat 2/3 majoriti dlm PRU14 mendatang.Apabila cara MB Selangor buat kerja maka mulalah ramai yg celik mata,tak nampak siapa yg bertegas untuk pilih Beliau sebagai calun MB untuk dihantar ke Istana.Siapa Yg calunkan beliau PAS @ PKR @ DAP?? Tak salahkan PAS pilih beliau.YAB Mohamad Azmin dicalunkan PAS sebagai MB,parti dia sendiri dan DAP marah kpd PAS apabila calun pilihannya tidak disetujui oleh PAS. Mungkin ini antaranya PAS makan hati dgn rakan seperjuangannya dlm PR.
GB, elok kiranya bagi nasihat sket kat kawan sebelah, 'omak kau'...dia memanjang PMS lepas khalid kena singkir...
berbulu-bulu dia dengan azmin...kalau GB rajin, bagila dia gilette, kasik trim bulu-bulu dia...kasik buang syaitan bergayut...hohoho...
Ini barulah betul namanya dan automatik mengikut amalan khalifah kedua umar al khatab. Lu ulama PAS lu tahu menasihatkan org mencontohi amalan sahabat rasullulah saw tapi lu sendiri tak buat pun. Nasihat i if lu hanya ada ilmu al quran dan hadis shj, quitlah dari arena politik sebab lulah org pertama kena kelentong musuh politik dan tindakan licik yahudi laknatullah.
INGAT YAHUDI LAKNATULLAH PALING TAKUT ORG YG MANTAP ILMU DUNIA, AL - QURAN DAN HADIS SEBAB DIAORG MAMPU NEMBAWA PERUBAHAN KPD NEGARA. KALAU TIDAK DAH LAMA DAH QURDHAWI KENA BUNUH OLEH MUSUH ISLAM.
Itu baru pemimpin . pas kena ikut lah. Contoh
kalau pemimpin Pas begini, tidaklah perintah kedah dan terengganu sepenggal
segelintir pemimpin Pas, terutama pemimpin UG sombong tak bertempat
At last somebody walk the talk! Salute Jokomin...
Haji Hadi pun tak dapat tunjukkan contoh yang baik Kalau tak macam ni tunjuk contoh yang baik sebagai se orang yang ada komitmen sebagai ketua Tak boleh jugak tunjuk kan contoh yang baik dengan cara bercakap dan menjawab
Tak boleh jugak .Eluk lah berambus
Catat Ulasan