Penjawat awam dapat bonus setengah bulan
Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini.
Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.
Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.
Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.
Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya. -Bernama
Bajet 2015: Cuepacs Tak Puas Hati
Bajet 2015 secara keseluruhannya tidak menceriakan penjawat awam, demikian kata Presiden Cuepacs, Azih Muda.
Menjelaskan lanjut, beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah 'bunga-bunga' sahaja tanpa memberikan satu gambaran jelas khususnya kepada penjawat awam.
"Cuepacs tidak berpuas hati kerana tiada pengumuman tentang semakan gaji atau kenaikan gaji penjawat awam yang mempunyai gaji statik.
"Penjawat awam tidak seperti ahli perniagaan yang mana pendapatan mereka berubah-ubah.
"Ketiadaan semakan gaji atau kenaikan menyebabkan penjawat awam tertekan dan tidak dapat mengekang kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, katanya, dari segi bonus, Cuepacs berterima kasih dengan bonus gaji setengah bulan, tetapi ia bukanlah seperti yang diharapkan iaitu bonus dua bulan.
"Walaupun dari segi indeks pencapaian antarabangsa menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, tetapi inikah pengiktirafan yang diterima penjawat awam, sedangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dinaikkan," katanya yang menganggap pencapaian ini tidak setanding dengan gaji.
Azih berkata, keputusan kerajaan menghapuskan wang proses pinjaman perumahan, peningkatan pinjaman perumahan dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam tetap dihargai.
Menerusi pembentangan Bajet 2015, selain pengumuman berkaitan bonus, kerajaan memberi perhatian berkaitan pembiayaan memiliki rumah di kalangan penjawat awam dengan menaikkan had kelayakan minimum pinjaman kepada RM120,000 berbanding RM80,000 sebelum ini, manakala had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.
Selain itu, pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M akan ditingkatkan dengan meluluskan sebanyak 10,639 unit rumah, juga menurunkan harga minimum rumah PPA1M kepada RM90,000 berbanding RM150,000 seunit sebelum ini serta menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000. -mstar
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
18 ulasan:
Budget untuk AP dan ADUN juga kenaikan berlebehan, raayat dapat ciput aje...................
Pakcu tunggu sampai habis pembentangan Bajet 2014 kali ni dengan harapan kalu-kalu tempias bonus 1 atau 2 bulan. Rupa-rupa 1/2 jugak yang kita punya...macam tahun-tahun lepas.
Yang bertuah puak-puak YB yang bermodal air liur jugak dapat untung berlipat ganda..seronok juga kalu boleh jadi wakil rakyat supa ni...dalam saat minyak naik dia pula naik elaun..dapat pitis lebih...muga-muga kuat pulak bela rakyat marhean...ko guano ??????
Dah sokong terima sajalah. Baru padan muka
Ala dah tahu...aku memang x mgharap dgn kerajaan ni.kita usaha la sendiri.org bagi kita amik.
pekerja gomen yang malas pon dapt bonus 500/-
baru tdi naik teksi dri bangsar ke section 17, pakcik teksi marah2 k/t kejaan dpt bonus 1/2 bulan,kami naik kan tambang marah, mnyak dah naik ?, sapo bagi bonus pado kami swata ni haa, kami takdo nilai kho phuiiii hampeh punyao kjaan....aku diam je nak kata pe
dgn bjet 2015 ni yg untg besr ialh wkil rkyt. dpt gji blipt gnda. yg nganga kump pdptn dbwh3k dn ptni srta pntrnk. x byk mndpt faedh hrga brg dn myk tetp mjdi pobia bgi gulngn ini.
Kami yg keje swasta ni jgk yg kene tanam ubi kayu blkng rumah..mancing ikan..
BUDGET LAWAK KENAKA DUIT DAH HABIS KENA SAPU NAK BUAT PROJEK BERBILLION BILLION.NAK TAX RAKYAT LE TU
Sapa yg pangkah BN... Jgn dok merungut... Dah hgpa suka... moga2 org tua hgpa yg dok kutip sekerap.... boleh kutip kain batik dan kain pelikat lg... setiap 5 tahun...
Masalah pengangguran tidak disentuh penyelasaiannya bermakna undi para penganggur tidak diperluan oleh kerajaan.
sawit turun, getah turun bermakna undi pekebun sawit dan pekebun getah tidak diperlukan oleh kerajaan BN.
Nilah hasilnya apabila sesuatu kebaikkan yg dibuat ada udang disebalik batu. Maka terima shj siapa yg menyokong umno. Beringatlah salah satu tanda org munafik ialah apa shj benda baik mesti ada disebaliknya, bertentangan org beriman apa yg dibuat hanya mengharapkan balasan allah swt. Wallahualam.
Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?
kakitangan awam orang bodoh????
Pelik kenapa orang swasta bising org Kjaan dapat bonus, x byk mana pun. Org Kjaan dapat bonus dari majikan. Kerja dengan Kjaan. Orang swasta mintak la bonus dari majikan masing2. Ada org swasta dapat bonus 2 3 bulan gaji, org Kjaan x bising pun.. itu pun nak jadi isu.. aptb!
Pembayaran Bonus lebih tepat hny utk swasta bukan utk Kjaan berdasarkan prestasi syarikat dn pekerja Krn kalau Syarikat rugi ada yg tak bayar bonus utk menyelamatkan pekerja tp adakalanya juga sehingga terpaksa mengecilkan jumlah pekerja
Kjaan memberi bonus kpd semua kktgn termasuk yg selalu ponteng dan yg byk ambil MC Kktgn Kjaan boleh minum pagi sambil berborak borak Ada kktgn tak dtg kerja berminggu2 Ketua Jabatan tak ambil tindakan cuma menukarkan tugas (contoh Pegawai Peperiksaan UPSR) atau di pindah kan ke bahagian lain kalau kktgn tersbt kurang pengetahuan kerja yg di lakukannya
Kktgan swasta ramai yg kena buat dua kerja atau satu kerja dgn volume yg besar Kktgn Kjaan balik tepat jam 4.30 ptg
Jd yg najib bagi bukan bonus tp saguhati walaupun negara berhutang besar
tak di nafikan ada beberapa kktgn kjaan yg berkerja dgn baik (berpengetahuan ) kalau kita bernasib baik
Setiap pekerja swasta adalah rakyat Msia yg membayar cukai langsung kpd Kjaan Najib
Mmg patut kktgn kjaan di beri saguhati krn ini lah tanda kehidupan rakyat semakin terhimpit dgn kos saraan hidup
Bajet Najib hny mefokus kpd pelaburan fisikal dgn mengenepikan sumber manusia sbg aset pelaburan yg sgt berharga berbanding dgn negara lain yg menaikkan gaji pekerja seimbang dgn kos hidup yg tinggi
Sbb UMNO BN mendpt faedah dgn membuat projek dr memberi gaji yg lebih baik kpd pekerja kktgn Kjaan
Berdoalah kita sama2 kpd Allah SWT mdhn negara kita akan diperintah n dipgg oleh pemimpin yg berkaliber, hebat, soleh dan wara' sbgaimana Khalifah Omar b AlKhattab n Umar b Abd Aziz. Mrk mmg mendahulukn kpntgn rakyat. Pemimpin skrg pun 'mendahulukn rakyat' jgk tp...byr cukai, brg naik, minyak naik n segala2nya naik. Sesuai dgn sngktn BN..Barang Naik....
Catat Ulasan