10 Okt 2014

[TERBONGKAR] Wanita Disyaki Bersekedudukan Sehingga Lahirkan 5 Orang Anak


.Rahsia terbongkar di Pulau Besar

BANDARAYA MELAKA - Rahsia seorang wanita bersekedudukan hingga melahirkan lima anak akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di Pulau Besar, dekat sini, kelmarin.

Wanita berusia 31 tahun bersama semua anaknya berusia satu hingga 11 tahun itu sedang tidur di dalam khemah di tepi pantai, sebelum pemeriksaan mendapati bukan sahaja tiada kad atau sijil perakuan nikah malah anak-anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran.

Ketua Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, dalam pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, wanita itu mendakwa tidak lagi bersuami dan datang ke pulau tersebut serta tinggal bersama anak-anak yang tidak bersekolah kira-kira dua bulan lalu.

“Siasatan awal, wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mengaku berkahwin di Thailand pada tahun 2002 bersama seorang lelaki yang didakwa sebagai suami berusia 37 tahun dan mereka dikurniakan lima anak.

“Wanita itu mengatakan empat anaknya lahir di Melaka sementara anak ketiganya di Seremban namun dia dan pasangan tidak pernah mendaftarkan kelahiran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rahimin berkata, wanita yang berniaga di gerai di kawasan pulau itu, sebelum ini tinggal bersama pasangan serta anak-anaknya di Masjid Tanah, Alor Gajah sebelum berpindah ke Pulau Besar.

“Ketika pemeriksaan wanita itu mengatakan suami sudah lari dan tidak tinggal bersama, namun kita percaya pasangannya itu masih berada di pulau tersebut dan kita akan cuba menjejaki lelaki itu untuk siasatan lanjut.

“Enam beranak itu kemudian dibawa ke pejabat penguatkuasaan Jaim sebelum kanak-kanak terbabit diserahkan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, serbuan hasil maklumat orang awam mengenai terdapat pasangan dan lima anak tinggal di dalam khemah itu dilakukan dalam operasi bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).


“Kita syak dia dan pasangannya bersekedudukan hingga melahirkan anaknya tidak saf taraf justeru kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersekedudukan.

“Bagaimanapun diingatkan kepada pasangan yang bernikah di luar negara pastikan dokumen diperoleh untuk memohon pengesahan pengiktirafan nikah oleh Mahkamah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rahimin berkata, pihaknya sering membuat pemeriksaan di Pulau Besar malah lawatannya ke kawasan tersebut tiga hari lalu mendapati masih terdapat kegiatan berunsur khurafat pada kubur-kubur di kawasan tersebut.

ULASAN GB

Mujurlah rahsia tersebut terbongkar. Jika tidak kita tidak tahu apa nasib mereka, lebih-lebih lagi nasib kelima-lima anaknya yang tiada pengenalan diri dan tidak bersekolah.

Dengan penghantaran anak-anaknya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kita berharap sesuatu dapat dilakukan untuk masa depan anak-anaknya itu.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian anak-anak tu. Kesian juga pada ibu yang jahil. Kalau anak2 dihantar ke JKM maknanya ibu terpaksa berpisah dgn anak2 ke? Kesian la kalau macam tu. Sebaik2nya bantu ibu dan anak2 utk menyara hidup dan jgn pisahkan mereka

Tanpa Nama berkata...

mereka tdak bersekedudukan jika benar mrk tlh bernikah di Siam Kalau suami nya di percayai berada di pulau tersbt dia cabut sbb takut di kena tindakan undang undang Yg heran kalau dpt maklumat org awam mcmana suami terlepas Kalau suami nya tak ada tak boleh tunggu ke sebelum terjah

Tu satu part Yg satu lg sesusah mereka berdua mereka tak buang anak mereka

Dan yg amat terharu Ibu ini mungkin melahirkan ke lima lima anak nya tanpa bantuan sesiapa



Tanpa Nama berkata...

Sedih...

Orang Melayu papa kedana di tanah air sendiri.

Bila anak anak di pisah sama ibu bapa nya , mereka akan merempit dan jadi Pak Guard bila sudah besar.

Tak salah Mak Bapa tetapi , pegawai kerajaan yang pisah kan mereka.

Apa nak jadi dengan orang orang Melayu Melaka sehingga ber perangai bagai Hang Toye.

Tanpa Nama berkata...

Tatkala pm dan wakil rakyat umno serta ulama gila kuasa dengar budget 2015 (mahu pau duit rakyatlah katakan) masalah sosial begini lu buat tutup mata shj. Ingatlah biar lu tinggi mana pun ilmu agama kalau lu gagal melaksanakan kebajikan rakyat lu tunggu shj di akhirat kelak nanti yg mana rakyat malaysia akn satu satu menuntut hak yg u telah mungkiri janji.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat 2 pengomen diatas. Yang susah kita bantu, yang jahil kita beri ilmu, yang salah kita perbetulkan. Intipatinya kita bantu dia. Ibu ini berhati mulia kerana sanggup bersusah payah menyara hidup dalam kemiskinan bersama 5 anak yang masih kecil. Kalaulah ia terjadi kepada sasatengah indibidu (minta maaf) perkara yang terkutuk munkin dah berlaku.

Kes kes yang sabeginilah patutnya Jabatan Keb Masyarakat,Jabatan Agama Islam,Jabatan Zakat patut beri keutamaan untuk menghulur bantuan kerana kesnya ' genuine' bukan saperti peminta peminta yang saban hari naik tangga pejabat menagih bantuan.

Tanpa Nama berkata...

Kesusahan isteri dan ayah siapa tahu.
Mungkin mereka bersalah, dan susah nak kahwin.
Apa yang perlu dibuat, kasihani 5 anak yang tidak bedosa itu.
Ke mana perginya bermilion-milion duit zakat?
Ini masanya, duit itu diberikan kepada mereka yang susah,
selain dapat perlidungan dari Kerajaan.
Kisah ini, segelintir saja, ramai lagi diluar sana.
Pusat zakat patut cari orang seperti mereka,
bukannya mereka cari pusat zakat.
Kita atau Jaim jangan mudah menghukum...
Semoga Allah selamatkan mereka yang benar.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan aku pulak..
Tak bole salahkan 100% pada kerajaan (salah guna kuasa, rasuah, tak amanah tu lain cerita).

Dan tak bole juga salahkan 100% kakitngan kerajaan.

Salahkan juga ibu tu. Sebab jahil. Peluang utk tuntut ilmu di Msia ni, tak kira lelaki , perempuan, setakat ni tak disekat.

Ilmu, ilmu, ilmu tu penting.
Kalau nak kawin kat Siam pun kena ada ilmu.

Takkan tak bole bertanya?

Kawin le kat mana pun, tapi sekurang2nya kena patuhi syarat2. Hatta kawin lari pun, tapi pastikan lepas tu mendaftar semula pernikahan tu di Msia, supaya senang utk urusan akan dtg, esp hal anak2.

Ramai yg salahkan kerajaan , bila anak2 x de ic. Takkan kerajaan nak pi selidik satu, satu keluarga.

Bawa bukti surat nikah. Pihak yg berkenaan akan menasihat utk tindakan lanjut. Tapi ko kena patuhi le.

Ok, perkara dah berlaku.
Untuk kebaikan jangka panjang, hantar anak2nya ke Jab Keb Masy(yg masih menyusu & kecik, tinggal dgnnya). Mungkin buat sementara, sehingga keadaan mengizinkan.

Di sana program2nya tersusun, disekolahkan , ajar agama dll. Usahakan ibunya kerja di gerai2 yg berdekatan. Kerja kena rajin.

Berapa ramai anak2 seawal usia 7 thn ibu bapa hantar di pondok2 tahfiz, tak de hal pun. memang le rindu.

Hasil baiknya insyaAllah akan dituai. Kena berkorban la, untuk dapat hasil yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?