19 Okt 2014

S.H. Alattas: Sampai Bila Najib Nak Membohongi Rakyat?


Akhbar The EDGE pada keluaran 28 April 2014 telah meletakkan satu tajuk besar yang cukup sayu menyentuh hati kita, akhbar tersebut merayu ‘BRING BACK THE MONEY” (Bawa Pulang Wang Kita)

Akhbar ekonomi ternama di Malaysia itu membongkar urusniaga 1MDB berjumlah RM18 billion yang diletakkan di luar negara.

Membaca laporan kewangan tahunan syarikat yang berakhir 31 Mac, memang membuatkan kita urut dada tanda lega kerana jumlah aset untuk tahun 2013 bertambah kepada 44.6 billion. Itu semua ‘on paper’ bro! Kita terlupa bahawa 1MDB perlu menanggung bayaran hutang tahunan berjumlah RM 1.6 bilion kerana meminjam sebanyak 36 billion pada tahun 2013. Tak cukup dengan hutang sebanyak itu, pada 28 April 2014, akhbar ekonomi dunia Wall Street Journal membuat laporan 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah bank lagi untuk meminjam RM2 billion.

Suara Keadilan keluaran 6 Mei 2014 dalam satu artikel yang ditulis oleh Lyn Nasir mengesahkan dengan laporannya:

‘Negara mungkin menghadapi masalah keberhutangan lebih tinggi sekiranya beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) gagal dalam pelaburan mereka, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim berkata kemungkinan GLC 1 Malaysia Development Berhad akan meningkatkan lagi hutang negara dalam usaha syarikat itu menampung kos projek mega seperti Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia dengan anggaran kos RM45 billion....

Pada asalnya dana 1MDB ini adalah dari dana tabung Negeri Terengganu, iaitu duit royalti minyak yang disimpan dalam satu dana yang dinamakan TIA (Terengganu Investment Agency) dana negeri Terengganu kemudian ia dinamakan 1MDB. Apakah Ahmad Said mantan MB Terengganu, tak tahu tentang selok belok serta cerita disebalik tabir tentang dana Terengganu yang TIA diubah menjadi 1MDB itu.

1MDB (1 Malaysia Development Berhad) juga membawa maksud lain iaitu 1 Malaysia Di Bodohkan. Kenapa dikatakan begitu? berikut adalah alasannya....

Negara kita memang beraspirasi untuk menjadi ‘negara maju kelas satu’, malang sekali kewibawaan pemimpin kita tidak membawa Malaysia ke arah itu.

Satu ukuran yang paling mudah, tahukah kita bahawa tahap ketelusan negara kita amat rendah berbanding dengan kriteria negara maju.

Kepimpinan Najib memang terus mendakwa Malaysia negara maju dan sememangnya kita maju pun. Hanya memajukan kelompok tertentu saja. Negara maju kelas berapakah ini?

Antara perbuatan tidak telus pemimpin ialah tentang Tabung dana 1MDB yang ditubuhkan dalam tahun 2009 dengan suntikan modal RM5 billion, modalnya dijamin oleh Kerajaan. Tetapi kenapa sebanyak US 2.3 billion di letakkan di sebuah bank di Switzerland. Dana sebanyak itu telah diurus oleh syarikat pengurus dana kewangan di Hong Kong.

Pengurus dana telah melabur wang tersebut di enam tabung dana berlainan yang terlibat dalam sektor tenaga.

Profail pelaburan keenam enam dana ini atau nilai asetnya juga tidak diketahui.

Mengapa sejumlah besar wang itu di letakkan di dalam satu syarikat pengurusan dana, tindakan pengurusan 1MDB itu memang membingungkan atau pun sengaja mahu membuat rakyat Malaysia menjadi bingung. Apabila dipersoalkan tindakan itu, 1MDB tidak pula memberikan jawapan. Cukup pelik, satu GLC kerajaan yang Pengerusinya Perdana Menteri boleh mendiamkan diri.

Orang yang tidak ada asas pengetahuan kewangan pun tahu ‘don’t put all your egg in one basket’. Dalam kes 1MDB ini, sudah lah put all in in one basket, tetapi not his own basket pulak. Kata P. Ramlee, ‘unta padang pasir pun tak sebodoh itulah!’

Kenapa dana yang ditaja kerajaan, dengan jumlah dana yang besar itu diletakkan di luar negara sedangkan objektif utama penubuhan dana itu untuk merancakkan ekonomi domestik.

Habis semua wang yang sepatutnya berlegar legar di dalam negara telah menyusup ke luar negara.

Sudah lah selama ini berbillion ringgit mengalir keluar setiap tahun dari sektor pekerja asing yang bekerja di Malaysia.

Secara minimanya, jika seramai 2 juta pekerja asing di Malaysia, setiap orang menghantar minima RM100 setiap bulan, ini bererti 200 juta ringgit mengalir keluar setiap bulan, tetapi kita bertanya semula adakah pendatang asing hanya 2 juta, memang yang berdaftar lebih kurang 2 juta, PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) boleh dikatakan sama ramai atau mungkin lebih ramai dari yang ada permit. Kiralah berapa banyak wang keluar negara setiap bulan, tidak cukup dengan itu. Kini berbillion billion wang dalam negara di bawa 1MDB keluar negara atas nama pelaburan.

Pada 12 September 2012, 1MDB telah meletakkan US2.3 billion (RM7.42 billion) dalam beberapa portfolio berasingan di Cayman Island.

Pada 22 February 2014, Akhbar Star dalam ruangan StarBiz Week melaporkan

1MBD had places US$2.32 Bil (RM7.42 bil) in a segregated portfolio fund based in Cayman Islands on Sept 12, 2012.

Selepas kumpulan pertama sebanyak US2.3 billion dilaburkan pada bulan September 2012 itu, diikuti pula US3 billion ringgit diletakkan di tangan bank pelaburan luar negara pada bulan Mach 2013.

Jumlah kesemua, 1MDB sudah melabur sebanyak US 5.3 billion di tabung dana luar negara. Yakni dalam masa enam bulan dari bulan September 2012, wang sebanyak itu telah berada di tangan bank asing. Apakah Najib boleh menjawab "ask me no question, I will tell you no lie." Dah banyak sangat pembohong, kesian yang kena tipu cerdik pandai, orang kita yang tak berani cegah kemungkaran. Kalau tanya pun, Najib suka buat bodoh. Dia takkan jawab apa pun orang kata dia. Akhirnya gambar dia kena pijak. Orang tampal kasut saja di mukanya. Itulah nilai Perdana Menteri Malaysia hari ini. Muka serupa tapak kasut je.

Soalan yang selalu menjadi pertanyaan utama, kenapa wang itu diletakkan di luar negara, namun tiada sebarang jawapan.

Bukankah 1MDB ditubuh untuk memberangsangkan projek yang mampu memberi impak tinggi kepada ekonomi dalam negeri. Ia bukan ditubuh untuk mengumpul wang dengan jaminan kerajaan dan kemudian wang tersebut dilabur di luar negara. Untuk kepentingan siapa? Duit sekarang siapa punya?

Persoalan yang serupa telah ditanyai dalam ruangan ‘The Alternate View’ akhbar Starbiz Week 22 February 2014 oleh penulis kolumn M. Shanmugam.

‘Nevertheless, questions will still persist as to why the money is parked in a fund in Cayman Islands because that was not the objective of 1MDB when it was established in 2009. What is the investment strategy, horizon and recoverability of the money?

The money parked in Cayman as a major portion on the RM5 bil seed capital 1MDB raised by issuing government guarantee bonds. It was supposed to be used to lure investments that would cause a high impact in local economy.’

Setakat ini jawapan yang diberi oleh 1MDB ialah wang tersebut telah dilabur dengan baik, ditadbir urus dengan selamat dan akan dibawa pulang semula. Bila dah pulang, masuk ke bank siapa? Di dalam atau di luar negara?

Jawapan seperti itu tidak memadai, kerana ia melibatkan tadbir urus dana awam. Sampai bila kita nak kena bodoh oleh Najib? Apa yang menyebabkan dia begitu berkuasa sekali? Sampai bila UMNO nak simpan dia jadi Presiden? Dan rakyat Malaysia nak simpan dia jadi Perdana Menteri?

Kalau badan GLC lain buat sepertimana yang 1MDB lakukan ini, sudah tentu mereka akan diserang dan diasak oleh pihak media, akan dikritik seteruk-teruknya dan mungkin akan diambil tindakan. Kenapa Najib boleh buat sesuka hati? Media dah kena sihir ke oleh tukang sihir Najib?

Lupakah kita bagaimana Lembaga FELDA terpaksa berhempas pulas memberi penjelasan dan penerangan kerana membeli hotel di London dengan harga 98 juta paun (RM497 juta) pada bulan Oktober tahun lepas. Padahal pembelian itu memang ekonomik dan boleh mendatangkan keuntungan. Kenapa 1MDB tidak dipersoalkan seperti mana FELDA kena? Adakah semata mata kerana 1MDB Pengerusi nya Najib, maka mereka terpaksa mengunci mulut, sebab jika ada sesiapa yang berani menentang atau bertanya maka akan terpelanting keluar dari gerabak. Lu Fikirlah Bro.

Apabila beberapa orang atasan Sime Darby menyalahguna kuasa dan salah guna wang , mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa, kini dalam proses pendakwaan. Kenapa 1MDB masih bernyawa pengarah pengarahnya. Apa beza status Sime Darby dan 1MDB?

Perbuatan atau cara yang dilakukan 1MDB ini iaitu meletakkan wang yang dikumpul dari sumber dalam negara ke luar negara adalah satu contoh yang amat bahaya. Ia juga membuatkan legaran atau pusingan wang dalam negara menjadi tambah berkurangan. Sekaligus membuatkan ekonomi negara bertambah muram dan tidak rancak kerana tidak banyak transaksi jual beli berlaku. Apakah tak mustahil negara akan bankrup selagi Najib kekal sebagai Perdana Menteri?

Ini adalah antara sebab para peniaga mengeluh. Apa akan jadi jika GLC lain pula akan mengikut jejak langkah 1MDB, dengan mengumpul dana dalam negara dan meletakkannya kepada pengurus dana luar negara. Sebagaimana yang kita semua maklum, CEO GLC memang sentiasa memerhati ‘contoh utama’ . Mereka hanya menunggu masa untuk mengikutinya. Sampai bila kera di hutan di susukan, anak sendiri dibiar kelaparan? Keruh air dihulu, akan keruh juga air yang dihilir. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Seperkara lagi, siapa yang harus dipertanggung jawab jika wang itu tidak dapat dibawa pulang semula atau pun jika jumlah dibawa pulang lebih rendah dari yang dilabur? Maklum sajalah wang di tangan orang, bukan mudah hendak diminta semula. Dalam dunia ekonomi sekelip mata pasaran boleh naik dan sekelip mata juga pasaran boleh merudum. Apakah nasib Najib tak akan jadi serupa itu? Seperti yang telah berlaku pada para pemimpin dunia yang jauh lebih berkuasa dari Najib? Apakah kita tak percaya pada hukum karma?

Setakat ini, dana itu mencatat pulangan 5.76 peratus saja, jauh lebih rendah dari jumlah pulangan yang pernah mereka dapat ketika melanggan bon Islam yang dikeluarkan PetroSaudi International Ltd di antara 2010 hingga Jun 2012 iaitu sebanyak 8.25 peratus.

Pada 1 March 2014, Starbiz week akhbar The Star dalam satu rencana yang ditulis Risen Jayaseelan dengan jelas mendedahkan

1Malaysia Development Bhd (1MDB) has issued RM1.5 bil worth of 7 year and 10 year Islamic Bonds at an indicative yeild of 6% which works out to around 180 basis points above current Malaysian Government Securities (MGS) rates. The buyers of the bonds are Lembaga Tabung Haji (LTH) and Permodalan Nasional Bhd (PNB)

.... The bonds do not carry a government guarantee and are not rated. But the papers are backed on 495 acres of land in Sungei Besi that 1MDB plas to develop into the iconis Bandar Malaysia, a high-end mixed development project.

Pada tahun 2011 seorang jutawan Taek Jho Low telah cuba membeli saham sekumpulan hotel terkemuka Coroin, iaitu Hotel Claridges, The Connaought dan The Berkeley di United Kingdom melalui syarikatnya The Wynton Group bernilai RM5.7 billion dengan bantuan dari dana 1MDB. Apabila perbuatan mereka itu telah dapat dihidu. Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB terus menafikan bahawa beliau tidak ada kaitan dan tidak mendanai urusniaga Taek Jhow Low. Najib pun pernah sumpah Al - Quran bahawa dia tidak ada kena mengena dengan Altantuya. Betul ke?

Akhirnya terbukti Najib berbohong, apabila kes pembelian saham hotel itu menjadi perbalahan dan dibawa ke Mahkamah Tinggi United Kingdom, maka terbukti pada 15 Januari 2011 1MDB telah menghantar surat bagi pihak Jho Low untuk membeli saham hotel tersebut.

Siakap senohong, gelama ikan duri, suka cakap bohong itu lah kerja Perdana Menteri. 3 tanda untuk mengenal seorang yang munafik, cakap bohong, mungkir janji, mengkhianati amanah. Sampai bila Najib nak membohongi rakyat? Dan sampai bila rakyat nak simpan seorang yang bersifat munafik. Bukankah tanggungjawab orang Islam mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jangan salahkan Tuhan jika Tuhan turunkan bala ke negara kita, kerana kita sudah tidak dengar cakap Tuhan lagi.

Kisah transaksi ini dilaporkan dengan menyeluruh dan ekslusif dalam Laman Web ‘Sarawak Report ‘pada 2 Mei 2014.

Di kalangan ahli perniagaan semua tahu Taek Jho Low ini adalah rakan niaga Rosmah. Memang kena dengan konsep 1 Malaysia, Rosmah hanya berurus niaga besar dengan usahawan bukan Melayu seperti Deepak dan Taek Jho Low...

Sampai bila Najib hendak membohongi rakyat. Apakah Najib fikir rakyat Malaysia masih tinggal di dalam gua dan tidak mengetahui segala perbuatannya yang menderhaka pada bangsanya sendiri dengan membiarkan Rosmah bermaharaja lela. Siapa sebenarnya Perdana Menteri? Najib atau Rosmah? Betul ke Najib ini bini Rosmah? Dan Rosmah yang menjadi Perdana Menteri bukan Najib. -bersambung







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu Ku Li dah kata menteri kewangan di Malaysia terlalu berkuasa sampai banyak yang tak kena.

Tanpa Nama berkata...

Undi La.... Lgi brow...

Tanpa Nama berkata...

Orang kg mana ada peduli semua itu yang mereka tahu adalah mencari wang untuk makan hari ini. Esok cari lagi untuk hari itu dan begitulah seterusnya. Pemimpin curikah mereka rompakkah itumereka punya hal polis ada polislah yang tangkap mereka mahkamah juga ada jadi kalau mereka bersalah dakwalah mereka di mahkamah yang penting ada bahagian kami seperti BRIM. Kalau pembangkang ada duit lebih bagilah kami lenbih banyak daripada bn bagi barulah kami undi pakatan amacam

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Janji dapat BR1M

Tanpa Nama berkata...

Betul anom 6:52 harga getah masih di bawah 2.00/kilo. Di tempat saya ada yang cagar geran motosikal untuk mendapatkan cash dari taukey getah. Barang kemas yg masuk pajak gadai belum di kira. Ya Allah selamatkanlah negara kami dari pemimpin pemimpin yang rakus singkirkanlah mereka yang tamak dan berikan kemenangan kepada pemimpin pemimpin yg jujur dan ikhlas membela nasib rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan membongkar.
Orang2 kampung bior mereka.
Memang Allah jadikan, ada yg berilmu, tak berilmu, amanah, tak amanah dll.

Salute pada yang berani membongkar, kerana silap haribulan, akan disaman.

Sekali lagi syabas.
Allah bersama orang2 yang telus, amanah & berani kerana benar.

Tanpa Nama berkata...

bukan org kg jer yg buat tak tahu PM kita berbohong Yg kat bandar pun bukan sikit

Najib tak payah nak cover byk byk Setahun sekali pun cukup dgn mengunakan kejayaan Tabung Haji Sejuk hati bangsa melayu bila Najib hantar Tok Imam mengerja haji dan ditambah dgn Jemaah Msia berpuas hati dgn kemudahan TH Negara lain tak dpt mcm keselesaan yg Msia dapat Kemudian TPM berkepala botak baru baru ini pulak akan jd penganti Bg kebanyakn org melayu kemuncak iman tu ialah menunaikan Haji Mana dia org peduli 1DMB

Eh eh kan Gaji Elaun MP semua naik Lagi lah dia org tak peduli

Kalau duit yg byk kita dpt tu haram tp kita hantar org buat haji dan mcm mcm lg dgn derma nya dgn murah hati pada hal dr duit yg byk tu cuma sikit jer yg dia korban kan Apa semudah itu org nak percaya dia berbohong mcm Najib

Dan sejak terakhir ini dgn kong kali kong org yg dipanggil ulamak pulak yg berperangai munafik dan handal jugak dgn berbohong Lg menambahkan dia org tak peduli siapa berbohong sbb dia org sendiri berbohong pd diri dia org sendiri



Tanpa Nama berkata...

Luar topik..tapi ada kaitan. Pas terengganu sibuk cari salah org lain, tapi tak sedar pun duit royalty minyak mereka najib muka sliper dah songlap..mana haji hadi & geng ularmak tahu bab2 investment ni..ha ha padan muka pas terengganu..memang jenis keldai bodoh nak mampus. Sifat munafiq hadi & the geng sama saja dgn sifat munafiq najib..kaki bohong,tak amanah, mungkir janji & kianat. Nasib baik penyelidik bangsa asing bagitahu investment putar alam rosmah suami najib ni. Kalau tidak sampai mampus le bangsa melayu yg konon2 nya hebat sangat islam nya.....padan muka melayu 1malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Yang bodoh jadi makanan yang cerdik.

Tanpa Nama berkata...

Najib tak boleh dipercayai lagi dan tidak releven jadi PM.

tausuo berkata...

Harga minyak mentah dunia jatuh Dari dollar amerika 115 ke dollar 85 setong, Pasapa dimesia harga pulak naik? Cuba citer mana Mari subsidi bila harga dimesia rm2.20 padahal harga pasaran dunia lebih kurang rm 1.65 sen seliter (dollar amerika 85 se tong). Tok sah citer LA Pasa bilion2 depa dok curah semaumaunya ke luar negara Dan hutang yang bertimbun timbun. Citer sikit benda 2 yg sabit rakyat cari makan.mintak MA'af Dan timaceh.

Tanpa Nama berkata...

Org kampung yang bodoh tu aku tak pelik, orang UMNOBN yang berpelajaran tiinggi pun kena tipu dan masih lagi menyokong UMNOBN tu yang aku pelik

Tanpa Nama berkata...

Dlm khutbah jumaat semalam, Jakim kata pemimpin negara (Najib kot) mentadbir ekonomi negara dengan baik mengikut cara Nabi Yusof.

Sefaham saya Nabi Yusof tidak ada budget deficit dan hutang negara yg meningkat. Nabi Yusof berjaya 'to increase 7 years of continuous productivity and face 7 years of economic downturn and turmoil' tanpa menjejaskan rakyat.

Nabi Yusof tidak mengenakan cukai mcm GST. Tengku Razaleigh kata kerana kerajaan salah urus tadbir dan penyewelengan, rakyat yg jadi mangsa.

Persamaan yg saya nampak dgn cerita Nabi Yusof ialah 7 ekor sapi/lembu gemok dan 7 ekor sapi/lembu kurus. 7 ekor sapi/lembu gemok ialah pemimpin dan kroni. 7 ekor sapi/lembu kurus ialah rakyat marhaen.

Minta ostad2 di Jakim jgn jd penjual agama jd pengampu kerajan 'for a few pieces of silver'.

Tanpa Nama berkata...

Setiap tahun bila di audit berlaku ketirisan & kebocoran akibat rasuah yg melampau sehingga rakyat (pembayar cukai) terpaksa menanggung beban hutang yg luar biasa? Lepas tu mohon belanjawan tambahan setiap tahun? Kalau tak tau nak perintah bagilah org lain perintah. Menteri kewangan sepatutnya tak boleh org yg sama pegang lebih dari satu kementerian.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya jika ketirisan yang dilaporkn oleh ketua audit negara di atasi, GST tak payah pun dipaksa keatas rakyat. Ketirisan ini tak kurang dari RM 20 billion setahun. Kita kena faham ketirisan ini tidak akan ditangani oleh UBN selagi UMNO terus berkuasa. Nyawa UMNO juga bergantung pada ini. Macamana Ketua Bahagian nak hidup mewah dan dalam masa yang sama me gerakkan bahagian. Kita tahu SOP UMNO - takdak wang takdak kerja.

Tanpa Nama berkata...

Dengan salah urus tadbir, penyelewengan, rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa mengakibatkan rakyat menjadi mangsa, ada puak yg nak ber-UG dgn Umporno-BN.

Tanpa Nama berkata...

sampa bila pula UG nak perbodoh rakyat

Tanpa Nama berkata...

bohong pun melayu dan Ug masih sokong

Tanpa Nama berkata...

Amacam rakyat malaysia nak jadi kelas 1 beb kalau rakyat m,sia sendiri pun tidak mahu berfikir cara 1st class. Ciri org 1st class kalau sudah ditindas diaorang akn terus menuntut hak diaorg contoh terbaik ialah di hong kong, masyarakat diaorg tidak rela ekonomi dikacau oleh china sebabnya apabila dikacau kelak rakyat hong kong tak akan dapat apa - apa kecuali masalah. Sampai sekarang masih lagi berdemo selagi hak rakyat hong kong tidak ditunaikan sudah masuk 3 bulan dah beb diaorg berdemo. Lu fikirlah sendiri.




Tanpa Nama berkata...

Negara kita telah berjaya melahirkan pemimpin yg berjiwa perompak dan bermentaliti penyamun.

Tanpa Nama berkata...

Mereka2 tu semua ada lah LANUN 1 MALAYSIA