27 Okt 2014

Melayu Pendatang: GERAKAN Yang Sebut DAP Yang Disalahkan! - Guan Eng


Kenyataan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman yang meletakkan kesalahan terhadap DAP kononnya punca kepercayaan bahawa ‘orang Melayu adalah pendatang’ jelas menunjukkan agenda politik kotor pertubuhan itu yang pro-BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pertubuhan itu tidak henti-henti menyalahkan DAP, sedangkan kenyataan tersebut diucap perwakilan Gerakan dalam perhimpunan tahunan parti komponen BN itu di Shah Alam 19 Oktober lalu.

“Apakah jenis manusia atau organisasi ISMA ini yang bersedia untuk menggunakan fitnah jahat sedangkan dalam Islam, fitnah adalah satu dosa besar yang lebih berat daripada membunuh orang?

“Prinsip tidak bermoral dan tidak beretika ISMA terserlah bila mereka berbohong bahawa DAPl yang menyebut orang Melayu pendatang, sedangkan ia disebutkan oleh seorang wakil parti komponen BN, Gerakan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Kata Guan Eng, ISMA kini menjadi ‘pakar’ menukarkan hitam kepada putih dan putih kepada hitam akan terlepas daripada sebarang tindakan sekalipun mengeluarkan ucapan ekstrem yang menggugat ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap golongan bukan Islam,

Beliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hanya beretorik dengan agenda wasatiyah (kesederhanaan), dalam masa sama membisu tanpa sebarang tindakan.

Malah, dalam sebuah simposium di Bangi semalam Presiden ISMA Abdullah Zaik membuktikan agendanya yang benci golongan anti-bukan Islam dengan kenyataan terus terang untuk melawan kafir, yang merupakan satu perkembangan baru yang amat bahaya.

“Adakah Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan bertindak terhadap ISMA?

“Kegagalan mereka menjadikan Najib sunyi keseorangan dengan ayat-ayat manis wasatiyyah yang hanya merupakan omong kosong,” ujar Guan Eng.

Henti gelar-menggelar, bina budaya hormat dan persefahaman

Namun, beliau menghargai kenyataan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, yang menyeru masyarakat Malaysia menghentikan tabiat gelar-menggelar seperti memanggil ‘pendatang’ dan ‘penceroboh’.

Dr Mohd Parid berkata, Malaysia adalah tanah tumpah darah termasuk orang bukan Melayu dan bukan Islam, kerena turut bersama menyumbang pembangunan negara dengan jiwa raga mereka.

Manakala imej Islam sebagai agama damai dan dialog harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amalan, dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.

Justeru itu kata Guan Eng, rakyat di negara ini seharusnya memberi fokus kepada usaha mencetuskan suasana saling hormat-menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum dan agama.

“DAP percaya bahawa majoriti besar rakyat Malaysia mahu hidup dangan aman dan damai dan tidak berminat dalam usaha lawan-melawan diantara Islam dan bukan Islam menerusi sentimen dan perjuangan melawan kafir,” ujar Guan Eng.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI



10 ulasan:

air gunung berkata...

Zaid ni suka sgt kot melayu dgn cina or kafir tetak menetak.dia nak tgok sgt tu sape yg berjiran berlainan bangsa dan agama sembelih menyembelih dgn 4statement bangang bersulam islamiknya.Bila org dah bertikam2 nanti dia paling awal hilang entah kemana.dasar celaka punya manusia.sedap jer berckp.apa2 terjadi aku memang salahkan celaka isma perkasa umngok dn ngo2nya.jeniz x reti hidap harmoni dgn manusia.layak hidup dgn lembu shj pepuak ni.

Tanpa Nama berkata...

Isma dalam bahasa arab makna berdosa.

Tanpa Nama berkata...

Bukan dengan lembu tapi dengan anjing

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, nak berjuang utk islam konon tp nama bergelumang dosa, bangang punya pertubuhan!

Tanpa Nama berkata...

Peringatan tentang fitnah ni jangan lah sampai orang bukan Islam yanv kena bagitahu

Jaga lah mertabat Rasulullah saw

Tanpa Nama berkata...

Biasalah, yang jahat salah semua dap dan cina . Isma yang betul yang pandai yang wira

Tanpa Nama berkata...

Yang banyak zaik....maaf bukan zaik, taik dalam kepala otak ialah perwakilan Gerakan

UMNO Perkasa Pekida senyap bukan apa Mereka tahu statement tersebut untuk memberi kebatuan (mileage) kepada Gerakan mendapat sokongan dari kaum cina

Statement macam ni lah yang akan makan kita balik satu hari nanti

Sedar lah statement Melayu juga pendatang ada lah lebih berbahaya dari UMNO Celaka .

Tanpa Nama berkata...

biasalah Ikatan Munafik Malaysialah katakan. Mulaikan sekarang jangan pakai perkataan muslim tetapi perkataan munafik sebab ianya sesuai dengan persatuan lu presiden ISMA.

Tanpa Nama berkata...

ISMA - Ikatan Solidariti Melayu Angkuh

Tanpa Nama berkata...

YANG BENAR2 MENGHASUT TAK DER APA2. SBB SEBELAH PEMERENTAH, UNDANG2 PELIK.