3 Okt 2014

[EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik!


BN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun

Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas.

"Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

"Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.

"Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak.


"Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar.

Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa.

"Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia.

Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar.

"Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang penting.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di Malaysia.

Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian rasuah secara serius.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.

"Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

"Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya.

Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka masa panjang.

"Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. –TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran najib sering berselindung dgn terma rasionalization utk menaikan harga minyak. Cuba tgk ape maksud terma tersebut...

BN zionis berkata...

hanya pemimpin PR (anwar) yg dgn terus trang dan berani membela rakyat dlm isu minyak.

tp penyokong umno telah diracun dgn fitnah liwat tk kesudahan.

gembiralah kamu disamping berbicara fitnah liwat, harga minyak diikuti kenaikan harga barang akan terus berlaku tanpa pembelaan pemerintah.

mungkin umno ni kenyang dgn cerita2 liwat dan tangki kenderaan mereka blh penuh dgn jampi.. air mani air mani air mani anwar 40x (senafas)

Tanpa Nama berkata...

Melayu kat kg yg undi BN tak kisah minyak naik sbb mereka tak banyak guna minyak. Kehulu kehilir dg basikal atau motosikal je.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak buat....malaysia di perintah oleh Babi Negara yg hanya tahu pelahap duit negara

bat8 berkata...

Anon 10:50

Betul pendapat anda. Tetapi mereka akan terkena kesan kenaikan harga barangan keperluan akibat kenaikan 4ON95/Diesel ini juga.

Kita kena faham sist3m pengedaran barang dari p3ngilang kepada pengguna. Di Malaysia pengedaran barangan dari kilang kepada pengguna akan melalui 6-8 pengedar-pengedar. Kat kawasan l3ndalaman Sabah dan Sarawak lagi parah kesannya.

Jadi apabila berlaku kenaikan harga petrol/diesel di pasaran, kos pengangkutan setiap satu pengedar didalam rangkaian ini akan meningkat. Peningkatan kos ini bersifat berganda. Pengedar pertama pass kos ini kepada harga dijual k3pada pengedar kedua. Pengedar kedua akan tambah kos ini kepada harga jualan kepada pengedar ke 3. Begitulah seterusnya sehingga barangan ters3but sampai ketangan pengguna.

Ini belum kira jika ada pengedar didalam rangkaian pengedar ini berpakat untuk mengaut keuntungan lebih akibat k3naikan petrol/diesel dipasaran setiap kali kerajaan menaikkannya.

Jadi jangan te4k3jut jika anda mendapati kenaikan harga sesetengah barangan akan mel3bihi kenaikan harga petrol/diesel sebanyak 20 sen!

Tanpa Nama berkata...

majoriti rakyat tolak BN sokong Pakatan, Presiden Pas UG menyongsang atus pula....

Tanpa Nama berkata...

Bila hrg sawit jatuh Hrg getah jatuh langsung memberi kesan kpd kehidupan mereka yg semakin susah

kalau ikut formula BN hrg pasaran dunia sawit dan getah jatuh maka kehidupan penoreh dan peladang sawit senang lah sbb Kjaan BN akan naikkan hrg sawit dan getah

Tanpa Nama berkata...

Alasan "Masih murah berbanding harga negara lain".

Ini bermakna Malaysia akan turut serta bersama-sama dengan negara lain yang mahal harga petrolnya.

Nanti keluar lak alasan "Masih murah berbanding harga negara yang paling mahal".

Pada masa tu... capailah cita-cita menjadi negara yang paling mahal harga PETROL/DIESEL. TAHNIAH!.

non berkata...

Kita terima 2 kali kenaikan barang.. dulu harga minyak turun barang ttp statik... Minyak naik balik barang2 ikut naik ... bodo umno mung nii

Tanpa Nama berkata...


najib bagi minyak naik....rakyat naik angin...bagi dia TURUN di PRU 14...

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti orang2 kampung & lama yang tidak boleh diubah. Kalau begini caranya, negara akan hancur diperintah oleh manusia yang tidak tahu mentadbir.

Tanpa Nama berkata...

senang aje...suruh utusan wat headline.."raayat marah harga minyak naik" esuk tiba2 editor utusan kena pecat hahahah

AKG BEARINGS FOR JOHOR , MALAYSIA berkata...

KERAjaan Najib dan KAMBINatenya sila letak jawatan kalau dah x tahu macamana nak kawal EKONOMI MALAYSIA. Asyik nak guna jalan pintas aje PERAH KERINGAT duit Rakyat. Banyak lagi cara untuk menjana EKONOMI MALAYSIA. Kepada RAKYAT MALAYSIA yang memBABI buta sokong dan mengangkat mereka sebagai Pemimpin kenapa kenapa kenapa kenapa... Inilah hadiah yang mereka beri.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Najib lu tak payah nak berlakon cakap pasal tiris di sana sini sedangkan anak buah lu buat ketirasan di sana sini buat tak tahu shj.

Lu juga tak payah nak buat statement SPRM adil sebab baru shj i lihat berita tv3 dan pemberita cakap dipantau oleh badan yg diketuai oleh beberapa ahli parlimen. Lu ingat we all bodoh mcm umat melayu mr. Bean dan ulama gila kuasa? Think logiklah, kalau ada ahli parlimen yg pantau SPRM, ini bermakna ia masih lagi dikawal oleh org tertentu dlm kerajaan. SPRM telus dan adil kepala hotak lu.

Selagi BN memerintah selagi itu SPRM buat semuanya tidak adil kerana masih ada org yg mengawalnya.

bat8 berkata...

KRONOLOGI HARGA MINYAK MALAYSIA

Sebelum 1990 – RM0.89
Tahun 1990 – RM1.10 (kenaikan RM0.21)
01/10/2000 – RM1.20 (kenaikan RM0.10)
20/10/2001 – RM1.30 (kenaikan RM0.10)
01/05/2002 – RM1.32 (kenaikan RM0.02)
31/10/2002 – RM1.33 (kenaikan RM0.01)
01/03/2003 – RM1.35 (kenaikan RM0.02)
01/05/2004 – RM1.37 (kenaikan RM0.02)
01/10/2004 – RM1.42 (kenaikan RM0.05)
05/05/2005 – RM1.52 (kenaikanRM 0.10)
31/07/2005 – RM1.62 (kenaikan RM0.10)
28/02/2006 – RM1.92 (kenaikan RM0.30)
04/06/2008 – RM2.70 (kenaikan RM0.78)
01/09/2009 – RM1.80 (TURUN RM0.90)
16/07/2010 – RM1.85 (kenaikan RM0.05)
04/12/2010 – RM1.90 (kenaikan RM0.05)
03/09/2013 – RM2.10 (kenaikan RM0.20)
02/10/2014 – RM2.30 (kenaikan RM0.20)