Penangkapan 154 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk warga emas dan wanita adalah menyalahi undang-undang kerana PPS adalah organisasi yang belum diharamkan dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap polis kerana penahanan tidak sah, demikian kata beberapa orang peguam
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata bahawa pihak berkuasa sepatutnya melalui proses yang perlu di dalam mewartakan PPS sebagai sebuah organisasi haram seperti yang mereka lakukan terhadap Hindraf pada tahun 2008 - sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap organisasi berkenaan, lapor The MalayMail.
Paulsen berkata sehingga hal ini (pewartaan PPS sebagai sebuah organisasi haram) dilakukan, sebarang tangkapan terhadap mana-mana anggota PPS adalah salah di sisi undang-undang.
"Penangkapan yang dilakukan tempohari begitu meragukan kerana menjadi ahli organisasi yang tidak berdaftar bukan merupakan satu kesalahan," katanya.
Paulsen memberitahu bahawa mereka yang ditahan boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan setelah PPS diwartakan sebagai haram. "Buat masa ini, ia kelihatan seperti tangkapan dan penahanan yang dilakukan bermotifkan politik," katanya.
Peguam bebas yang terkenal, Syahredzan Johan juga mempersoalkan tangkapan tersebut, dengan menyatakan bahawa PPS yang tidak berdaftar tidak secara automatik menjadikan ia menyalahi undang-undang.
"Kecuali jika permohonan telah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah ditolak, maka pertubuhan itu hanya boleh menjadi salah di sisi undang-undang melalui satu perintah dari menteri.
"Di sini, tidak ada satu pun keadaan di atas yang boleh dikaitkan dengan PPS maka jelas ia bukan satu pertubuhan haram, "katanya.
Syahredzan berkata polis mungkin boleh menangkap ahli-ahli PPS jika mereka telah secara peribadi terlibat dalam jenayah, tetapi bukan semata-mata untuk dikaitkan dengan PPS.
Tambahnya menangkap ahli PPS semata-mata kerana terlibat dengan pertubuhan berkenaan, ia adalah seperti di luar bidangkuasa pihak polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang dan mendedahkan mereka untuk disaman..
Sementara itu, bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan menyifatkan tangkapan pada pagi Hari Merdeka itu sebagai "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis".
"Tidak perlu berkonfrontasi dengan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan (Rakyat).
"Ia hanya akan mengesahkan persepsi umum bahawa instrumen kerajaan kini berkhidmat untuk kepentingan politik BN," katanya dalam satu mesej teks.
Beliau juga berkata, tangkapan boleh dicabar di mahkamah, katanya kepada wartawan.
Pagi 31 Ogos, kira-kira 200 anggota PPS dilaporkan telah ditangkap selepas mengambil bahagian dalam perarakan Merdeka di Georgetown, Pulau Pinang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian mengesahkan bahawa ahli-ahli 154 Penang unit rondaan sukarela (PPS) telah ditangkap kerana mengabaikan perintah untuk menghentikan menyertai aktiviti pertubuhan "haram".
Katanya, beliau sebelum ini telah memberi amaran tentang akibat yang perlu dihadapi jika terus menyertai pertubuhan berkenaan.
Khalid juga berkata anggota PPS telah didakwa melanggar undang-undang dan dikatakan telah mencabar polis dan perintahnya dengan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa.
PPS menjadi pusat kontroversi selepas seorang lelaki berusia 51 tahun mendakwa beberapa ahli-ahli PPS telah menyerang beliau.
Ini telah menyebabkan kemarahan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan mendesak spaya unit itu dibubarkan manakala kumpulan hak Melayu Perkasa juga membuat laporan polis menggesa pihak polis untuk menyiasat aktiviti pasukan tersebut.
Khalid kemudiannya mengisytiharkan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan berkata polis sedang menyiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertindak balas dengan mengumumkan saluran bantuan undang-undang kepada mana-mana ahli-ahli PPS yang ditahan sepanjang tempoh mereka berkhidmat dengan PPS.
PPS telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada Mei 2011 untuk membantu orang awam dalam pelbagai keadaan termasuk mengarahkan lalu lintas, masa bencana dan untuk membuat rondaan di jalan-jalan sebagai langkah pencegahan terhadap jenayah.
Pada masa ini, terdapat lebih daripada 9,000 ahli-ahli PPS di negeri ini dan ahli-ahli semua telah menjalani pelbagai kursus yang termasuk bantuan kecemasan dan pengurusan bencana.
CONTOH KES PENAHANAN SALAH OLEH POLIS
Penahanan salah: 5 peguam menang saman terhadap polis dan kerajaan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penahanan lima peguam lima tahun lalu oleh adalah salah dan tidak sah.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara mengarahkan Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syuhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhalliwal diberi ganti rugi am RM15,000 serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM60,000 setiap seorang.
Beliau turut mengarahkan semua defendan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini manakala Ravinder sebanyak RM40,000.
Dalam penghakimannya, O'Hara berkata penahanan kelima-lima peguam terjumlah kepada penahanan salah dan menafikan hak perlembagaan mereka serta akses untuk diwakili peguam.
Beliau berkata, mahkamah mendapati keterangan DSP Judy Blacious Pereira atau Jude kerap berubah.
Mahkamah turut memutuskan alasan yang digunakan Jude ketika mengguna pakai Seksyen 28A (8) Kanun Tatacara Jenayah bagi menafikan hak untuk diwakili sebagai tidak munasabah berdasarkan keadaan ketika perhimpunan nyalaan lilin.
Empat peguam wanita menfailkan saman menamakan Konstabel Fauziah Mustafa, Inspektor Azlina Norzali, Konstabel Noor Balkhis Maazin, Ketua Polis Daerah Brickfields ketika itu, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Jude, Ketua Polis Negara ketika itu serta kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Sementara itu, Ravinder menfailkan saman berasingan pada 7 Mei 2012 terhadap Jude, Wan Abdul Bari, Lans Koperal Saha'ri Ehwa, Ketua Polis Negara ketika itu dan kerajaan Malaysia.
Dalam pernyataan tuntutan, kelima-lima peguam mendakwa pada 7 Mei 2009, mereka hadir di luar pekarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD) untuk memberi bantuan guaman kepada 14 pelanggan mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.
Mereka mendakwa dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam masing-masing atas alasan anak guam mereka menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.
Semua peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan menandatangani borang berkenaan.
Mereka mendakwa beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka namun gagal.
Selepas itu, seorang pegawai polis muncul bersama pembesar suara membuat pengumuman agar mereka bersurai namun mereka gagal berbuat demikian dan ditahan di dalam IPD itu.
Fadiah, Murnie, Puspawati dan Syuhaini, yang ketika itu merupakan peguam Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa pada 5 pagi 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, Ravinder mendakwa beliau ditahan selama 16 jam pada 7 Mei 2009.
Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang serta memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos. – Bernama, 24 Mei, 2014
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
4 ulasan:
PDRM juga tertakluk pd undang2 dlm negara. Tak boleh buat sesuka hati. Jgn sampai rakyat hilang kepercayaan sudah.
Kalau ikut cakap PDRM dan Menterinya, puak ni samseng TAPI kalau nak kata SAMSENG, siapa lebih samseng, antara PDRM dengan PSS? Rakyat selalu kata PDRM ni samseng berlesen, betulkah?
Kenapa rakyat dah hilang kepercayaan kepada PDRM? Sebabnya ialah PDRM dah jadi burung pegar @ pagar. Kenal tak burung pegar? Pi baca peribahasa Melayu.
Apakah mungkin tindakan polis atas arahan pihak tertentu bagi memburukkan imej pemeritahan Najib?
Penyamun samun org rmai,polis pula samun penyamun,sape pnyamun brlesen...akai ada pikiat sndiri
Catat Ulasan