27 Sep 2014

Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Semasa Kemelut PR Selangor?


Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan'

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini.

Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. -MK

ULASAN GB

Lain macam ajer kedengaran kenyataan bekas exco Halimah Ai di atas. Dulu GB respek juga dengan beliau, tetapi semasa kemelut MB Selangor berlaku, beliau bertindak dengan cara yang tidak sepatutnyanya.

Bukankah PAS tak pelahap jawatan, mengapa sekarang Halimah menampakkan rasa tidak puashati dengan penggugurannya sebagai exco?

Kedua, mengapa serang Azmin? Bukankah yang menetukan yang menjadi exco dari PAS itu adalah PAS Selangor sendiri terutama Pesuruhjayanya iaitu Iskandar Samad? Iskandar Samad yang menyerahkan nama kepada PAS Pusat yang kemudian menyerahkan nama itu kepada MB Selangor. Tidakkah tindakan Halimah itu sebenarnya mencabar Pesuruhjaya PAS Selangor dan PAS Pusat sendiri?

Ketiga, kemungkinan Azmin menrima perkataan beberapa orang ulama PAS yang menyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin, jadi beliau tak lantiklah exco dari PAS.

Presiden PAS sendiri kata beliau tak calonkan WAWI kerana tiada kebolehan, jadi berkemungkinan Iskandar dan PAS Pusat pun berpandangan demikian.

Kelima GB tertarik dengan satu komen di mkini. Kasar bunyinya tetapi tak sekasar ungkapan BARUA oleh Presiden.

Semangat pakatan kau mana waktu krisis???bersama khalid...semangat atok kau









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Redho jer lah.. kata Presideng Pas

Tanpa Nama berkata...

Penipu penghianat yang ambil gambar senyum dengan KI Selepas pecat rakan PR. Kebaruaan sama tinggi dengan tuang president barua

Tanpa Nama berkata...

apa tu semangat pakatan ??? masa presiden pas kelentong tak nampak pulak geng pas selangor tunjuk semangat pakatan kecuali 2 orang . tu pun dicap BARUA . Lingkup lingkup Pas . mana pi suara vellfire telur dah kecut .

Tanpa Nama berkata...

sudah sudah la.. Islam kan mengajar redho, banyak dalam dunia ni yang kadang2 kita tak capai sepenuhnya kehendak / cita2 kita, sedangkan kita dah usaha.

Doakan mereka , itu sebaik2nya.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 lagi ker bhaii?
Elok hari turr bubar aje dun buat PRN, bior semua tak dpt jadi exco. Tentu tuan presideng suka

Tanpa Nama berkata...

Bertindak menggunakan akal dan biarlah bernas.bukannya nafsu semata.semuga pakatan lebih cemerlang.tahniah azmin selamatkan selangor.

Tanpa Nama berkata...

Apalah halimah ni nak kecoh2 pasal jawatan. PAS kan tak pelahap kpd jawatan, lagi pun presideng kite dah ke laut jadi nelayan. Banyak sekarang ni jawatan kat parti nelayan kite masih kosong. Moh!! kite ke laut............PAS - parti lebai malang atau parti nelayang kite?

Tanpa Nama berkata...

aku seorang ahli PAS tegar,segala tenaga dan wang ringgit aku digunakan untuk perjuangan PAS, adakah aku dinilai sebagai BARUA kerana perjuangan dalam PR, memang aku ahli bawahan ini bodoh dan dugu pak turut macam tidak ada akal saja,
aku terkilan kerana pemimpin PAS atasan cakap seolah mereka WALA,tidak menerima pandangan ahli bawahan,
aku tidak mempengaruhi sesiapa dalam PAS apa yang aku rasa,aku bukan bodoh saperti pemimpin PAS pandang ahli bawahan mereka seperti macai sahaja.
Pemimpin Pas harus ingat PARTI PAS hanyalah sebuah PARTI POLITIK SAHAJA, di mana seorang boleh keluar dan masuk.
aku mula benci kepada pemimpin PAS yang angkuh dan sombong serta putar belit pembohongan untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Aku memang memuji Bekas exco Pas ini kerana kerjanya tetapi bagi aku satu kesilpan dia ialah membuat kenyataan akhbar menyokong Khalid Ibrahim ketika isu memuncak dan ketika gambarnya tersiar ketika Khalid meraikan hari terakhirnya.Itu kesilapan dia.Kalau dia diam seperti sorang pas lagi insyallah dia akan dipilih semula.Iskandar terselamat kerana dia YDP Selangor sekiranya dia bukan YDP pasti dia orang pertama yang tidak dipilh jadi exco

lan44646 berkata...

Krisis MB serlahkan kegagalan anda
Buat keputusan yg wajar,
Antara amanah president ,rakan pakatan @ Rakyat yg undi pakatan bukan PAS,
Dilihat anda Pilih president PAS,
Dilema.jawab le sendiri.
Tolak pakatan dan Rakyat kerna individu TSKI,
Terlebih cerdik je apa.

Tanpa Nama berkata...

Betul. Sekarang rasakan lah akibat tndakan sendiri. Masa pr tengah krisis bukan main senyum exco pas yg 4 org tu begambar dgn khalid ibrahim yg pkf pecat. Tu semangat pakatan???

Tak sabar nk tengok prestasi exco pas yg baru hj zairy.. instinct aku kata mesti hebat sbb anak muda yg berkelulusan baik.. aktif dlm permalah rakyat. Hrp2 dia bukan dr golongan lembab ug yg pndai bercakap tak efektif, suka hentam org dan sombong.

IbnAbdHalim berkata...

Kalau masukkan namanya semula sbg exco baru ikut semangat PR.

Tanpa Nama berkata...

DAH SYOK DOK KEROSI EXCO BABE.... MACAM2 HADO.... BILA KENA SENTAP AGAK2LAAAA... TAK PUTUS TALI SAWAT JANTUNG.... HUHUHU PROJEK2 BABE..

Awang Chan berkata...

kot mana pun rujuk dan dapatkan pengesahan ketua kita dulu..dlam apa hal pun...itulah perjuangan kita yg sebenar...kita bukan dari PKM @ PKR @ UBN ...biarkan mereka memerli dan mengata... Andalah EXCO kerajaan selangoq yg terbaik pernah di lantik sebelum2 ni....ada wawasan dan kerap turun pdg...

Putra IJ80 berkata...

Apa pn yang paling mengecewakan ...

Bila orang yg bertaraf ULAMA'..

Sanggup mengeluarkan perkataan "BARUA"

Sudh ckup utk menghancurkan hati ,

Sahingga sokongan terhadap parti nya dari Cap tangan ke Bulan Bintang hingga bulan Penuh hampir menjadi sia sia....

Sdy..

Tanpa Nama berkata...

Ada Wanita doctor berkualiti mb, Ada pula Wanita doctor nak ikut tuang president barua buat kerja kotor barua.

Unknown berkata...

berjuang kerana Allah YB bukan jawatan...nampak sangat pelahap tahap 4...ari tu bukan main riang lagi ngan TSKI

Tanpa Nama berkata...

dulu masa TSKI singkir exco lain selain PAS ada semangat Pakatan sebab tak letak jawatan? singkir TGHH dari Pas

Tanpa Nama berkata...

Siap ambil gambar dengan muka senyum lagi!

Tanpa Nama berkata...

Aku suka- bukan nya cerdik sangat ponnnnn

Tanpa Nama berkata...

Exco pas stay dulu sbb individu nak stay atau arahan pusat? Yg exco lain dr DAP n PKR seingat saya bkn letak jawatan, depa still nk stay, tp sbb x dtg meeting dilucutkn jawatan. Klu semua x stay bukankah kerajaan negeri boleh dibubar? Sbb undang2 tubuh minima kena ada 4 exco. Anyway punca asal is nk tuko TKSI sbb tuduhan tertentu. Dn dlm islam segala tuduhan selagi x terbukti, dia belum jatuh hukum salah, bukan andaian, sama mcm BN ble tuduh PR mcm2. Kalau PKR gagal buktikan TKSI dlm segala tuduhan, dan TKSI ble menang pulak saman dia, so sia2 je la PR berperang sama sendiri dan bagi kemenangan percuma pada BN. Jangan pikir pandangan hardcore parti je, kena pikir yg atas pagar yg ramai ni.