30 Ogo 2014

AJK PAS Pusat Sudah Malas 'Gaduh' Dengan Ust Hadi!

Isu MB: Penolakan pada Hadi membara

Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.

Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema - diluah mati emak, ditelan mati bapa - ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu.


Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.

Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.

"PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).

"Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat)," kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.

Sejarah 80-an berulang?

Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa.

Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.

"(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden," katanya.

Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan.

Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan “one man show” (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik.

Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba “membersihkan” satu sama lain.

“Presiden akan dicabar," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan "situasi berkecamuk" berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui "PAS pernah mengalami situasi penolakan" terhadap ketuanya sebelum ini.

Salahuddin: Ribut mana tak berhenti

"(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.

"Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak.

Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.

"Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.

"Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti,"
katanya ketika dihubungi Malaysiakini. -mk via detikdaily

ULASAN GB

Naib presiden PAS, Salehuddin Ayun menyatakan.... ribut mana yang tak mahu berhenti...

GB sekadar menambah: kelapa kotai akan tetap gugur juga ke tanah... so tak payah jolok-jolok..







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi ada agenda, ramai orang tahu,tapi buat-buat tak tahu, tak mahu rosakkan Pakatan Rakyat dan PAS

Tanpa Nama berkata...

Sendiri buat ribut dalam rumah tangga hingga jahanam rakyat dan rumah tangga kata matang pula...

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Pas dah jadi macam pemimpin UMNO, anggap rakyat masih bodoh macam zaman penjajah

Tanpa Nama berkata...

Langkah hadi sudah tempang, dah jadi macam Mahathir, baling batu sembunyi tangan

Tanpa Nama berkata...

Hadi kalau hadi PM mungkin lebih teruk dari peristiwa Memali, Mahathir bukan ulama...Yang sokong Azizah nak diambil tindakan

Tanpa Nama berkata...

Anwar lagi malas nak gaduh dan akhlak mulia, Hadi buat hal tapi dia puji jasa Hadi lagi, TGNA hormat anwar

Tanpa Nama berkata...

Dulu kalau Hadi tak sanggah kehendak rakyat minta ganti Azizan, Insyaallah Kedah tak tumbang

Tanpa Nama berkata...

Ribut memang akan berhenti... tapi nilai kemusnahan kepercayaan ahli, kepercayaan rakan pakatan dan lebih penting kepercayaan rakyat terhadap PAS yang hancur lebur... sukar dipulihkan dalam masa terdekat.

Yang pasti krisis ini menjadi ubat penahan sakit yang mujarab kepada UMNO yang mengalami barah tahap 4.

Tanpa Nama berkata...

Harap HjH tak macam tangkai jering........Pas hancur pun tak pa, untuk berundur jangan sekali..........

Tanpa Nama berkata...

Ini tandanya Task Force 2010 sudah menampakkan hasilnya. Tidak lama lagi PAS akan bersama BN. Tentera Malaysia memang hebat dalam memerangi pengganas!

Tanpa Nama berkata...

Gb bukan ulama pas mulia maka tiada Hak tidak setuju keputusan ulama pas mulia.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Ambe rase golongan profesional dlm pas bole keluar parti dan buat parti baru.. Ramai golongan profesional dlm pas power2 dan celik kitab. Biar pas join dgn bn. Tp pkr bole caye ke?????

Tanpa Nama berkata...

GB,Ini bukan jenis kelapa kotai tapi jering kotai yg tak akan jatuh walau ditiup ribut taufan.Mau tak mau,kena pepah dengan galah jugak.

Tanpa Nama berkata...

Krisis diSelangor: Siapa yg senang hati,selesa,gelak terbahak-bahak - UMNO.Mereka tak perlu bersusah-payah,buang tenaga dan wang menghancurkan PAS dan Pakatan Rakyat sebab cukup memperalatkan proxy yg sudah lama bersarang dlm PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ramai sungguh bijak pandai disini..tapi sebenarnya bukan ahli pas pun betul tak?

Tanpa Nama berkata...

BN memang amat berterima kasih kpd Hj Hadi & menantunya Din Ayam dlm memporakperandakan PR. Hj Hadi jd MB Terengganu pun jahanam, Kedah pun hancur bwh Pas. Sbgi presiden Pas, Hj Hadi gagal dan skrg berjaya pecahbelahkan PR Selangor. Tiada salahnya Pas bergabung dgn Umno seperti kehendak Hj Hadi dan menantunya untuk tubuh UG utk selamatkan bangsa Melayu dan Islam. Contoh terbaik bagaimana sokongan Hj Hadi dan Din Ayam berjaya menangkan calon Bn-Umno di Kota Damansara. Tahniah kita ucapkan kpd Hj Hadi & Pas. Harapan kita adalah Pas bergabung dgn Umno untuk memartabatkan Islam dan bangsa Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.54am.
Yg menyokong PAS dlm pilihanraya bukan semuanya ahli PAS.