Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar
KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri.
Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.
“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.
“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.
Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.
Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.
Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.
“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.
Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga.
ULASAN GB
Semasa Terengganu di bawah pemerintahan UMNO BN yang dipmpin oleh Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Said, royalti yang telah diterima mencecah hampir RM1 billion.
Tiba-tiba ada kes yang menyayat hati di negeri Terennganu seperti di atas.
Anda tahu kemana wang royalti RM1 billion itu dibelanjakan? Ada pengauditan atau tidak dilakukan semenjak wang royalti itu diberikan? Misi ke Antartika siapa tanggung?
Kerajaan terima royalti RM938 juta
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Terengganu.
“Sehingga Mac tahun ini kerajaan negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika menjawab soalan Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang).
Haji Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) mewakili Dato’ Seri Haji Abdul Hadi yang tidak hadir sidang DUN kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta kerajaan negeri nyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, kerajaan negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum kepada kerajaan negeri.
Dato’ Seri Haji Ahmad menegaskan, jumlah yang sepatutnya diterima kerajaan negeri adalah RM938 juta di mana pemberian pertama sebanyak RM670 (Mac), RM150 juta (minggu ini -Mei) dan baki RM118 juta lagi akan dibayar bulan depan (Jun).
“Ini bererti jumlah keseluruhan yang akan kerajaan terima royalti minyak daripada Kerajaan Pusat adalah sebanyak RM938 juta sehingga Jun tahun ini,” katanya.
Katanya, kerajaan diberi tahu Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta dan akan menerima jumlah berkenaan secara berperingkat sebagaimana yang dijanjikan dan ia kekal seperti dalam perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.
Menjawab soalan tambahan daripada Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) Menteri Besar menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada kerajajan negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.
“Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas dulu ada peruntukan kerajaan negeri yang digunakan untuk pembiayaan projek-projek lain dan projek yang komited itu masih belum selesai bayarannya,” katanya.
Katanya, hasil rundingan terakhir baru-baru ini, telah mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada kerajaan negeri setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai. -jheatweb
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
6 ulasan:
akibat penyamun & penyangak dapat laba ! apa lagi joli sakan la mangkuk-mangkuk kangkung perembat@penyauk ,ABU !
Wang royalty minyak tak perlu diodit sebab dikira rezeki jatuh dari langit.Terserah kpd MB macam mana nak belanja.Yg senang ialah 40 penyamun yg rapat dengan Ali Baba.
Selain Lanun dari filipina yang selalu kerja diaorang menculik pelancong di Sabah, Spesis Lanun yang ini pun mesti ditentang juga. Tapi apakah daya dah umat melayu mr. Bean suka lanun jadi pemerintah maka terima sahajalah style pemerintahan lanun yang sekarang dilakukan oleh kerajaan UMNO.
Lanun tetap lanun so we akan tak sekali - kali biarkan lanun bernama UMNO bermaharaja lela di negara Malaysia.
begitulah nasib kita apabila kita pilih lanun dan penyangak untuk memimpin kita.apa nok dikato.
Melayu rasuah ... tak pa pasal dia Melayu
Melayu lanun ... tak pa pasal dia Melayu
Melayu tipu ... tak pa pasal dia Melayu
Melayu ... Melayu ... Melayu ... ditipu dek Melayu ... tak pa pasal dia Melayu
Hidup Melayu pasal dia Melayu
Sekarang nampak tak apa bezanya antara Melayu dengan Islam ?????
Melayu membenarkan kezaliman , janji dia Melayu walaupun "Melayu Anak Haram".
Islam mencegah kezaliman dan kemungkaran. Islam menegakkan keadilan.
Tengok peristiwa baru-baru ni, pompuan Korea pakai baju tercetak ayat Al-fatihah, siapa yang jual? Melayu yang jual tapi yang kena marah ialah orang yang pakai. Inilah Melayu. Tak betul pun tak pa, janji Melayu. Yang salah ialah bukan Melayu walaupun depa tu jujur.
Manusia yang sentiasa prasangka akan manusia lain sebenarnya dia sendiri yang sakit prasangka.
Mn ibrahim ali perkasa..
org mcm ni la ko ptut tlg.
Buat tabung derma kilat kt berjuta juta ahli perkasa..
Drpd ko tlg road bully yg dh tntu kaya raya pkai kete mahal mcm kiki..
baik ko tlg mak cik ni, mak cik ni melayu jugak kn.
Org miskin ko xnmpk, org kaya jgak ko nmpak.
ke ko ade hati dkt kiki..semacam jew...
Catat Ulasan