Bekas staf Maim didakwa
AYER KEROH - Seorang bekas kakitangan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak tirinya sebanyak dua kali iaitu pada Disember lepas dan minggu lalu.
Tertuduh berusia 34 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan didakwa ke atasnya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.
Berdasarkan pertuduhan, Nooraslan didakwa merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Duyong pada waktu malam, Disember lalu.
Tertuduh turut didakwa merogol kanak-kanak sama berusia 12 tahun di lokasi sama pada waktu malam pada 8 Julai lalu.
Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M Rebecca membantah mahkamah menetapkan sebarang jumlah wang jaminan terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, Nooraslan merayu diberikan jaminan kerana menanggung isteri yang tidak bekerja, lima anak tiri dan dua anak kandung termasuk bayi berusia empat bulan.
Selepas mendengar rayuan itu, Ahmad Sazali yang bersetuju dengan pihak pendakwaan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, namun menetapkan sebutan semula kes pada 19 Ogos depan. ~SH
ULASAN GB
Demikianlah. Nafsu yidak mengenal batas. Nafsu tak mengenal jawatan. Jika kes di atas didapati benar, sekalipun bertugas di sebuah majlis agama Islam, rupa-rupanya lebih besar iblis yang ada di dalam dirinya sehingga tergamak merogol anak tiri sendiri.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
5 ulasan:
pelik mengapa di malaysia tertuduh dalam semua kes-kes mesti di'blur'kan ? ikut saja media antarabangsa siar muka mereka biar satu malaya tau ! ABU !
Sedih kan....
Adakalanya darjat seorang insan lebih teruk dan rendah dpd seekor haiwan.
I setuju dgn amuria. Kalau tidak hari - hari jenayah akn berlaku sebab muka tak kena tayang.
Di mana anak2 dptkan perlindungan? Org yg diamanahkan memberi perlindungan...mengkhianati amanah Allah...semoga Allah berikan balasan yg setimpal dgnnya...
Catat Ulasan