22 Jul 2014

Akhirnya Kiki Didenda RM5,000 & Diarah Buat Kerja Amal 240 Jam

Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, juga dikenali Kiki, diarahkan oleh hakim untuk untuk menjaga nama baiknya memandangkan dia seorang wanita dan berpelajaran.

WWanita dalam klip Youtube didenda RM5,000, diarah buat kerja amal

Wanita yang terkenal selepas videonya menggunakan kata-kata kesat kepada seorang lelaki tua dan mengetuk keretanya dalam satu pelanggaran di Kuantan minggu lepas didenda RM5,000 atau tiga bulan penjara hari ini, lapor The Star Online.

Kata portal akhbar itu, Mahkamah Sesyen Kuantan juga mengarahkan Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, juga dikenali Kiki, melakukan kerja kemasyarakatan selama 240 jam.

Menurut laporan itu, hakim Zainal Abidin Kamarudin mengingatkan Kiki untuk menjaga nama baiknya memandangkan dia seorang wanita dan berpelajaran.

Zainal Abidin berkata Kiki bernasib baik kerana mangsa yang diserang itu, Sim Siak Hong, memaafkan dia dan tidak meneruskan dakwaan terhadapnya.

Laporan itu berkata Kiki, yang menangis semasa mitigasi, sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di tapak parkir UTC, Jalan Sekilau di Kuantan pada 14 Julai jam 1.10 tengahari, kata laporan itu.

Kiki menjadi terkenal sejak rakaman perbuatannya dimuatkan di YouTube dan tersebar luas.

Video selama 2½ minit itu menunjukkan Kiki mengetuk kereta Sim dengan kunci steering, menuntut RM2,000 daripada lelaki itu, dan menjerit kepadanya kerana melanggar kereta barunya, sebuah Peugeot 208.

Bagaimanapun, Kiki meminta maaf dalam temuramah dengan media dan mengaku kesalahannya serta memohon orang ramai menghentikan cercaan ke atasnya.

Sim, 68, berkata Kiki dan ayahnya telah meminta maaf kepadanya dan dia telah berjanji kepada mereka tidak akan membuat laporan polis atau mendakwanya di mahkamah.

Pesara itu berkata walaupun dia merasa trauma dengan kejadian itu, dia dan isterinya yang ada bersama ketika kejadian, memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara itu.

"Sebagai seorang Katolik, agama saya mengajar supaya memaafkan kejahatan yang orang lakukan kepada kita," katanya. ~TMI









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat baik dibalas baik buat jahat trima padahnya kah kah kah,,,,

Tanpa Nama berkata...

Malu rasanya bila uncle sim kata sbgai org katholik....bgimana pula kiki, seorg islam, dibulan ramadhan pula tidak menonjolkan ajaran nabi Muhammad SAW...iaitu jangan sombong, pelihara akhlak yg baik, menghurmati org tua...dll..

Tanpa Nama berkata...

Si Kiki tu harap2 jgn buat lagi la abb malu kat Allah akhlak kurang bail. Satu tamparan yg he bat bust org Islam bila org Katolik lebih betsifat mulia di bulan Ramadhan. Memalukan. Harap jgn yg contohi Kiki.

Tanpa Nama berkata...

Puteri umno....mengikuti jejak umno,wanita umno dan pemuda umno.tahniah kerana umno berjaya mengangsterkan puteri umno.dari atas sampai ke sayap,sahih penuh dgn sikap celaka.

Tanpa Nama berkata...

Golongan sprt Kiki inilah yg mendabik dada dan berikrar merekalah pejuang yg menegakkan maruah dan kepentingan negara, bangsa dan agama. Cakap tak serupa bikin, cakap nak dapat kerusi, kedudukan dan kekayaan saja. Beristiqamahlah....

Tanpa Nama berkata...

mana nk ltk muka bla wrgaemas ni blh bkata sbgi pganut kristian dajr memafkn org. tpi yg btudg ni mgku agma islm bsikp ngtve x mnujkkn ajrn islm sbnr. nsb bik wrgams ni x tya dia awk agama ape? sthu sya org islm mgjr kebaikn dn bgsa mlyu dajr hrmtii org tua. sy igt awk x agmalh.