6 Jun 2014

[VIDEO & GAMBAR] Kereta Belum 6 Bulan Guna Dah Rosak Akibat Banjir


UIAM, tiga kampung tenggelam

GOMBAK - Hujan lebat berterusan lebih dua jam bermula jam 2.30 petang semalam, menyebabkan beberapa kampung termasuk Sungai Cincin, Sungai Pusu dan Gombak Utara dinaiki air.

Banjir itu juga antara terburuk apabila sekurang-kurangnya lima kawasan dalam kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditenggelami air setinggi tiga hingga lima meter menyebabkan sekurang-kurangnya enam kenderaan kakitangan dan pelajar tersangkut.

Menurut Penghulu Mukim Setapak, Mohd Fazli Abd Latif, hampir seratus keluarga terlibat insiden itu.

Katanya, bantuan awal disalurkan Pusat Khidmat Tabung Bencana daerah Gombak, Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia, wakil rakyat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Selasa lalu, kerja pemantauan dibuat melibatkan kawasan tersebut yang kerap dinaiki air setiap kali hujan lebat termasuk insiden runtuhan cerun setinggi sepuluh meter.

“Runtuhan cerun melibatkan tanah jenis persendirian dan tindakan pemasangan kanvas akan dilakukan segera bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku,” katanya.

Namun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun kelewatan kerja pengukuhan dikhuatiri menyebabkan runtuhan menutup laluan utama menghala ke kawasan perumahan Desa Gemilang.

Belum enam bulan pakai kereta

“Tak sampai enam bulan keluar kereta sekarang dah rosak sebab ditenggelami air."

Itu antara insiden yang terpaksa dilalui pemilik kenderaan, Fatihah Hasan, 23, yang tidak menyangka kawasan tempat letak kereta penuntut UIAM itu dinaiki air.

Dia ke Dewan Kuliah Architecture & Enviromental Design (Kaed) sekitar jam 2.30 petang untuk menghadapi peperiksaan.

“Jam 2.30 sampai memang hujan tengah lebat tapi masa itu air tak naik lagi. Masa dalam dewan saya hanya fokus jawab periksa saja dan tak terfikir langsung pasal kereta kerana tak sangka kawasan itu boleh naik air. Saya hanya tahu keadaan kereta selepas keluar dewan dan ketika itu air telah surut,” katanya.

Seorang lagi pelajar, Khairun Amirah Salehin, 23, memberitahu salah seorang rakannya yang keluar awal dari dewan memaklumkan kejadian itu selepas mendapat maklumat menerusi laman Facebook.

“Lepas keluar dewan, kami buka telefon bimbit dan ternampak kejadian banjir dalam UIAM dan terkejut kereta saya terlibat sama.

“Sampai saja di kereta air telah surut dan nampak kereta teralih sedikit ke kanan manakala air dalam kereta sampai ke separuh tempat duduk,” katanya.

Kereta itu dipinjamkan kakaknya yang juga penuntut universiti yang sama untuk ke dewan peperiksaan selepas terkandas akibat hujan lebat.

Lihat kereta mula tenggelam

“Panik mendengar suasana riuh rendah, saya bergegas keluar dari makmal dan terkejut mendapati kereta di kawasan parkir dinaiki air,” kata salah seorang penuntut UIAM, Amirul Al Hafiz Abdul Hamid, 24.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang belajar di makmal di fakultinya sebelum dimaklumkan mengenai kejadian banjir kilat terbabit.

“Saya hanya mampu melihat kereta Proton Satria saya ditenggelami air hingga melebihi paras tayar.

“Saya tidak berani berbuat apa-apa tetapi segera hubungi bapa untuk urusan bawa keluar kereta,” katanya, semalam.

Sementara itu, bagi pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan, Abu Huzaifah Zulkifli, 22, dia menyedari kejadian ketika menuju pulang ke asramanya di universiti.

“Keadaan agak cemas ketika itu. Saya tidak berani meredah air dan mampu menunggu sehingga air surut.

“Saya tidak berani menanggung apa-apa risiko dan mengelakkan perkara buruk berlaku terutama bila melihat beberapa kenderaan tenggelam hampir separuh,” katanya.

Sementara itu, Pengawal keselamatan, Jamil Jaafar berkata, dua pintu masuk kampus itu terpaksa ditutup sekurang-kurangnya setengah jam.

“Sebelum ini memang ada banjir tapi tak seteruk kali ini hingga menyebabkan kenderaan tenggelam,” katanya. -SH
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tersilap bawa orang tua itu merapu di dalam kampus

Tanpa Nama berkata...

Gaknya bala dari Allah swt atas ketidakadilan UIAM apabila gagal mengajar ilmu mengenai keadilan sejagat. Sepatutnya UIAM sebagai pusat ilmu teraskan Islam patut mengajar dan menunjuk keadilan dalam semua hal dan urusan harian.
Gaknya UIAM terlalu tunduk kepada pemerintah dan takut untuk menyuarakan atau membenarkan tenaga pengajar ahli akedemik, para penuntut menyuarakan kebenaran. Baru baru ini terjadi dimana UIAM tidak membenarkan forum yang dianggap mengkritik kerajaan. UIAM sepatutnya mengungguli instituisi lain dalam menyuarakan sebarang salah laku kerajaan dan membenarkan dewan dewannya digunakan oleh para ahli pertubuhan hak asasi manusia atau mereka yang menyuarakan isu isu kepentingan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Nama sehaja Universiti Islam tapi aktiviti2 berkaitan islam dihalang kerara yg berperanan besar dalam UIA orang kuat UMNO CELAKA. Skrg dapat lah Allah bagi sedikit pangku tapi sayang yg banyak jadi mangsa pelajar bukan puak2 atasan UIA.

Tanpa Nama berkata...

Banjir sebab bukit2 belakang UIA sudah ditebang pokok2 atasnya. Salahkan sesiapa yg memberi kelulusan pembangunan di situ.

Bila hujan lebat, air sudah tak meresap ke tanah dah.

Tanpa Nama berkata...

Ta'ziah kepada semua mangsa banjir yang terlibat. Bahagian golongan zholim itu belum diberikan, tapi anda harus waspada, Allah tidak lalai atau lupa, habuan penzholim tetap ada. azab yang pedih menanti orang yang kufur dan zholim.

Tanpa Nama berkata...

Inilah bala dari allah swt kerana menggunakan nama islam tidak kena pada tempatnya, apatah lu invite manusia durjana bernama mahathir ke uiam. Orang yg baik akan sentiasa menerima rahmat dari allah swt kerana semua makhluk mendoakan kesejahteraan kpd dia. Sebalik orang jahat akn sentiasa menerima bala dari allah swt kerana semua makhluk akn mendoakan kecelakaan kepada dia. Renungkanlah