16 Jun 2014

Ribut Terbangkan & Terbalikkan Khemah Ketika Berkaraoke


Bagan Pinang – Program Sukan Pantai Badan Berkanun yang bermula semalam berakhir dengan insiden empat khemah diterbangkan ribut malam kelmarin.

Penolong Pegawai Rela Daerah Port Dickson, Mejar Hassan Selim berkata, kejadian berlaku dengan pantas apabila khemah yang bersambung antara satu sama lain terangkat dan terbalik.

Menurutnya, peserta yang berada di bawah khemah berkenaan terpaksa melarikan diri kerana khuatir ditimpa besi khemah.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 malam ketika empat anggota Rela dan 10 sukarelawan pihak penganjur, Persatuan Badan Berkanun dan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) sedang melakukan acara santai sambil berkaraoke.

“Ketika itu hujan gerimis dan saya datang untuk membuat pemantauan anggota Rela yang bertugas menjaga keselamatan barangan dan tempat diadakan program itu yang dianjurkan oleh Persatuan Badan Berkanun dan UiTM,” katanya.

Hassan berkata, empat orang sukarelawan dan anggota Rela cuba memegang tiang khemah namun tidak dapat menghalang ribut itu menerbangkan khemah itu dan tersangkut pada pokok di tepi jalan raya.

“Kejadian ribut lima minit itu nyaris menyebabkan kenderaan yang lalu di jalan raya berhampiran ditimpa besi khemah namun ia tersangkut pada beberapa batang pokok di tepi jalan.

“Namun kami lega kerana tiada yang tercedera akibat daripada kejadian itu walau bagaimanapun, semua mangsa terkejut dengan kejadian itu,” katanya.

Dijangka seramai 500 orang akan menyertai program berkenaan yang diadakan di Pantai Bagan Pinang selama tiga hari.










IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

entahlah... sudah menjadi satu trend masyarakat skrg ni.. sibuk berkaroake... di majlis perkahwinan pun skrg ni ada karaoke... sampaikan ada yang tergedik2 menyanyi lagu dangdut...

unsur jahiliyah kembali ke dalam masyarakat...

Tanpa Nama berkata...

RUMAH kata pergi KUBUR kata mari .tunggu aja la

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya Uitm

Tanpa Nama berkata...

Kufur nikmat

Tanpa Nama berkata...

bila rakyat tidak di tarbiyyah dan hal hal keagamaan di kesampingkan hanya seperti lipstik saja tunggu lah....