17 Jun 2014

Dua Kisah Yang Mengharukan, Anak-anak.. Bacalah...

Terharu dgn pengorbanan seorang ayah demi pendidikan anak2...

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?".

Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir.

Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya.

Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.".

Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya."Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...".

Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekepi­ng duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

HARGAILAH PENGORBANAN IBU & BAPA KITA.

Satu hari Di Mesin ATM


Sekadar kongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorg pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sbb selalunya ada pegawai yg tolong.
Hari ini cuti public cik..
Duit utk anak pakcik ya?
Ya.dia belajar di selangor - uia.
Duit dmasukkan utk anak pertama.
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dlm mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2kali.
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling ke dlm porch pakcik itu(maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.

Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.

Jelas rasa lega tlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor.

Dlm hujan renyai.
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu dberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2org anak.
Sikit utk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yg baik utk ABAH yg selalu saya sanjungi..

Kepada semua pelajar: Belajarlah sungguh-sungguh utk membalas jasa ibubapa kita..
-fb



ULASAN GB

Wahai anak-anak, hargailah jasa ibubapamu. mereka sanggup melakukan apa saja untuk kita dapat belajar dengan sempurna, asalkan kita merasa gembira dan bahagia...

Kisah-kisah di atas menyebabkan GB sendiri turut merasa terharu... kerana lebih kurang demikian juga keadaan ayah GB dulu, malah lebih teruk dari itu... masa itu bukan pasal beli komputer atau masuk duit di ATM... lebih sukar ... seorang penoreh, terpaksa berjalan berbatu-batu mencari sebuah kedai buku, dan beratur panjang-panjang untuk menghantar "telegraphic money order" kepada anaknya ini untuk meneruskan pelajaran.

Belum sempat GB membalas jasanya, Allah telah memanggil ke rahmatNya.. menyebabkan GB terasa terlalu sedih ketika itu... Hanya doa yang mampu dititipkan sebagai membalas pengorbanan mereka disamping aliran airmata setiap kali terkenang jasa dan pengorbanan mereka...

Jangan lupa anak-anak, kita panjatkan doa untuk kedua ibu-bapa kita yang banyak berjasa itu:















IKLAN BERBAYAR

"Wahai wanita, percantikkan dirimu sebelum
suamimu terpikat dengan wanita lain..."



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau laptop Acer rosak, bawa ke Low Yat tingkat paling atas, pusat servis Acer. Waranti komponen sebenarnya tiga tahun. Waranti setahun ialah helah peniaga sebab selepas setahun, peniaga akan mengenakan caj sedangkan ia sebenarnya tidak perlu. Pusat servis Acer juga terdapat di setiap negeri.

Tanpa Nama berkata...

anak anak hari ini terlalu manja.
zaman aku belajar di ILP awal 80an arwah ibu hanya bagi 20 sebulan. bayang kan lah apa boleh di lakukan dgn $20. teringin makan kfc yang kebetulan di sebelah ILP tp sbb tak ada duit aku hanya berdiri di belakang KFC yang kebetulan sebelah dewan ILP..ambil bau aja pon dah cukup. budak hari ini baru nak daftar masuk ipt dah tau laptop brand apa yang diperlukan.tu belom lagi top up/handphone..dapat duit dari orang tua hujung minggu enjoy (bukan semua) tak ingat kepayahan keluarga mencari wang untuk tampung perbelanjaan mereka.

Tanpa Nama berkata...

menitik air mata ni bila baca cerita ni..betui tu,kasihanilah ibu bapa kalian..khusus pada adik2 yang masih belaja..time aku study di ipta dlu..ramai kawan2 aku yang pakai laptop,guna hp mahal.aku pulak pakai hp biasa dan ringtone biasa..boleh dikatakan hp aku la yang paling murah.bukan xterigin nk pki hp baru.tapi aku xnak membazir dan setakat boleh call n msg pun dah kira ok.tu belum cerita bab buat asgmt..org lain pki laptop n aku pulak pi cc je buat asgmnt..lepas solat isyak aku pi cc buat asgmnt sampi la siap..aku pi nek basikal jer n kadang2 jalan kaki..da jgk member yang perli aku sebb aku nek basikal..terasa pun ada tapi aku buat xtahu..niat aku nak belajar n bukan nak bergaya..nak kata salu mkn kfc n mcd pun x jgk..aku jarang makan..time study dulu aku makan biasa2 jer n xda mewah macam org lain..bab baju pulak, aku pki bju kurung biasa je n xda pun mhal2 n balik2 baju yang sama n klu da duit lebih baru beli bju baru..sebab aku kasihan pada ibu bapa ku,sebab tu aku xda banyak songeh nk minta itu n ini...sebab kite tgh belaja kan n bukan nk melaram dengan laptop mahai n sebagainye..tp itu dlu,sekarang ni aku dah keje di jabatan kerajaan n aku pun dah kahwin n suami aku pulak cikgu..n bila dah kahwin n berkejaya ni aku boleh beli apa yang aku nak n boleh makan yang sedap2..so ni sekadar perkongsian cerita..biar susah dulu n senang kemudian.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera. Terdapat beberapa negara lain yang menyalurkan pendidikan percuma kepada pelajar. Negara-negara ini malah kurang hasil bumi dan kerap di landa bencana alam. Malaysia yang kaya dengan hasil bumi (minyak dan gas) dan kurang bencana alam, mengeksplotasi hak mereka yang susah. Inilah balasan kita atas subahat memilih pemimpin yang zalim sebagai raja dan menteri.

Tanpa Nama berkata...

Betol betol menguris perasaan saya berkaitan etika GB ini. Sebagai seorang bapa yg ingin melihat anak2 berjaya sanggup berkorban apa saja demi anak2. Cerita ini betol2 mengingatkan kembali nostalgia saya semasa menyekolahkan 6 orang anak2 saya yg kesemuanya Alhamdulillah berjaya dalam pebelajaran dan kerjaya mereka. Demi masa depan anak2 saya dan isteri sanggup mengikat perut dan hanya membeli pakaian bundle hampir 5 tahun. Alhamdulillah setelah anak pertama dan kedua berjaya mereka menghargai kesusahan saya dan ibunya.Kepada anak2 diluar sana jangan lupakan jaya orang tua anda kesahini lah mereka dan jagailah mereka sehingga keakhir hayatnya insya'allah Allah akan mengaaihi anda. Amin

Tanpa Nama berkata...

Hargailah ibu ayah...smntara mrk masih hidup.....belajr buat cara bljr.jgn brlagak....sesal dhulu pndpatan.

Tanpa Nama berkata...

persoalan yang bermain dikepala saya ialah kenapa anak-anak tak didedahkan dengan pendidikan tentang wang, macam mana nak jana wang, betapa susahnya nak dapat wang dan sebagainya. tipikal jawapan mak bapak ialah "hang toksah risau pasai duit, hang belajaq saja rajin-rajin" adalah 1 klise bodoh. dengan jawapan macam tu nak harap anak-anak faham? dalam mimpi!!!