7 Mei 2014

Terengganu Hampir Pasti Dapat MB Baru, 2 Nama ADUN Disebut-sebut

Dua Adun Terengganu Siap Sedia Dilantik Jadi MB

Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Difahamkan dua individu tersebut iaitu Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman, 49, dan Adun Air Putih, Wan Hakim Wan Ahmad, 45 akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.

Detik perubahan di Terengganu harus dilakukan apabila Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said telah menandatangani satu surat persetujuan bahawa beliau akan kekal selama setahun selepas Barisan Nasional menang tipis di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi.

BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Difahamkan nama Abdul Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana. -mstar



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

azmiemn83 berkata...

Ini Mungkin Balasan Allah Pada MB sekarang ini kerana menjadi tangan-tangan tersembunyi yang menghalang Kuliyah Ustaz Azhar Idrus daripada dibuat didalam Masjid.

Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Tok Mat Said kaya dah tu, beri orang lain pula buat harta. Kekayaan negeri Terengganu untuk pakat-pakat demo bolot bersama.

Tanpa Nama berkata...

Syok juga kalau mat said berani wat onar(klau brani la pasal x de wat penyelewengan) dgn kedudukan kerusi dlm DUN yg seimbang beliau umumkan jadi bebas tp jgn letak jawatan.Mesti panas punya.Dulu pun aku masih ingat masa nama dia istana pilih dan dan time tu jgak kat tv 3 kluar mengenai isu seorg ADUN kat terengganu ada kes.Tp lawaknya x ada gambar.hanya petak kosong.style umngok ugut.so trylah jadi robin hood mat said oiii.kan masa banjir hari tu bkn main lg hang kopak pintu lori roti gardenia..hehehehe.besnya jd batu api niii..

Tanpa Nama berkata...

Kicap yang sama cuma tukar label, masih hitam pekat dan anti hudud

Tanpa Nama berkata...

Apa salah DS Ahmad Said ? Kami akan keluar parti jika MB ditukar. Cubalah nak tengok.

Tanpa Nama berkata...

Tak kiralah siapa yang jadi MB Terengganu, kalau namanya dari UMNO,alamatnya banyak harta rakyat terengganu di pau. Tapi apakan daya dah Umat Melayu relakan diri diaorang menjadi Mr. Bean, nak cakap macam mana lagi.

Tanpa Nama berkata...

najib bila lagi nak letak jawatan? macam2 masalah timbul dalam negara sejak dia jadi pm. jadilah manusia yang ada maruah diri, jangan perasan hebat sangat.

majoriti rakyat negara ini telah meluat dengan pemborosan, penyelewengan, kezaliman yang dilakukan.