Persembahan ‘sarkas Umno’ menyusahkan rakyat – Azan Ismail
KUALA TERENGGANU 14 MEI: Kemelut dan kekecohan melanda Terengganu memperlihatkan episod demi episod drama ciptaan Umno yang akhirnya menyusahkan rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu.
Ini berikutan tiga calon DUN Umno yang mengisytihar keluar parti dan menjadi calon bebas dikhabarkan menyertai Umno semula.
“Umno-BN memperlihatkan persembahan sarkas yang tidak menghiburkan dengan tiga aktor utama ‘three stooges’ (Ahmad Said, Ghazali dan Roslee),” kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.
“Untuk capai kehendak Umno BN, episod peralihan Menyeri Besar menyusahkan rakyat. Lakonan dipujuk, (kemudian) diberi habuan dan masuk Umno semula,” tambahnya.
Kemelut politik Terengganu bermula apabila pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dibantah sebahagian Adun BN negeri itu menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said mengisytihar keluar daripada Umno.
Menyifatkan tindakan tersebut tak ubah seperti ‘lanun’, kata Azan agenda utama Adun Umno-BN di Terengganu hanyalah merompak khazanah negeri untuk dikongsi sesama mereka.
“Sama seperti episod MH370….seolah-olah direka pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan semata-mata mengalihkan pandangan,” kata Azan yang juga Adun kawasan Bandar, Terengganu. -KD
Pemimpin Umno macam sarkas
KUALA LUMPUR: Konflik Umno Terengganu seperti tergambar pada peletakan jawatan Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan pengumuman keluar parti tiga Adun lain sehingga 13 Mei lalu disifatkan ahli akademik sebagai “sarkas”.
Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, penafian pertukaran Menteri Besar (MB) ketika sambutan Ulang Tahun Umno ke-68 mengulang tindakan Perdana Menteri menyangkal tarikh pembubaran Dewan Rak yat pada 2008 lalu.
“Meriah suasana ulang tahun Umno dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat. Tibatiba semalam (12 Mei) MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baru.
“Macam sarkas sahaja kata-kata pemimpin Umno ini, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku.
Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu yang akhirnya berlaku tsunami politik?” ujarnya.
Menurut Agus yang juga Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, pembubaran Dun di Terengganu perlu dilakukan dengan menyerahkan pemilihan semula kepada rakyat negeri itu.
“Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi. Kedudukan kerusi di Dun Terengganu sekarang BN 14, Pakatan Rakyat 15 dan Bebas 3.
“Jadikan pengalaman di Perak, Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Jika tidak mahu pilihan raya atas alasan penjimatan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan,” jelasnya dipetik daripada Facebook beliau.
Pada masa sama, beliau mengingatkan PAS dan KeADILan supaya membiarkan Adun atau Ahli Parlimen dari Umno keluar parti tanpa pujukan dan sogokan. -
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
7 ulasan:
Bak kata arwah P RAMLEE "alif mim nun tendang wau, masuk sarkes" inilah yang tersirat dalam hati arwah P RAMLEE terhadap perjuangan dan gelagat pemimpin umno.
Tetapi umno tidak ada perasaan dan tidak ada maruah, apa pun dikatakan oleh banyak pihak, namun akhlak pemimpin mereka dari dulu, kini dan selamanya adalah sama dan semakin hudoh.
Kalau PRU14 sekarang bukan setakat Terengganu, Malaysia pun insyaallah BN tumbang
Sudah menjadi pilihan umat melayu mr. bean untuk pilih mr. Najib ketua sarkas dalam UMNO, nak dikatakan apa lagi.
PM SARKAS, MAHKAMAH SARKAS,MB SARKAS, MAS SARKAS...........
Puak totok UMNO yang kais pagi makan pagi dan kasi petang makan petang itulah macam monyet dalam kandang sarkas....
Kita tak salahkan Pak Jib.
Kita salahkan puak kena cucuk hidung walaupun terang siang hari Ketua Sarkas UMNO membazir wang rakyat...
Pui!Pas takkan pungut mangkok ni mcm zul nordin dan ibrahim ali yg perangai mcm babi hutan.
bila para badut jadi pemimpin, buat lawak ajerlah kerjanya....baik duduk dlm sarkas...tak ada menyusahkan org....
Catat Ulasan