15 Mei 2014

[EDISI MELETUP] Sebab Sebenar Ahmad Said Buat U-Turn Terbongkar


Kenapa Ahmad Said “turn back’?

Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka berdua.

Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.

Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 September dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.

Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.

Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.

Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.

Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. ...

Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya.

Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.


Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.

Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.


Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.

Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat. -FMT

ULASAN GB

Kan dah terbongkar!

Pertama Ahmad Said dah dikencingkan oleh exco-exco dan ADUN-ADUN UMNO Terengganu yang tidak menyertainya untuk keluar UMNO.

Kedua, ada fail di SPRM yang akan meletup jika Ahmad Said tak kembali ke pangkuan dan yang ketiga:

Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.

Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia kata bekas menteri besar itu boleh dipercayai ke? Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti
. ..





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang saya dah agak sedari awal depa ni acah jer. Bukan mudah puak- puak UMNO dah bergelumang dengan kemewahan duniawi, banyak "commitment" lebih-lebih lagi dengan projek BN dan pinjaman bank nak choooo begitu saja. Nak mampus.

Hatta yang kedudukan dalam parti tak seberapa pun tak sanggup keluar parti, inikan pulak bertaraf adun.

Tapi itulah politik Melayu UMNO walaupun ada fail dalam SPRM tetapi sebab ahli UMNO, fail simpan dulu. Ini sebenarnya strategi pihak atasan.

Syabas PAS tak melatah dengan wayang UMNO ni. Kita memang kena sentiasa waspada dengan puak setan dikenali ni.

Tahniah juga kepada PAS yang tidak membawa rang undang-undang HUDUD ke Parlimen atas kapasiti inividu. Hanya Menteri yang layak bawa rang undang-undang, kalau individu yang bawa fail akan diletak dibawah sekali entah tahun bila boleh dibahas selain dipercayai tidak mendapat sokongan padu MP.

Rangga berkata...

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Rangga berkata...

in response to Puak puak ni jangan duk caya, Ada setengah dalam Pas Kemarut KUASA, lapar sangat nak kuasa cara JIJIK, tak serik serik lagi ke , nak tungggu , hingga brapa kali KENA PATUK baru nak serik Dgr saja org nak beri UMPAN terkam puak puak PAS nampak sangat LAPAR, malu lah sikit, Kerja kuat lah baru bulih kuasa cara gentlement , by CEE YEE.

PAS tidak pelahap untuk menerima bekas-bekas ahli UMNO ke dalam parti itu dan bukan menjadi keutamaan PAS untuk "memujuk" ADUN-ADUN Bebas untuk menyertai PAS. Memang PAS menyertai pilihanraya untuk menang namun PAS bukan parti yang kemaruk kuasa, PAS ada prinsip dan lebih mengutamakan pemimpin yang melalui proses tarbiyah. Pengalaman mengajar PAS untuk lebih berhati-hati di dalam soal meimilih pemimpin.

Mohd Rizuwan Abd Wahab berkata...

in response to Puak puak ni jangan duk caya, Ada setengah dalam Pas Kemarut KUASA, lapar sangat nak kuasa cara JIJIK, tak serik serik lagi ke , nak tungggu , hingga brapa kali KENA PATUK baru nak serik Dgr saja org nak beri UMPAN terkam puak puak PAS nampak sangat LAPAR, malu lah sikit, Kerja kuat lah baru bulih kuasa cara gentlement , by CEE YEE.

Eh,PAS pulak dikutuk ko yea..sian admin tulis entry pjg lebar bak pnyiasat peribadi,ko lak nk kondem PAS..PAS x terima pelawaan mat said,ape mslhnye hgga ko ckp PAS lapar kuasa..

Tanpa Nama berkata...

Mitok maaf belaker semer...plan hok ambe nok buak dok jadi starang barohhh...geng hok janji setia dgn ambe wak konar leper dulu...ambe pun kena konar jugoklah...hahahaaaa....

Tanpa Nama berkata...

Sebab bila PAS jadi MB, dun akan dibubar, najib altantuya lagi tak tidor lena

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 UMNO ini mana bersih. Berani ke mereka berpaling tadah. Dua pilihan sehaja diberi kepada mereka yg berpaling tadah nak senang atau nak susah. Nak senang masuk semula UMNO kalau nak susah cuba lah tinggalkan UMNO. Lain lah macam Mahather dia kuat siapa pun tak berani usik dia takat Mad Said dan dua lagi ADUN itu kacang je lah nak bagi mereka lingkup dalam UMNO. Lepas ini di PRU 14 jangan harap lah nak naik nama sebagai calun dan kalau ketiga tiga itu keluar UMNO pun tak jadi kudis. Terima lah hakikat wahai Mat Said and the geng selepas ini akan jadi kera sumbang dan anjing burok kepala dalam UMNO

Tanpa Nama berkata...

Fuck this politics.. There wont be any change. Sick and tired.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dun bubar, mat said pun belum tentu dapat jadi adun

Tanpa Nama berkata...

Nak sembunyikan kesalahan punya pasal sanggup jadi orang bodoh dan kembali kepada kumpulan orang bodoh (UMNO). Even lu jadi Adun Bebas pun dan berhasrat join PR we all boikot lu join dari mana - mana parti PR sebab lu punya penyakit boleh merosakkan organisasi parti beb. Jangan hanya setitik air kencing sahaja, rosak terus organisasi parti.

Tanpa Nama berkata...

umno memang parti huduh..suka kencing dan d kencingkan ..pemimpin & penyokong sama jer kepala otak letak kt lutut,..umno & rasuah berpisah tiada hingga ke hujung nyawa....

Tanpa Nama berkata...

thniah mad ed,anda dilantik mjadi duta ke antartika

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah..peti sejuk = antartika.

Tanpa Nama berkata...

Pasal lantikan jadi duta tu. Tengok pada cara Mat Said bercakap, pembawakan, body language, composure (lack of) memang tak ade protokol lansung. Kalau jadi duta ke Nepal pun mesti pandai berinteraksi dlm BI dengan grammar yg betul, tapi Mat Said punya BI nie...terlalu kureng.

Ustaz Redzuan berkata...

Saya teringat kata2nya ketiks brkuasa dulu.semua yg tak sokong bn tak kan dapat bntuan kerajaan.dimana tn srkarang....?

Tanpa Nama berkata...

in response to Memang saya dah agak sedari awal depa ni acah jer. Bukan mudah puak- puak UMNO dah bergelumang dengan kemewahan duniawi, banyak "commitment" lebih-lebih lagi dengan projek BN dan pinjaman bank nak choooo begitu saja. Nak mampus. Hatta yang kedudukan dalam parti tak seberapa pun tak sanggup keluar parti, inikan pulak bertaraf adun. Tapi itulah politik Melayu UMNO walaupun ada fail dalam SPRM tetapi sebab ahli UMNO, fail simpan dulu. Ini sebenarnya strategi pihak atasan. Syabas PAS tak melatah dengan wayang UMNO ni. Kita memang kena sentiasa waspada dengan puak setan dikenali ni. Tahniah juga kepada PAS yang tidak membawa rang undang-undang HUDUD ke Parlimen atas kapasiti inividu. Hanya Menteri yang layak bawa rang undang-undang, kalau individu yang bawa fail akan diletak dibawah sekali entah tahun bila boleh dibahas selain dipercayai tidak mendapat sokongan padu MP., by Anonymous.

Like this comment