22 Mei 2014

[BERITA BAIK] UMNO BN Tumbang Apabila GST Diteruskan


GST boleh sebabkan kerajaan bertukar, kata Fomca

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menukar kerajaan pemerintah.

Mengambil contoh negara seperti Kanada, Muhammad Sha'ani berkata, kerajaan negara itu bertukar sejurus selepas memperkenalkan GST.

"Di Kanada, GST menewaskan kerajaan. Sampai parti itu terpaksa gulung tikar. Lebih baik kerajaan telus dalam pentadbiran," katanya dalam Wancana Sinar bertajuk "GST: Siapa Untung Siapa Rugi" anjuran Karangkraf di Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati kerajaan agar tidak terburu-buru mengambil keputusan untuk memperkenalkan kaedah percukaian tersebut.

Mewakili golongan pengguna, Muhammad Sha'ani menegaskan mereka menyokong prinsip GST, namun perlu menangani gejala ketirisan, ketelusan dan rasuah untuk membantu penjimatan kerajaan.

"GST amat berkesan untuk menangani medium cukai. Kenapa tidak mulakan GST dengan kadar yang lebih rendah supaya rakyat boleh dapat faham," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kapasiti penduduk di negara ini, hanya 1.2 juta rakyat Malaysia yang membayar cukai pendapatan.

"Manakala 80% pekerja berpendapatan kurang RM3,000," katanya.

Wacana hari ini turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Professor Pengurusan Strategi dan Pemasaran Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Prof Dr Faridah Hassan, dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Rafizi menegaskan, punca sebenar terhadap tindakan Putrajaya memperkenalkan GST adalah kegagalan tadbir urus ekonomi yang baik, bukan soal cukai itu baik ataupun tidak untuk rakyat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menangani beban hutang mereka, sekaligus terpaksa memperkenalkan sistem percukaian baru untuk menampung perbelanjaan mereka.

"GST bukan soal cukai baik atau tidak. Sejumlah 90% rakyat keseluruhan akan rugi, yang untung hanya mereka yang kaya dan mendapat manfaat projek kerajaan," katanya.

"Kerajaan paling baik adalah kerajaan yang langsung tidak mengenakan cukai. Tetapi kita faham kenapa kerajaan perlu mengenakan cukai," katanya.

Pemimpin PKR itu berkata, kerajaan tidak seharusnya fokus kepada sistem percukaian baru memandangkan kerajaan seharusnya membasmi gejala ketirisan, rasuah, dan kelemahan tadbir urus.

"Malaysia pendapatan banyak, kenapa perlu diperkenalkan satu cukai pada masa rakyat sudah susah payah dengan kenaikan kos yang tinggi dengan penarikan balik subsidi," katanya.

"Kesan keseluruhan dikenakan GST adalah harga barang naik," katanya lagi.

Ahli akademik, Faridah turut berkata, pendidikan dan pemahaman berkenaan GST perlu ditingkatkan dan diulangi berkali-kali untuk membolehkan rakyat memahaminya dengan jelas.

"Jika sekali dua sahaja, rakyat tidak dapat faham GST ini. Perkara ini akan beri kesan jangka panjang, kerajaan akan perolehi cukai, dan pendapatan ini akan diberi semula kepada rakyat," katanya.

Faridah turut menjangkakan melalui pengenalan GST, menjelang April 2015 hanya sejumlah 10% barangan akan naik harga, 40% turun harga, manakala 50% harga barangan akan kekal seperti sebelum pelaksanaan GST.

Beliau turut membidas Rafizi apabila berkata GST bukanlah bentuk percukaian baru, sebaliknya penggantian sistem cukai daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST).

"Mahu tidak mahu, GST akan berlaku di mana-mana negara. Era untuk memahami GST sudah berlalu terlalu lama, jika kita tangguh sekarang, bila lagi kita akan laksanakan?" katanya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Unknown berkata...

SDR Rafizi, istilah2 yg dpakai kurang sesuai. Korupsi, kronisme, salahurus adalah gejala yg telah mnjadi teras sosioekonomi. Natijahnya, masyarakat berpecah mengikut jurang ekonomi yg melebar, kaum, agama, pendidikan DLL. Lantaran membonceng aliran2 yg diujudkan, pemerintah telah dpt berkuasa Dan mengekalkannya Dan demi ITU akan meneruskan agendanya.

Tanpa Nama berkata...

boleh tak ..cik faridah tu terangkan ..barangan apakah yang 10% yang naik tu{jenis barang}..40% yang turun harga {jenis barang}kalau turun berapa % diberi dan..50%{jenis barang} yang kekal harganya...kalau setakat selipa jepun,kangkung,tali rafia,telompah,congkak,sikat kutu,cotton buds,pembaris pensil,pensil ereser,pengasah pensil,tisu,penyapu lidi,tali pinggang,sayur tauge,gasing,yoyo,layang-layang...kalau itulah...yang turun dan yang kekel harganya ,bagi aku takda maknanya..tolong terangkan satu persatu yaaaa..bagaimana pula dengan peralatan elektrik,barangan computer,hardware computer,alat ganti kenderaan,bil elektrik,smartphone dansebagainya..adakah akan masuk dalam 40% yang turun harga tu?

Tanpa Nama berkata...

masih tak faham atau sanggup diBODOHLEMBUKAN lagi.....yang tersirat GST ialah G olongan S uka
T indas/tippuuu2222

Tanpa Nama berkata...

Kat Malaysia rakyatnya PAK TURUT..apa jua bentuk CADANGAN KERAJAAN pasti di terima ..tak payah susah susah menerang Dan menentang. . Buang Masa