Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.
Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur manakala 20% tidak pasti.
Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS) hilang pada 8 Mac, dakwaan ini dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229 penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.
Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.
Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin BN.
Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.
Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.
Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.
Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21% daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19% sangat berpuas hati.
Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka yakin terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap Putrajaya selepas krisis MH370.
Responden turut ditanya sama ada prestasi Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.
Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih tepat.
Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.
Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Beijing.
Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu " yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau ketelusan di pihak Putrajaya.
“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan; penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara di Beijing tersentak.
Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan " selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.
Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama, pulanglah".
Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370 dilaporkan hilang.
Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu. –TMI
Antara Putrajaya dengan kisah pengembala kambing dan serigala
Apabila 54% rakyat Malaysia teguh dengan pendirian bahawa regim Barisan Nasional (BN) menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 berdasarkan kajian Merdeka Center maka itu petandanya Putrajaya sedang menggelupar dengan sindrom hilang kepercayaan dalam kalangan rakyatnya sendiri.
Apakah bentuk kejujuran atau ketelusan boleh diharapkan daripada sebuah kerajaan yang memerintah selama enam dekad dan sudah biasa dengan segala macam taktik dalam memperdaya rakyatnya?
Pemotongan subsidi, kegagalan mengawal kenaikan harga barangan, Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dikurangkan kepada RM650 berbanding janji asal RM1,200, harga kereta yang hingga kini tidak nampak sebarang penurunan dan lebih teruk lagi apabila ada pemimpin BN yang melawat Antartika tetapi entah apa hasilnya pun rakyat tidak diberitahu. Apatah lagi lawatan menggunakan jet peribadi yang dibiayai oleh duit rakyat.
Lebih malang lagi apabila rakyat bakal digasak dengan cukai GST. Apa puak Putrajaya peduli dengan penderitaan rakyat. Kini Umno pula mahu melatih 500 penceramah untuk teruskan legasi penipuan dan pembohongan mereka dalam berbicara tentang cukai yang pasti akan memiskinkan rakyat ini. Dan lebih menarik lagi apabila Putrajaya benar-benar mahukan rakyat untuk mempercayai kata-kata mereka tentang MH370.
Apa yang rakyat dambakan adalah sebuah kerajaan yang ikhlas mahu memahami rakyat dan bukannya menjunjung tinggi para kroni dan kapitalis semata-mata. Setiap penipuan dan pembohongan yang ditaburkan kepada rakyat selama ini sememangnya berkesan dalam menguasai undi di kawasan luar bandar namun itu tidak bermakna bahawa masyarakat antarabangsa juga akan termakan tipu daya Putrajaya kali ini. Inilah kegagalan yang amat mengaibkan buat sebuah kerajaan yang selama ini bercakap megah kononnya merekalah kerajaan yang terbaik di dunia!
Realitinya, BN seharusnya belajar untuk bersikap jujur, belajar untuk bercakap benar dan lebih penting lagi belajar untuk hargai rakyat. Kini rakyat Malaysia dan antarabangsa memandang puak Putrajaya ini seperti si pengembala kambing yang perdaya orang kampung semata-mata untuk hiburkan hatinya yang kebosanan. Bukan sekali tetapi dua kali mereka tertipu tetapi ketika serigala tersebut benar-benar membaham kambing pengembala berkenaan, tiada seorang pun penduduk membantunya kerana permainkan kepercayaan yang mereka letakkan pada diri pengembala tersebut.
Begitu jua kisah regim BN, perdana menteri yang disindir 'pengecut politik', kata-kata sepupunya tentang MH370 yang masih dipertikaikan oleh masyarakat dunia serta satu demi satu kelemahan Putrajaya dalam kendalikan krisis MH370 ditelanjangkan oleh media asing, rakyat Malaysia sudah bosan mahu mempertahankan sebuah kerajaan pembohong kerana sekali pembohong tetap pembohong selamanya.
Hukum NST kerana siar laporan sensasi tanpa asas – Guan Eng
KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Akhbar New Straits Times (NST) perlu dikenakan hukuman keras kerana bertindak bertentangan kepentingan negara dengan memperalatkan tragedi MH370 untuk melariskan jualannya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengecam akhbar itu kerana menerbitkan laporan palsu dan sensasi tanpa mempertimbangkan fakta dan perasaan keluarga dan rakan penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang itu.
NST semalam menerbitkan laporan muka depan bertajuk “MH370’s desperate call for help”, dengan tajuk kecil “Investigators have revealed that co-pilot Fariq Abdul Rahman had made a call from his mobile phone as the plane flew low near Penang. Who he was trying to reach remains a mystery?”
Laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan dan tidak menjelaskan bagaimana perkara itu dipastikan. Ia juga tidak menyatakan pihak yang mungkin dihubungi Fariq.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menafikan laporan NST itu dan menegur mana-mana pihak yang mengambil peluang daripada tragedi MH370 untuk membuat laporan tidak berasas.
Menurut Guan Eng, teguran secara terbuka terhadap akhbar itu tidak memadai, apatah lagi laporan tidak berasas itu bukan sahaja boleh memberi kesan ke atas operasi pencarian, malah ahli keluarga krew dan penumpang pesawat itu.
“Kerajaan tidak boleh terlalu memberi muka dan perlu mengambil tindakan tegas terhadap NST. Akhbar itu dimiliki dan dianggap sebagai lidah rasmi Umno dan kerajaan, laporan muka depan itu telah menarik perhatian seluruh dunia.
“Dunia sedang memerhati sama ada kerajaan berani bertindak tanpa takut dan pilih kasih ke atas penipuan terang-terangan itu. Kegagalan bertindak akan menyebabkan saki-baki reputasi negara terus terhakis,” tegasnya lagi.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kejadian MH370 dan penculikan warga China di Semporna menyebabkan pelancong dan pelabur China memboikot Malaysia.
“Pulau Pinang tidak terkecuali apabila 50% pelancong dari China membatalkan lawatan mereka dan sebuah pesawat China mengurangkan kekerapan penerbangan ke Pulau Pinang daripada tujuh penerbangan seminggu kepada empat penerbangan seminggu,” jelas Guan Eng. -Roketkini
6 ulasan:
aku pum rase ada sesuatu yang kerajaan sembunyikan..bila kite kaitkan kes ni dengan cia n amerika,najib dan hishamuddin bermati-matian menafikan dan percaya yang amerika xda kaitan dengan mh370...aku pelik nape la susah sangat nak berterus terang...aku dah xpercayakan kerajaan..selama ini aku sokong..tapi kali ini tidakkk...
Ingat kau najib, biar pecah diperut jangan pecah dimulut.
BN tidak menyembunyikan apa2 maklumat. tidak juga menipu. Hakikatnya kerajaan BN satu haram x tau apa2. buat2 busy kononnya cekap dan ada maklumat yg x boleh didedahkan agar tidak menganggu siasat kononnya. sbnrnye habuk pun tarak.
Ada 2 kemunkinan aje - sama ada Putrajaya tahu tapi buat-buat tak tahu dan terus main wayang Atau Putrajaya tak tahu apa-apa pun asyik kena kelentong aje.Kedua-duanya tak baik untuk Putrajaya dan ramai yg sudah tak percaya lagi dengan wayang Putrajaya.
Sedari awal lagi dah nampak timbulnya musibah mh370. Ada orang guna pasport curi, gambar 2 warga Iran boleh sama posisi kakinya, TUDM tak ligan pesawat yang katanya patah balik, pada peringkat awal ditunjuk dalam skrin radar ada pesawat sebelah kanan terbang ya amat laju, tambah pulak cakap berbelit2... mmg wajar survey 54% tak caya dgn maklumat yg diwar warkan.
Australia melengah-lengah masa, cari bukti kononnya. Tapi dirasakan ada sesuatu nak disembunyikan dan kapal terbang yang dirampas telah selesai diubahsuai oleh USA. Nak kata MH370 terhempas dalam laut tak juga jumpa bukti seperti kotak hitam dan sisa serpihan. Ini sandiwara USA di mana ia dimainkan Australia sahabat karibnya.
Catat Ulasan