5 Apr 2014

[PANAS] KLIA No 2 Terbaik Di Dunia? Kebenarannya Diragui!

Media kerajaan salah lapor KLIA airport kedua terbaik dunia anugerah Skytrax?

Hampir kesemuanya melaporkannya dari Bernama ke Astroawani dan Mstar dan New Straits Times. Apakah mereka salah lapor klik sini lihat.

Fakta sebenar dari media dunia ialah Changi ditempat pertama dan Incheon airport Korea ditempat kedua bercanggah dengan laporan media Malaysia rujuk sini IBTimes

Klik sini baca laporan rasmi World Airport Awards

Skytrax - THE WORLD’S BEST AIRPORTS IN 2014

1. Singapore Changi Airport
2. Incheon International Airport
3. Munich Airport
4. Hong Kong International Airport
5. Amsterdam Schiphol Airport
6. Tokyo International Airport (Haneda)
7. Beijing Capital International Airport
8. Zurich Airport
9. Vancouver International Airport
10. London Heathrow Airport

Sydney Morning Herald with AFP

THE WORLD’S BEST AIRPORT VIP TERMINALS 2014

Sanya Phoenix International Airport in Hainan, China has the World’s Best Airport VIP Terminal announced at the 2014 World Airport Awards held at Passenger Terminal EXPO in Barcelona, Spain

1 Sanya Phoenix Int’l Airport SYX Sanya China
2 Munich Airport MUC Munich Germany
3 Haikou Meilan Int’l Airport HAK Haikou China
4 Dubai International Airport DXB Dubai UAE
5 Abu Dhabi International Airport AUH Abu Dhabi UAE
6 Beijing Capital Int’l Airport PEK Beijing China
7 Guangzhou Baiyun Int’l Airport CAN Guangzhou China
8 Chengdu Shuangliu Int’l Airport CTU Chengdu China
9 Changsha Huanghua Int’l Airport CSX Changsha China
10 Chongqing Jiangbei Int’l Airport CKG Chongqing China
© 2014 Copyright. Any use of results and data must show clear accreditation to SKYTRAX

sumber: malaysiandigest


KLIA dipilih lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut.

"KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan klia2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.

"Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan klia2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan.
- Bernama




ULASAN GB

Bukan AIRPORT TERBAIK DUNIA 2014. Tetapi terbaik hanya di kategori melayan 40-50 juta penumpang.

MAHB sengaja mengelirukan tanpa menyebut kategorinya?

4 ulasan:

obat pelangsing cepat dan aman berkata...

tak tahulah,mungkin ada unsur ga jelas

Tanpa Nama berkata...

Kategori terbaik passpot curi boleh lepas.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya KLIA mendapat anugerah dalam kategori Lapangan Terbang Terbaik Yang Memberi Perkhidmatan Untuk 40 - 50 Juta Penumpang.

Jadi ia bukannya lapangan terbang terbaik dalam kategori keseluruhannya.

http://www.worldairportawards.com/Awards_2014/Categories.htm

Sayang jika akhbar pro-UMNO sanggup berbohong pasal ni.

Tanpa Nama berkata...

Lu naK KLIA jadi terbaik senang shj beb. HENTIKAN AMALAN BERI JAWATAN KPD SAUDARA MARA DAHULU LEBIH LEBIH LAGI JAWATAN PENTING KERAJAAN. Biar jawatan tersebut direbut oleh semua orang rakyat malaysia baru wujudnya persiangan sihat dan utk pasti tiada spesis umat melayu mr. Bean (kerja utk jadi tukang angkat sampah majlis perbandaran pun tak layak beb utk golongan ini) kerja di KLIA baru blh maju beb. Kalau tidak KLIA sentiasa jadi no1 di belakang utk selama - lamanya.