6 Apr 2014

[BERCANGGAH LAGI] DCA Kata MH370 Tak Buat Pusingan "Loop"


MH370: DCA sahkan pesawat tidak buat pusingan "loop"

KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 tidak membuat satu pusingan "loop" seperti yang dipercayai telah dimaklumkan kepada keluarga penumpang di China oleh wakil kerajaan dalam satu sesi taklimat di Beijing .

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang berkata apa yang diberitahu kepada keluarga penumpang di China itu tidak benar.

"Cara pesawat itu membuat pusingan seperti yang dilaporkan di Beijing kepada keluarga terdekat, adalah tidak benar. Pesawat itu tidak membuat pusingan dan membelok ke kiri. Ia tidak benar, "kata Azharuddin semasa satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah gambah rajah laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China adalah benar dan telah disahkan.

Sebelum ini, pesawat itu disahkan telah membelok ke arah kiri menuju ke Lautan Hindi sebelum hilang dari radar. -astroawani


MH370 – Dulu pesawat pusing kiri, kini pusing 270 darjah ke kanan!!


Gambar terkini laluan pesawat MH370 dipercayai disediakan kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Gambar yang merupakan satu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri, kata bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda Awani.

Jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.




ULASAN GB

Persoalannya siapakah "wakil kerajaan' yang memberi taklimat untuk ahli keluarga penumpang di Beijing, China? Dari mana dan siapa yang membekalkan maklumat pelik itu? Mengapa DCA tidak memantau hal-hal taklimat kepada penumpang dari awal?

Ini semua kerja gila. Sekejap begini sekejap begitu. Dari awal-awal lagi segala-segalanya bercanggah. Patut pun keluarga dari China berang dan marah, tak satu maklumat yang diterima boleh dipercayai.

Buat penat Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain buat analisa dan ulasan. Mujur GB tidak siarkan analisa beliau kerana awal-awal lagi GB tengok semacam ada yang tak betul pada gambarajah MH370 yang dikatakan buat pusingan 270 darjah itu.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah terlalu banyak percanggahan. Dua saja - sama ada bodoh ataupun nak sembunyikan sesuatu. Tahu tak rasanya mcm mana klu ada org yg tersayang dlm flight itu? Klu ada anak kita, ibu ayah, adik beradik dlm flight itu? Org akan MARAH!! Marah yg amat sgt kpd MAS kpd kerajaan! Pentadbir dan pengurus yg bodoh, dari yg tertinggi kpd yg yg terkuli. Tak hairan waris China tersangat marah kpd Malaysia. Bukan krn terhasut tetapi itu adalah fitrah manusia yg punya perasaan punya akal berfikir. Cuba letak diri dlm kasut mrk. Jgn sedap nak beri kaunseling dan duit comfort kpd waris dgn harapan keluarga tdk marah dan saman, tetapi pd masa yg sama maklumat dan kenyataan diberi berputar belit.

Sikumbang Jati berkata...

Dah biasa cakap menipu, nak buat mcmana lagi. Bagitulah selamanya. kesian penyokong umno punya pemimpin munafik.

antiretorik berkata...

Dalam permainan ini kuasa-kuasa besar patut dipersalahkan...China juga perlu btanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu dari drama ini dimana penumpang kapal terbang terutamanya rakyat mereka diperbodohkan agar rahsia sebenar tidak diketahui.....dan Malaysia pula patut ada pendirian yg tegas dlm menjaga kedaulatan negara agar tidak mudah dipermainkan oleh negara2 besar...sebabnya pemimpin yg ada langsung tidak brtanggungjawab trhadap kslmt rakyat ini.

Tanpa Nama berkata...

Nak cakap salah, x cakap pon salah. Ada kuasa besar dekat atas memerhatikan mereka..mcm crite Hindustan plak

Tanpa Nama berkata...

Lu buat kerja atau lu makan gaji buta? Kalau begini jadi i sarankan better dirombak semula pekerja dalam dca kerana semuanya bekerja dgn cukup tidak profesional sekali.

Tanpa Nama berkata...

Siakap senohong gelama ikan duri...bercakap bohong lama lama mencuri...sudah sudah lah...jgn nak perbodohkan rakyat lagi...dah lah