25 Apr 2014

Belum Selesai MH370 & Penculikan Di Sabah, Kapal Jepun Pula Disamun

Bekas ketua TLDM kesal Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun yang dirompak

Kegagalan penguatkuasa maritim Malaysia mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu dikesali oleh Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid.

Bekas ketua staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.

“Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tidak kesan?

“Takkan mereka tidak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tidak boleh,” kata Imran sebagaimana dilaporkan oleh Keadilandaily, lidah rasmi PKR.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa 5 juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

Lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan 2 juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Menurut Imran, kata Keadilandaily, proses pemindahan diesel dari kapal tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu semua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), TLDM, Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

“Kita persoalkan di mana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja, pasti kapal tersebut boleh dikesan,” kata Imran kepada Keadilandaily.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

“Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.

“Ini membuktikan kerajaan tidak mampu menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan pesawat MH370,” k
ata Imran. -TMI

Polis Percaya 'Orang Dalam' Terlibat Kes Rompakan Kapal Diesel

PELABUHAN KLANG: Polis tidak menolak kemungkinan kes rompakan diesel berjumlah RM8.2 juta di kapal tangki Naniwa Maru yang didaftarkan di Singapura adalah perbuatan 'orang dalam'.

Rompakan pada pukul 1 pagi itu melibatkan tiga juta liter diesel dan telah dilakukan oleh lapan lelaki dipercayai warga Indonesia, yang bersenjatakan pistol dan parang.

Pada masa kejadian, kapal tangki dengan 18 anak kapal lelaki itu berada kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam.

Timbalan Komandan Operasi/Risik Polis Marin Bukit Aman ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis mengesyaki kes ini mungkin melibatkan orang dalam berdasarkan kepada beberapa petunjuk yang diperolehi semasa siasatan dijalankan.

Beliau berkata, selepas memindahkan diesel ke dua kapal tangki lain dengan cara 'sedutan' suspek melarikan tiga kru kapal yang penting, iaitu kapten, ketua kru kapal dan ketua jurutera.

“Suspek mengambil masa lapan jam untuk membuat pemunggahan diesel dari kapal tangki itu ke kedua-dua kapal tangki yang telah merapati kapal tersebut dan sejumlah tiga juta liter isipadu minyak diesel bernilai RM 8 juta berjaya diisi dan dilarikan,” katanya.

Kru kapal yang dilarikan oleh perompak tersebut dikenali sebagai Farizal, Mohamad Alfan dan Ariyandi Alhafsyah.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960.
-mstar






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


11 ulasan:

RE4FM berkata...

padan muka..puak umno asyik politik je,musuh dah ambik kesempatan

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dah jadi tempat cari nafkah utk para prnyamun, lanun, perompak dll. Apa blh buat, lu dah pilih mr. Bean jadi pemerintah maka nilah hasilnya.

Amuraria berkata...

satu demi satu bala menimpa pemerintah umporno-bn yang terdiri dari perasuah,pemfitnah,penyeleweng,penyangak ,samseng & kangkung serta spesis rasis belaan nfc .ABU !

waksab berkata...

Allah datangkan bala satu demi satu supaya pemimpin sedar dan bermuhasabah diri,namun jika hati org2 yg munafik sekeras batu maka tunggulah balasan azab Allah...Moga segera meraka2 ini bertaubat...


waksab@blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Jenayah samun berlaku dgn mudah semudah meletakkan kesalahan kpd individu tertentu, org dalam dsb. Kehilangan MH370 tanpa sebarang bukti, secepat kilat Juruterbang dituduh dan rumahnya digeledah. Apa yg kita nampak pihak berkuasa teramat pantas dan efisyen dalam meletakkan kesalahan kpd orang lain, tetapi tindakan pencegahan dan kawalan keselamatan negara teramat lembab dan mungkin paling tidak berwibawa. Warga Malaysia amat berdukacita, bumi Malaysia ternyata goyah. Subhanallah.

Sikumbang Jati berkata...

Ketua2 agensi penguatakuasa seperti (APMM), TLDM, Polis Marin dan(PGM) semuanya dilantik menerusi saluran politik, jadi, keutamaan mereka menjaga kepentingan pemipin politik, itu syarat utama layak dpt jawatan bukannya atas dasar merit. Buktinya jelas kpd sesiapa yg sentiasa mengikut perkembangan politik tanah air.

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah kepada krew kapal yang terlibat. Untuk pengetahuan, Agensi penguatkuasaan keselamatan negara hanya boleh mengesan kegiatan PEMBANGKANG sahaja..........

Tanpa Nama berkata...

Senang kerja asyik cakap 'ada org dalam'...buka kertas siasatan lepas tu tidor baliklah ye...Sorry to say but you najib and your so called cabinet, polis tentera..semua sudah gagal dlm melaksanakan tanggungjawab kpd negara ini..yg kamu tahu hanya habiskan duit negara..sampai muflis nanti negara ni. Tengok saja, dlm keadaan Malaysia menghadapi musibah mh370, pelancong asing diculik dlm negara kita, kapal asing dirompak dlm perairan kita, tetapi cik ros kita masih mampu buang2 duit negara utk projek permatanya yg sepatutnya bukan priority tergempar buat masa kini...Blh sesiapa bagitahu ada berapa peratus kanak2 autistik di Msia? Blh buat tapi...masalah2 lain yg dah bertimbun tu macamana...sapu bawah karpet saja lah cik ros, kan. Lol.

Tanpa Nama berkata...

Kawalan keselamatan negara ini haprak cuaiii atau pun dot3...$$$...fikir2kan & selamat berakal...

Tanpa Nama berkata...

Sikit-sikit 'orang dalam' buat kerja. Kalau dah tau ada kerjasama org dalam apa tindakan yg telah diambil? ada siasat? kalau dah siasat apa tindakan?

Aku pun yakin ini semua angkara 'orang dalam' yang dapat restu 'orang atas'

Tanpa Nama berkata...

PM korea selatan letak jawatan kerana berasa bertanggungjawab dgn feri karam korbankan lebih 300 nyawa...itu ciri2 negara maju....tp kat M'sia nie bila berlaku tragedi pemimpin sibuk salahkan orang lain...mereka langsung tidak bertanggungjawab seolah2 mereka semua itu perfect dan nak pegang jawatan sampai mati...