MH370 dikesan radar tentera patah balik ke KLIA, kata TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.
Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kat Rodzali hari ini.
"Ia dikesan dalam radar, kami lihat semula rakaman dan terdapat isyarat kemungkinan pesawat tersebut cuba berpatah balik...kami sedang selidik perkara ini.
"Ia diperoleh daripada radar tentera," katanya.
Menurut Rodzali, mereka cuba melakukan siasatan lebih mendalam bagi mendapatkan kepastian cubaan berpatah balik dan akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa.
"Kami cuba bekerjasama dengan radar awam dan agensi antarabangsa untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai perkara ini," kata beliau.
Bagaimanapun, jarak sebenar MH370 yang berpatah balik tidak dapat disahkan lagi.
Sementara itu, Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata dengan pendedahan tersebut menambah persoalan memandangkan MH370 tidak pernah membuat sebarang panggilan kecemasan ke menara kawalan trafik udara.
"Biasanya apabila terdapat cubaan patah balik, bermakna pilot gagal untuk meneruskan rancangan asal.
"Biasanya selepas keputusan dibuat, ia akan direport ke ATC (menara kawalan trafik udara), tapi daripada maklumat kami dapat, tidak terdapat panggilan kecemasan dan kami masih tertanya-tanya," kata Ahmad Jauhari.
Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.
Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi. -TMI
China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370
KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.
Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.
“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.
"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. -astroawani
Hishammuddin Tidak Tolak Kemungkinan Pesawat MH370 Berpatah Balik
Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik sehingga membawa kepada misteri kehilangan pesawat tersebut.
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat telah diperluaskan meliputi lebih banyak kawasan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 11.30 pagi Ahad.
Menurut terminologi penerbangan, 'air turn back' adalah prosedur pesawat berpatah balik ke lapangan terbang asal akibat pincang tugas atau disyaki pincang tugas sebarang peralatan pada pesawat.
"Kami turut mengesahkan tumpahan minyak dikesan di perairan Vietnam tetapi tiada serpihan pesawat dijumpai.
"Kita tahu sehingga ini, pesawat Vietnam berada di perairan itu untuk mengenalpasti punca tumpahan minyak itu," katanya. -mstar
PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
Jana income RM900.00 sehari Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan? KLIK SINI |
14 ulasan:
Singpura akan menghantar kapal selam untuk membantu misi mencari tapi malaysia ada kapal selam scorpene, mana pi tak bantu ka?
KAPAL SELAM YANG TAK BOLEH MENYELAM ITU LA KALAU BELI YANG ROSAK ...MUDAHNYA KENA TIPU SPESIS mELAYU umno NI....
(HAMBA ALLAH)alhamdulillah...sekiranya pesawat MH 370 dapat di kesan...harap pihak berkuasa,,,pihak keselamatan dan pihak yang berkenaan dengan segera menghantar Anggota2 bagi mengenalpasti dan memberi bantuan... semoga kesemua penumpang,,,anak kapal dan kapten selamat berpatah balik ke KLIA AIRPORT.....AMIN...
As for Masor March 9, 2014 at 3:43 PM...don't be so stupid in giving your thought ok...The one sent by the Singaporean is a "Recovery" type sub used for search and rescue...the one we have is the killer type. A hunter killer sub is not equipped for search and rescue ok. The sub's active sonar is designed to detect vessels - subsea and surface type. Not wreckage lying on the seabed which emits no sonar...so..to cut short..pls don't be so stupid to relate this tragic event with your narrow minded political obsession. Have a heart dude..!
Jika kita bnar2 PASRAH kpd ALLAH..
jk kita bnar2 SURRENDER kpd ALLAH,
jk bnar2 ISLAMkan diri kpd ALLAH,,
yg bnar2 bnar2 bnar2 sbnr2 PASRAH-SURRENDER-ISLAMkan diri kpd ALLAH pasti di-anugrahi "CAHAYA-miracle" utk menyuloh kemelut dunia ini mnjd terang dan sgt2 MUDAH..
ttpi..
Apb mulut sahaja yg 'sebut'ISLAM sdangkan NIAT-fikiran-prbuatan diPASRAHkan @ diSURRENDERkan @ diSELAMkan kpd rasuah-tipu-KELIRU-KHIANAT-lucah-FITNAH trhadap ummah, tentu sekali jln GELAP yg dituju mnjd BUNTU penuh ranjau-DURI.. musibah2 demi musibah2 bertimpa2 brtambah2!..renong2kan lah..
Kejadian berlaku dekat Malaysia, tapi China yang menjumpai serpihan yang mungkin pesawat MH370, mana kelengkapan Malaysia yang mahal-mahal belaka tu?
O my english .... I look stupid when i speaks malay. Jgn salah bila buat translation .... Spore kata Submarine support n rescue vessel. Asset berbeza tu. X pe anda mungkin x mahir dlm industri submarine n associated assets maka kalau boleh gaya penyampaian conclusion biar jgn beyond tahap kemahiran tu.
Anonymous gue said...
"O my english .... I look stupid when i speaks malay. Jgn salah bila buat translation .... Spore kata Submarine support n rescue vessel. Asset berbeza tu. X pe anda mungkin x mahir dlm industri submarine n associated assets maka kalau boleh gaya penyampaian conclusion biar jgn beyond tahap kemahiran tu."
actually u look stupid when u speak english. U know why?
because u wrote "when I speaks Malay" when it should be "when I speak Malay"
Kalau radar imigresen tak boleh kesan altantunya masuk malaysia....... demikianlah lain2 radar.... semuanya bersifat baharu....
mgkin kapalselam kita digunakan hanya utk import dadah mcm kapalselam cartel dadah colombia tu
Bersedialah semua. Tak tahu apa lg bala nak sampai. Yang ada iman kena redha. Pd masa sama tentanglah kezaliman. Walau dr dalam Hari.
Tuan2 sekalian, ini bukannya masa utk menilai sesuatu musibah atau bala yg menimpa. Dosa & pahala itu hak Allah. Bukan kita yg menentukan org itu yg baik atau org ini yg tidak baik. Apa yg harus kita lakukan sekrg sebaik2nya mendoakan keselamatan mereka yg terlibat dlm insiden tersebut. Bersihkanlah hati kita dr mencerca sesama kita kerna sesungguhnya Allah sentiasa bersama org2 yg bersih hatinya.
Memang benar ... sekarang bukan masanya untuk menuding jari ataupun menjatuhkan hukuman... kena ingat.. apa yang berlaku semua dengan kehendak NYA... cuma kita boleh sama- sama berdoa... semoga mereka semua selamat... itupun dengan kehendak NYA juga... kita hanya manusia biasa... kepandaian terbatas... kemampuan terbatas ... segalanya jua terbatas...
Hmm.. kalau MH370 dikesan berpatah balik ke KLIA, cukup ke minyak yg ad setelah lebih 24 jam ia menghilang? Kalau betol ia berpatah balik.. moga'2 selamat sampai, kami sentiasa mendoakn kalian semua.. plis come back safety, :')
Catat Ulasan