12 Mac 2014

Berbillion Beli Kapalselam, Tiba-tiba Tak Diguna Untuk Mencari & Menyelamat!


MH370: Tiada kapal selam diguna untuk operasi mencari

PETALING JAYA: Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.

"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini hari ini.

Turut melawat pusat itu ialah Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan.

Abdul Aziz berkata, bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api.

Katanya, kapal yang mempunyai kelengkapan itu telah dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.

"Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi tohmahan ataupun pertanyaan mengenai kenapa kapal selam tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 ini," katanya.

Pada Sabtu lepas, penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Pesawat itu membawa penumpang terdiri daripada warga 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

ULASAN GB

Berbillion wang rakyat dibelanjakan untuk membeli kapalselam dan beratus juta komisyen dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba-tiba dinyatakan kapalselam yang dibeli tidak digunakan dalam operasi mencari MH370 kerana alasannya ia tidak sesuai melakukan tugas itu dan hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad serta tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut!

Sedangkan berita AFP bertarikh 3 September 2009 menyatakan dengan jelas:



GB ulangkan petikan perenggan itu: "Naval officials said the submarine would be based in Sabah state, on Borneo island, where it will undergo fine-tuning before it is deployed in search and rescue and military exercises."

Terjemahan : pegawai tentera laut menyatakan bahawa kapal selam akan berpangkalan di Sabah, di pulau Borneo, di mana ia akan menjalani penambah-baikan sebelum ia d lancarkan dalam latihan 'mencari dan menyelamat' dan latihan tentera.

Setelah 5 tahun, kapal selam itu belum bertambah-baik?

Memang "haramjadah" punya alasan semata-mata untuk menutup skandal scorpene yang telah menyebabkan kematian Altantuya dan pembunuhnya masih terlepas!

30 ulasan:

Unknown berkata...

xmasok akal langsung...lbih baek xpayah beli..

Anti Fitnah berkata...

Alasan untuk penyokong yang bodoh dan bangang. Moron. Mangkuk jamban pun boleh memberi jawapan yang lebih baik. Awat hangpa kapal tu harganya 100 jutakah? Beli dengan harga berbilion tapi macam kapal mainan.
HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.

Tanpa Nama berkata...

semakin lama umno memerintah semakin teserlah kelemahan,dah berjangkit kebengapan menteri menteri umno ke pangkat pangkat tinggi yg menjaga keselamatan negara,hasil didikan mamak che Det

Tanpa Nama berkata...

Scorpene hanya layak untuk tujuan pameran dan juga menggerunkan musuh apabila mengetahui Malaysia ada kapal selam itu. Macam tangkal azimat saja. Bila hendak digunakan dlm keadaan sebenar, hampeh! Kalau hendak seribu daya, kalau tidak beribu-ribu dalih. Secara tanpa disedari PTL Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar telah mendedahkan kelemahan peralatan pertahanan negara. Apa salahnya hantarkan saja kapal selam itu? Sama ada misi berjaya atau tidak itu perkara lain, yg pentingnya kelemahan yg ada tidak diketahui umum, bodoh!

Tanpa Nama berkata...

kesian dekat rakyat yang terus menerus jd mangsa penipuan dan penindasan...

Tanpa Nama berkata...

haram jadah! cukuplah dgn satu kapal selam je, jgn dibeli lg... membazirkan duit yg dtg dr keringat rakyat. pemimpin yg x memegang amanah, tunggulah laknat dr Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Kapai selam tu baguih juga kalau tak guna sebab kalau gunapun ,nanti dia selam teruih hilang, dah jadi 2 keja pulak ,nak cari k/terbang satu hal nak cari lapai selam satu hal lagi.......bala bala.....

Tanpa Nama berkata...

bila LIWAT
bertukar pesawat


manusia merancang....
dan tuhan merancang...
sebaik-baik perancangan dtg dari ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Memang betul pon kapal selam scorpene tu xboleh digunakan untuk rescue. ....kapal selam tu boleh guna untuk rasuah je.....

Tanpa Nama berkata...

Mohon dedahkan sebut harga pembelian kapal selam. Dalam sebut harga tu ada tulis tak search & rescue!

Tanpa Nama berkata...

Menghabiskan duit rakyat je, yang kaya razak baginda dan tuannya, aku haramkan duit cukai yang aku bayar kpd kerajaan dunia dan akhirat

Tanpa Nama berkata...

lpas mhkmah rayuan jatuh hukman thdap DSAI terus kpal terbang hilang esoknya. Ad aku btnykan soalan kmna perginya MH370 yang hilang ptg smlm waktu minum kopi bsma sahabat yg brjwtan kapten dalam ktenteraan. jwbnya "entah2 kpal terbg tu dlam hangar d KLIA, siapa tau?" > Bnyk prkra yg pelik bole dikaitkan dengan konspirasi BN dalam kehilngan MH370 dalam satu article mengatakan penemua bbrpa orang dengan kapten MH370 sebelum pesawatnya mengikut schedule penerbangan. Aku keras dengan pendirian ini adalah permainan politik negara untuk menutup kebatilan. Andaikata ini bala Allah untuk membuka mata rakyat aku redha. Dik kerena insiden lahad datu yang telah mengorbankan nyawa yang tidak berdosa semasa pru-13 berikutan kehilangan MH370 selpas DSAI djtuhkan hkuman oleh mhkmah rayuan. Tuhan lebih mengetahui permainan politik negara ini. Mungkin fitnah dan penganiyaan yg dilemparkan pda DSAI mnybbkan pembalasan sedemikian rupa ataupun perncangan kerjaan. Sudah Terang Lagi Bersuluh. Orang yang dizalimi doanya amat mustajab aptah lagi beliau didukung kuat oleh Mursyidul Am Pas selaku Ulama' Ulama' Semalaysia. Aku sedih. Aku ingin lihat perubahan pada pru-13 tetapi tidak kesampaian. Begitu juga dengan pRK Kajang. Juga tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah lebih besar disebalik perkara yang berlaku. ALLAHUAKBAR!

Tanpa Nama berkata...

Heboh diperkatakan bahawa tujuan beli kapal selam hanyalah untuk dapat komisyen yang lumayan.

Tanpa Nama berkata...

anon 12-Mar-2014 at 7.40am..
kenapa lak tak kesampaian....kan DSAI dah amanatkan DSWA sebagai pengganti..org2 kuat DSAI tetap ade disisi DSWA untuk cube merealisasikan harapan rakyat marhaen...insya allah masih boleh tercapai..yakin pada ALLAH swt...
ALLAHUAKBAR!
Bumi Malaysia sedang diuji dari Allah atas sebab kekufuran kite...rakyat yg tak menjaga agama Islam, aurat/maksiat sanasini lelebih dari dari org Islam sendiri, hidup org Islam dah mcm omputeh even omputeh kat benua eropah tu pon dah ramai yg jadi muslim, siap dgn jaga aurat dan akhlak mereka tapi kita yg melayu mmg Islam ni pulak dah terbalik...ya Allah kalau inilah balasannya aku redha ya allah..berilah peluang kepada kami untuk bertaubat..amin..

Tanpa Nama berkata...

Anon March 12, 2014 at 7:40 AM, saya amat bersetuju dengan kata-kata anda 200%!

Kalau kerana act of nature, kita redha. Alah dah tetapkan. Tapi kalau dek kerana tangan-tangan jahat tunggulah balasan Allah. Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan mendapat petunjuk dan siksanya amat pedih.

Tanpa Nama berkata...

http://megachannelz.blogspot.com/2014/03/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag.html?spref=fb

Tanpa Nama berkata...

Simpan lah kapal selam scorpene tu dalam kain para peminpin umno bn haram jadah habihkan boreh rakyat jo jang ooooi.

Tanpa Nama berkata...

Kesannya sekarang, pengguna2 internet banyak yg sedar ttg perkara sebenar dlm politik m'sia. Hikmah la tuu...

PTUIIIHHHH!!!.... berkata...

MEMANG HARAM JADAH!!!!....

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah aku di tempat Panglima ATM, aku keluarkan juga kapal selam tu sama ada boleh buat operasi SAR atau tidak. Kalau tak boleh jalankan operasi SAR, janji dapat disnap kamera wartawan seolah-olah membuat operasi tersebut.

Janji mulut rakyat dapat didiamkan.

Melainkan kapal selam tu dah jadi bangkai di pengkalanlah tu.

RIZAL@BUYONG.INC berkata...

Assalam
Sedikit pencerahan...
Scorpene tidak direka untuk SAR (Search and rescue), pihak TLDM telah menghantar MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru yang mempunyai peralatan yg sesuai untuk tujuan tersebut.
Harap kengkawan semua paham dan baca lebih lanjut berkenaan fungsi Scorpene berbanding ketiga2 jenis kapal yang dihantar.
Baca dengan mata hati yang waras. Take note admin ya!

Tanpa Nama berkata...

Sdra RIZAL@BUYONG.INC said
pihak TLDM telah menghantar MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru yang mempunyai peralatan yg sesuai untuk tujuan tersebut.

Sedangkan kenyataan akhbar oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. menyatakan "Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang"

betul-betul macai!!!

Tanpa Nama berkata...

Bot nelayan lagi baik dari kapal selam kitalah. Sebab nelayan-nelayan tu akan cuba mengesan MH370 di laut menggunakan sonar.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak ada apa-apa berlaku kita ingat hebat sungguh kapal selam yang kita terpaksa bayar dengan kos yang tinggi, mana tahu.......kononnya kapal selam itu untuk pameran saja.

Haram jadah sungguh Najib !

BaDiN berkata...

kapal yg sudah tamat tempoh dibeli kerajaan.Kapal pengangkut Kangkung terjadi akhirnya..
Semuanya gara gara pengundi buta hati yg berterusan angkat BN sebagai pemerintah.
Dunia sdg memerhatikan cara Malaysia menguruskan kes MH370 yg hilang.Media antarabangsa bidas cara Malaysia buat kerja sehingga ada yg beranggapan banyak maklumat yg mahu dirahsiakan dan kenyataan bercanggah antara sesama sendiri.

Tanpa Nama berkata...

sdra RIZAl@BUYONG.INC..admin telah lampirkan petikan berita AFP pada 3 Sept 2009..sila baca dan fahami.

Tanpa Nama berkata...

Sekira ada sesiapa yg pandai bahasa ikan, boleh pi tanya ikan2 di Laut China Selatan tu kut-kut ada mereka terjumpa pesawat MH370 tu. Kalau tenampak ikan salmon, ikan lampam jawa atau ikan sepat di laut itu, jangan percaya sebab ikan itu adalah pendatang asing tanpa izin.
Kalau nak lebih berkesan, kerahkan pihak2 tertentu mengepam keluar air laut sampai kering, pasti pesawat tu senang dicari. Tak payah pakai kapal selam scorpene tu.

Tanpa Nama berkata...

dengan sukacitanya..kalau boleh like...mmg aku nak like comment anonMarch 12, 2014 at 7:40 AM...
aku pun ader terfikir gak..aikk pagi2 ron97 naik 2.90..ptg sikit dsai masuk jail..malam sikit..kapal terbang hilang???aikkk zam2 ala kazam sungguh nhh..bkan aper..dah byk kali kena tipu ngan cai2 bn nhh buat aku fikir ade kaitankan sebenarnya..jeng jeng..marilah kita doakan agar Allah pelihara kita semua dr pemimpin y zalim aminnn

Tanpa Nama berkata...

Oh kapal terbang hilang pun salah Anwar..kapal ade kat Hangar MAS.
Bodoh...pegi la sambung belajar lagi.
Agaknya semalam ada budak eksiden pun nak disalahkan Anwar sebab jalan tak elok...
Otak dah masuk air...

Tanpa Nama berkata...

As-salam...

Saya percaya kapal selam kita sedang memasang peralatan untuk mencari dan menyelamat pesawat berkenaan...

Rancangan ini dipercayai terbantut apabila negara-negara kuasa besar ketenteraan dan negara-negara tetangga menawarkan bantuan mencari dan menyelamat dengan menggunakan aset ketenteraan masing-masing...

Mendedahkan aset kapal selam bernilai bilion ringgit tersebut pada ketika tentera lain-lain negara berada di kawasan yang sama boleh menyebabkan kapal selam tersebut lebih mudah dikesan pada masa yang akan datang...

Contohnya pesawat orion yang dihantar oleh amerikah, australia dan newzealand itu dikatakan pesawat pemantau maritim namun kerjanya bukanlah hanya untuk memerhati lautan sahaja seperti yang difahami oleh orang biasa seperti kita bahkan dipercayai pesawat tersebut pada masa yang sama berfungsi sebagai pesawat pengintip...

Awat, hangpa ingat dua kuasa besaq tu hantaq mai kapai perang nak cari pesawat hilang tu saja ka?

Cemburu la sikit walaupun depa rakan dagangan terbesaq kita pada masa kini!

Seperti kata Tok Jib, "Endless Posibiliti"!