Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar
Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.
Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.
Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya.dipertanggungjawabkan.
"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya.," kata Zaidi kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.
Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.
Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.
Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.
"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.
"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.
“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran.”
Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.
"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.
"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.
Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.
SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.
Beliau membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mendapati dakwat kekal di jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam tempoh dua jam kemudian. Selepas membuat laporan polis, beliau bercakap kepada pemberita di luar balai polis di Kepala Batas.
Tindakannya menyebabkan kekecohan dan dua hari kemudian, beliau diberitahu dipindahkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta.
Pemindahan juga bermakna kerjaya sebagai juruterbang turut berakhir.
Zaidi dipindahkan ke pangkalan tentera udara Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur selama sebulan dan apabila kembali ke pangkalan Butterworth, beliau bukan lagi pegawai pemerintah kepada Skuadron 12, jawatan yang dipegang sebelum pilihan raya umum.
"Gaji dan elaun saya masih sama. Begitu juga hubungan dengan rakan-rakan saya. Mereka seperti biasa. Tiada seorang pun yang melayan saya berbeza. Kami tidak ada masalah," katanya.
Masalah Zaidi adalah dakwaan berganda di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 terhadapnya di Mahkamah Tentera.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.
Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.
Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.
Zaidi berkata, beliau akan dipenjarakan dan kehilangan pencen jika didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
"Ia akan menjadi beban yang amat berat kepada keluarga saya. Isteri saya seorang suri rumah dan empat anak-anak kami bersekolah dan masih kecil," katanya.
Anak sulungnya berusia 20 tahun dan masih belajar di universiti, sementara yang paling muda berusia tiga tahun.
Zaidi menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah dan berkata akan menerima keputusan Mahkamah Tentera.
"Sekurang-kurangnya, saya berharap masih mempunyai kesihatan untuk menyara keluarga dengan cara yang betul. Saya berfikir untuk bekerja sebagai juruterbang bagi beberapa syarikat swasta atau menjalankan perniagaan apabila tidak lagi berkhidmat bersama tentera.
"Ada yang mencadangkan supaya saya menyertai politik. Tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi. Saya perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu," katanya.
Zaidi juga mempunyai halaman Facebook yang diberi nama "Sokong Mejar Zaidi TUDM" yang boleh dilawati para pengguna rangkaian sosial itu bagi menunjukkan sokongan dan mengetahui mengenai isu-isu berkaitan ketenteraan.
Bagi Zaidi, menjadi seorang juruterbang pejuang adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.
"Semasa kecil saya memancing di sungai berhampiran kampung saya , Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah.
"Saya sering melihat jet pejuang terbang di langit semasa memancing. Ia membuatkan saya menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang," katanya.
Perjalanan kerjayanya termasuklah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.
Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.
Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.
Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, diambil tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.
"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.
"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan elakkan – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian." -TMI
26 ulasan:
BIG SOLUTE SIR
Contoh terbaik
Perh
Syabas Mejar. Saya juga pernah dipaku bahu saya berpuluh tahun dahulu olih Yang Di Pertuan Agung. Kita bersumpah untuk mempertahankan tanah air dari musuh. Sekarang musuh kita ialah penipuan. Apakah kita sanggup melanggar sumpah kita? Saya sudah benamkan semua pingat saya ke dalam laut, kerana pingat itu saya terima di atas pengorbanan saya bukan mempertahankan negara tetapi mempertahankan kerajaan yang zalim.
Percayalah. Kalau Mej dizalimi, nescaya orang yang menghukum Mej tidak akan selamat. Allah akan tujuk di dunia ini. Sesuatu akan berlaku ke atas keluarganya yang akan membuat dia menyesal ke akhir hayat.
Perghh..tarbaek major...berjuta rakyat malaysia bersama mu..dalam doa
Allahuakbar...rupanya masih ada orang yang mahu menegakkan kebenaran dalam RMAF..saya sangka orng yg mencegah kemungkaran sudah tiada dlm kerajaan Malaysia. Syabas major Zaidi, Allah bersama mu.. Saya berdoa semoga diberi ketabahan kpd seluruh anggota keluarga anda..sepatutnya pembekal dakwat dan spr yg kena dakwa,tapi sudah terbalik,pengundi yg tertipu didakwa..
Keberanian berkata benar mengatasi keberanian memecut jet pejuang.
Yang penting soladariti dari seluruh warga TUDM dan tentera Malaysia untuknya.
Kaji semula akta tentera yang menggari anggotanya bercakap benar bukannya bersuhahat dengan mungkar.
"..aku jadikan kamu aku rezekikan kamu.." .
Murtad bertuhankan Umno.
Rupanya masih ada lagi orang mahu menegakkan kebenaran dlm kerajaan. Syabas Major Zaidi, anda adalah salah sorang yg berjihad kejalan Allah.. Allah bersamamu.pelik..yg didakwa orang yg rasa tertipu,tetapi penipu dan perosak amanah dibebaskan. Saya berdoa semoga diberi kekuatan dan ketabahan kepada seluruh anggota keluarga anda..amiin
spesis dajjal mana boleh terima kebenaran ? ABU !
moga tuan sabar dgn sedikit dugaan ini, apa yg penting, agar tuan tetap dlm pendirian dan prinsip. kerana kita telah jelas kemana hala tuju kita nnt, sama seperti kita amat pasti juga kemana halatuju puak2 penyalah guna kuasa itu di akhirat yg kekal itu nnt. dunia ini sementara, hrp tuan dpt bertahan - dr tim elit TLDM.
Mejar tersebut ialah batu penghalang kepada agen-agen asing yang sedang menghuru-harakan negara.
TAKBIR!! MENJADI ORANG BERIMAN LEBIH BAIK DARI MENGIKUT SYAITAN YANG DIKENALI.......
Tuan Mejar..kemenangan pasti untuk Islam..biar dipenjara,dibelenggu dan dimalukan dan hilang segalanya tapi Tuan Mejar,... anda masih ada Allah yang sentiasa akan memelihara kehormatan Tuan, Isteri dan Anak-anak.. Ana doakan Tuan tenang dalam menghadapi dugaan ini..Semoga semua yang membuat Zalim termasuk ketua macai macai di kalangan tuan itu akan menerima azab di dunia ini lagi..Ya Allah ya Rabbi aku banyak dosa tetapi kau perkenankanlah doaku buat saudara Islamku yang tertindas dan dizalimi ini..Ya Allah sesungguhnya tiada hijab doa bagi orang-orang yang difitnah dan dizalimi..Amin Ya Rob Bal A" Lamin..
Alhamdullillah....
Syukur pada ALLAH SWT duit cukai kita bayar dari gaji kita tidak di bazir kan 100% oleh gomen DUMNO , walau 99% sudah masok longkang bajai KANGKONG !!!!
Tahniah Major Zaidi.
Askar contoh ni. Boleh rekomen Wing Commander terus sepatutnya. A versi rare breed. Just imagine Mejar ni bawa F22. Aku rasa dia bole jadi legenda di Air Force. Mesti jenis berani macam WWII IJA Hayabusha pilots
Biasak la kalo tak sokong BN, Syabas pada Tuan Major kerana berani menegak kebenaran.. tuan2 pendakwa tu kaki ampu.
Berani kerana benar. Doa kami untukmu Mej Zaidi.
Jom menuju kejayaan bersama disini...
http://stayreward.com/index.php?share=115728
Muka Mejar nampak beriman. Allamdulillah...
Berulangnya kisah Hang Nadim dalam Singapura Dilanggar Todak. Penguasa buat pekak satelah lempar batu sembunyi tangan. Atasan pengampu yg mendakwa,benar2 menempah bala Allah kerana jelas dan terang2an menganiyaya orang tidak bersalah.
Kita wajib tolong mejar dgn apa yg termampu seandainya mejar tewas dlm perbicaraan. Buat kutipan setiap bulan. Tubuh ajk bantuan
Yang lapor PKFZ dan dakwat kekal kena dakwa, yang salah kena kena ketawa suka
Ulama pro kerajaan...hang biarkan saja kezaliman dan penganiayaan ini
berlaku...mudah2an hang dulu jilat api neraka nooo....
tahniah mejar zaidi kerana berani berkata benar,kami sentiasa mendoakn kebenaran berpihak kepada tuan..teruskan perjuangan mu..
Mejar adalah seorang pegawai tentera yang sebenarnya, berani kerana benar mejar, untuk juruterbang macam majer ini banyak kerja di luar sana. syabar majer.
pastikan bila pr memerintah nanti, ini pegawai tentera wajib diberikan pangkat yg tertinggi dlm perkhidmatan ATM nanti, kerana telah terserlah bahawa ianya berprinsip dan tidak mudah di cucuk hidung, tidak spt org2 besar di dlm ATM skrg yg terdiri hanya dr golongan pengampu.
amat sukar utk menjumpai sebutir permata di dlm lambakan kaca.
Inilah contoh Islam bukan pada nama saja....Takbir...TAhniah Mejar
YarhamkAllah tuam mejar..
Catat Ulasan