Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberi amaran tegas kepada pihak yang cuba memainkan sentimen agama dengan membantah isi kandungan khutbah Jumaat tentang Hari Valentine agar menghentikan tindakan sedemikian, demikian lapor sebuah akhbar tempatan.
Menurutnya, pihak terbabit terutama bukan Islam tidak berhak mengeluarkan pendapat atau komen berhubung khutbah Jumaat yang dikhususkan untuk masyarakat Islam sahaja.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap pihak yang melampaui batas itu.
Saya memberi amaran dan ingatan terakhir kepada pihak yang cuba menimbulkan kemarahan awam kerana perkara itu boleh mengancam keselamatan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri malam penghargaan masyarakat kepada PDRM di sini malam ini.
ULASAN GB
Jika demikian, KPN perlulah terlebih dahulu memberi amaran dan mengambil tindakan keras terhadap seorang menteri kabinet yang bernama Nazri Abd Aziz yang sebelum ini telah dilaporkan berkata:
“Why can’t it be celebrated? I disagree...it is not a form of prayer,” kata beliau.
"What is wrong with Valentines’ day? People just want to express their love to one another.
“How different is it from other days, where we can do the same thing?” kata Nazri
Orang bukan Islam mengkrtik adalah kerana mereka tidak faham ajaran Islam, tetapi bagaimana pula seorang yang beragama Islam?
Justeru itu, pihak polis perlulah rasional dan adil di dalam tindakan mereka.
14 ulasan:
Ulama...sila bagi penerangan pd mamat nie...
KPN cepat bertindak walau dengan teguran...jangan biar sejuk itulah kerja polis bukan kepada pembangkang aje warning siap ugut nak termuntah tau.
setuju,valentine banyak negatifnya
Mr. Nazri since lu beragama Melayu, off course lu tak tahu apa - apa pasal valentine. Tapi ada juga yang bodoh menyambut valentine, apakan daya umat melayu katakan sebab umat melayu menghalalkan apa yang umat islam haramkan.
Valentine for you info satu perayaan menyambut kejatuhan kerajaan Islam Andalusia salah satu tamadun Islam yang pertama di Eropah yang terkenal dengan Istana al Hambra. Kerajaan Islam dijatuhkan oleh seseorang yang bernama valentino kalau tidak silap saya dan menjadi hari kejatuhan Empayar Islam Andalusia sebagai hari Valentine days.
I hope info dapat sedikit banyak dapat memberi kefahaman kepada umat islam kenapa hari valentine haram di sisi agama Islam. Harap pihak admin boleh add sesuatu kalau ada yang terkurang.
bila mangkuk kangkung pemakan kangkung bersuara! ABU !
dia ni kena dijemput gi jumpa menteri agama dan bekursus kat JAKIM.
untuk membetulkan fahaman nya tentang perkara ni...apamacam setuju?
Macam mana teruk pun dia ini orang
kampung (Melayu) kat tempat dia tetap undi dia bila ada PRU. Ulamak PAS lawan dia pun kalah. Siapa bodoh dan siapa diperbodohkan?
MMG SAWAN DIA NI...
ni baru betol ajaran syiah! ape lagi...bile nk tangkap! malaysia yg tak adil...
kpn berani ker bertindak?aku berani potong punei ler jika kpn ader tolo utk bertindak.
Dia ni agaknya tak pergi Solah Jumaat dengar khutbah.Tak heiran, manusia jenis ini masih laku diPerak.Tak heiran juga jenis ini sama dengan Mufti Perak dan Zahid Hamidi towkeh bangsawan.
X sudah sudah dgn bahalulnya ....
Dia ni melayu kampong , tapi bila dapat duit senang dan jadi kaya lupa terus nak jadi melayu islam.
Kita kasihani lah beliau kerana kehidupan nya tidak aman jauh lagi berkat.
Bukan muda lagi pun , datang malaikat maut pandai pandai lah sebab bila hidup menongkat langit susah juga nak tinggalkan dunia ini.
Aku heran sungguh laa mamat sekog nie, dia punya bangang tak habis-habis. Semua orang tahu dia ni asas agama hampeh tapi sepatutnya agak-agak la nak buat kenyataan tu. Orang yang ada asas agama di sekeliling dia ni tak rasa malu ke ? Ataupun yang dok kelitin kot dia ni pun tiga kali dua.... heh heh heh.
Catat Ulasan