SPR selar Ahmad Maslan mahu jadikan isu Liwat II bahan kempen di Kajang
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.
“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.
“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.
Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.
“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.
"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,” katanya dilapor Malaysiakini.
Ahmad menyeru jentera pilihan raya Umno melipat gandakan usaha bagi mendedahkan wajah sebenar Anwar.
"Kes video belum selesai, kes liwat belum selesai. Jadi, lepas itu pergi ke masjid, orang masjid pun dengar, orang masjid pun fikir, dia ini dah lepas. Tak betul. Dia ini belum lepas. Saya sebut ini tentang fakta.
"Masuklah dalam Malaysiakini, The Malaysian Insider ke, kalau nak highlight apa yang saya sebut ini benar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Dalam mengulas kenyataan Ahmad, Abdul Aziz menggesa semua pemimpin politik agar menasihatkan pengikutnya agar tidak melakukan sebarang bentuk provokasi.
Katanya, apa yang lebih membimbangkan adalah apabila penyokong parti politik cendrung melanggar peraturan pilihan raya yang telah ditetapkan pada hari penamaan calon.
“Kami boleh memberikan kawalan tetapi parti politik perlu memberikan kerjasama untuk menasihati pengikut mereka.
“Kebanyakan mereka ini, cakap lain, buat lain. Semasa hari penamaan calon diingatkan adalah dilarang memberikan ceramah politik dan menggunakan pembesar suara,” katanya yang meminta segala bentuk keganasan yang pernah berlaku dalam PRK sebelum ini tidak diulangi.
Sebelum ini, Naib Presiden PKR N. Surendran mendesak SPR mengutuk kempen Umno itu selain meminta Najib memberikan penjelasan berhubung kenyataan Ahmad.
Katanya, Abdul Aziz perlu lebih pro aktif dalam mempertahankan integriti proses pilihan raya.
“Kegagalan SPR berbuat demikian membuktikan mereka ‘tidak bertaring’ dan cenderung menyebelahi BN,” kata Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji bentuk perundangan yang dapat menghalang mana-mana wakil rakyat meletak jawatan tanpa alasan munasabah.
Katanya, seseorang wakil rakyat yang dipilih rakyat perlu bersedia untuk berkhidmat dalam tempoh lima tahun dan bukan sewenang-wenangnya menyalahgunakan sistem demokrasi.
“Mereka ini jika disahkan sakit tenat, tidak mengapa. Ini telah menyalahgunakan kebebasan. Sewajarnya mereka harus bersedia untuk tempoh lima tahun.
“PRK bukan sahaja merugikan pihak tertentu tetapi juga media, jabatan kerajaan dan anggota polis,” katanya yang mengesahkan PRK Kajang akan diadakan setelah penyandang kerusi itu memaklumkan kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.
Sebelum ini, PKR menyifatkan PRK Kajang sebagai satu mekanisme pengukuhan Pakatan Rakyat (PR) walaupun terpaksa membelanjakan wang untuk menjalankan pilihan raya. -TMI
Lanjutkan fitnah, Ahmad Maslan tak tahu hukum qazaf?
KUALA LUMPUR 3 FEB: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan diingatkan tentang undang-undang syariah mengenai hukuman qazaf sebelum mengeluarkan kenyataan menuduh seseorang melakukan zina.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Umno begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan kes Fitnah II sebagai modal kempen BN dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.
“Hukum tuduhan zina dan liwat jatuh dalam hukum qazaf (tuduhan zina). Jadi sepatutnya mereka ini dijatuhkan hukuman sebat.
“Tak sampai ke mana pun kalau itu (cara) kempen dibuat. Niat Ketua penerangan Umno tu sendiri sudah tidak ikhlas dengan Islam,” kata Muhammad ketika dihubungi Keadilandaily.
Tambah Muhammad, tuduhan itu memperlihatkan parti itu terus mempermain hukum Allah semata-mata ingin memenangi pilihan raya kecil DUN Kajang.
Semalam, Ketua Penerangan UMNO itu berkata, video lucah seorang lelaki menyerupai Anwar dijangka menjadi modal kempen BN dalam PRK kali ini.
“Sehingga hari in Umno terus permain hukum Allah. Saya yakin rakyat kini lebih tahu menilai dan akan membuat keputusan dengan lebih bijak dan rasional.
“Rakyat sendiri boleh mendapatkan hujahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri atau mana-mana pimpinan KEADILAN dalam kempen nanti,” ujarnya. - KD
Ahmad Maslan jangan malukan orang Johor dengan pemikiran lucah
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menyelar kenyataan Ketua Penerangan UMNO merangkap Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan berhubung kempen lucah yang ingin dijaja sepanjang musim kempen Pilihanraya Kecil N25 Kajang nanti.
Disaat rakyat masih bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup dan harga barangan, Ahmad Maslan tanpa segan silu merendahkan fikrah rakyat dengan kenyataan beliau tersebut.
AMK Muar dengan ini menasihatkan Ahmad Maslan agar tidak terus menerus memalukan diri sendiri dan juga rakyat Johor amnya dengan pemikiran separuh masak memandangkan kedudukan beliau sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan Malaysia.
AMK Muar juga amat berharap agar seluruh rakyat Malaysia dan rakyat Kajang khasnya untuk menolak permainan politik kangkung begini.
Di saat merayakan pesta demokrasi, seharusnya semua pihak bersaing dengan menggunakan hujah yang dapat memberikan kesan positif kepada kehidupan rakyat bukannya terus terperangkap dalam aksi kempen kuno yang bersandar kepada serangan peribadi ataupun kisah-kisah lucah dan hasutan pergeseran kaum.
AMK Muar turut ingin menasihatkan Ahmad Maslan agar bertaubat dan jangan lagi menjadi seorang pemimpin yang mengajar khalayak muda negara ini dengan isu-isu lucah.
Adalah lebih baik Ahmad Maslan sebagai Timbalan Menteri Kewangan memberikan penjelasan mengenai Akujanji BN dalam PRU 13 tempohari yang tidak ditunaikan sehingga kini. Slogan Janji Ditepati telah pun bertukar menjadi Janji Dimungkiri.
Saiden Muslimim Ismail
Naib Ketua 1
Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar - KD
ULASAN GB
Rata-rata pemimpin UMNO jahil mengenai hukum Islam. Itu sebab mereka gemar memfitnah malah berbangga dengan fitnah yang mereka lakukan.
Yang paling pandai dalam agama pun di kalangan mereka iaitu Jamil Khir telah menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.
Dan kebanyakan mereka berbangga bergambar dengan Raja Blogger Seks yang merupakan pemfitnah tegar yang mereka bela, papagomo namanya:
Dan tidak hairan Ahmad Maslan juga gemar dengan fitnah seks dan liwat kerana beliau dikenali sebagai amat mesra dengan papagomo.
Kita ingin beritahu kepada menteri-menteri termasuk sekalian blogger pro-UMNO yang memfitnah tentang qazaf itu bahawa mereka mungkin terlepas sebatan di dunia, tetapi ingatlah wahai mereka bahawa sebatan itu akan tetap terlaksana di "sana".
15 ulasan:
Rasanya tukang kebun lagi banyak yg mentaliti baik dari menteri kangkong ni..
mintak-mintaklah Ahmad Mazlan bukan dari keturunan bangsa Melayu.
CGPA anugerah dekan, orang yang paling pandai dalam UMNO... LOL
Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dia takut kena tibai dan dah cabut lari keMadinah dengan rombongannya dan keluarganya untuk beristirah dengan alasan mengerja Umrah seramai 20 orang (Besar kemungkinan balas budi Penyokong yang memilihnya)
Dia ni salah satu dari menteri 3B.......Bebal...Bodoh....Bahlul
Anak Maslan ini belum sunat lagi , masih belum baligh... Bagi can lah dia merapu sebab masih anak yand di nan nan lagi....
EzPayment2U, tak payah keluarkan hadith atau ayat Al Quaan, puak-puak tu mana ke faham dahlah tak faham tak percaya pulak tu dan lagi teruk baca Al Quran pun tak pandai.
Ternyata mentaliti si Mamat ni merupakan mentaliti "BLUES" and lack of "ISLAMIC" teaching. Kalau tidak mana mungkin seseorang yang di katakan memperolehi CGPA yang agak tinggi suka mengeluarkan kenyatan berunsur seks dan fitnah. Mungkin CGPA yang di perolehi semasa di "TADIKA KEMAS" dulu kot.
Dia sebenar nya bukan memalukan keseluruhan orang Johor tetapi kebanyakan masyarakat Pontian. Baru baru ini saya pernah ke Pontian. Sempat di tunjuk kan oleh seorang kenalan rumah nya di salah sebuah kampong. Yang menghairan kan, setiap kampong "MESTI" ada warong karaoke. Di se setengah tempat selain dari menyanyi ada "HIBURAN" lain yang di sedia kan. Pengunjung tegar tempat tempat ini dari tinjauan saya sendiri merupakan para ahli umNOngok.
Sepatut nya si pemilik CGPA tinggi ni memikirkan untung nasib orang orang Pontian dan yang berhampiran. Bukan kah Wilayah Iskandar - WI sedang tumbuh dengan pesat nya. Ia nya di usahakan oleh warga asing. Orang ternama sediri telah pun menjual sebahagian dari kawasan Danga Bay kepada warga Negara Cina. Jangan nanti bila pembangunan yang di wirid kan oleh puak puak umNIngok ni menjadi kenyataan sama yang di wirid kan oleh Boria Sungai Pinang di Pulau Pinang - PEMBANGUNAN. Malang nya bilai pembangunan "MAI" orang orang Melayu yang tak mampu memiliki nya bertempiaran ke tanah besar. Fikir fikirkan lah wahai si pemilik CGPA yang tinggi itu dan jangan jadi dari sebahagian yang memakai songkok tinggi hampir dua kaki itu. Berubah lah dengan memakai ketayap aja, lebih murah dan ringkas.
p.s Kebanyakan dari ahli "BORIA SUNGAI PINANG" yang masih ujud atau pun tidak merupa kan pekerja Majlis Bandaran P. Pinang. Apa jawatan mereka cari lah sendiri.
Tapi kalau pegawai atasan pasti tidak lari.
tengok muka mat maslan pun dh tahu jenis orgnya. jenis mulut buka dulu sebelum akal berjalan.
Tengok mukapun ngok doh.poyo smacamje bila brcaksp napak jelas bodonya si pendek ni.. lebih baik mu dok diamlah pendek..doh la bodo jahil pula..
Tak habis - habis seks seks seks dan seks. Tiada benda lain lagi mr. Ahmad atau lu pun sudah gila seks?
Thank dengan lu punya perangai gila seks gejala maksiat makin hari makin meningkat beb sampai kanak -kanak pun terikut - ikut. Sudah pun pemimpin asyik asyik seks jadi rakyat yg bodoh dari umat melayu terikut ikut perangai ketuanya, walhal sepatutnya ikut perangai rasulullah s.a.w bukan ikut perangai ketua yg gila seks.
Kalau u all sayangkan masa depan anakmu, please ensure umno get lose dari putrajaya. Insyaallah gejala maksiat akan kurang secara tidak langsung kalau pemimpinnya bukan seorg yg gila seks.
Mangkok ni blh berduet dgn Abon dlm maharaja lawak.Serumpun pun.
ISSSSHH,KALAU BETUL, TAKUT AKU ADA ORANG MACAM NI, JADI MENTERI PULAK. PONTIAN/JOHOR TAK DAK ORANG 'ALIM KA YG BULEH NASIHAT SIKIT ORANG2 MACAM NI. ATAU SEPERTI DLM SUROH AL BAQOROH, AYAT 7, YG SECARA KASAR BERMAKSUD - "TELAH DIPATRI MATI PADA HATI2 MEREKA DAN PADA TELINGA2 (PENDENGARAN) MEREKA DAN PADA MATA2 (PENGLIHATAN) MEREKA DIHIJAB DAN UNTUK MEREKA 'AZAB YG BERSANGATAN...." MALANG DAN GERUN SUNGGUH2.
Allah swt telah berjanji,pekung orang yang membuka malu orang lain akan dibuka pekongnya suatu hari nanti.Apa nak kata pun katalah. Kemenangan Allah yang menentukan. Patutnya kita fikir berceramah tentang isu rakyat, isu ekonomi, pendidikan, kesihatan. penyelesaian dan pengurangan masalah yang sedang menimpa rakyat. Maslan hanya ada modal sedikit untuk arah itu.Dia tidak ada jawapan itu isu2 demikian.Mentaliti menteri macam ini berangan2 nak jadikan Malaysia Negara maju? Tak kesampaian. Isu banteras jenayah yang memeningkan kepala, isu kos naik,dan banyak isu lain. Saya sebagai rakyat tak ada selera nak dengar ceramah lucah.Dah bosan. Tanggungan dan beban saraan harian semakin menekan dan kita nak dengar langkah2 penyelesaian dari seorang menteri,tambah pula berjawatan dalam mengendali kewangan Negara.Please I beg be matured.Jangan jadi toke jaja pelacur.Jangan jadi orang yang layak jual ubat untuk keras, tegang, dan besar aja. jangan jadi menteri untuk ubat sempit dan kemut sahaja.Iklan2 ini dah banyak dan jangan ditambah lagi dalam ceramah2.Apakah budaya bangsa Melayu ni asyik dalam hal seks sahaja.Cemuh saya mendengarnya.
Catat Ulasan