Petaling Jaya: NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan peserta demonstrasi Himpunan 31 Disember yang naik ke pentas sehingga mengganggu persembahan konsert seperti yang dilaporkan media TV3.
Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan sebaliknya berkata, persembahan konsert dihentikan oleh penganjur setelah melihat peserta berbaju hitam memenuhi keseluruhan padang.
“Ucapan Datuk Bandar yang berbaur provokasi juga tidak berjaya membangkit kemarahan rakyat untuk merampas pentas, malah hadirin tetap bertenang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SAMM juga berkata pihaknya akan memulakan proses saman kerajaan dalam masa terdekat bagi membersihkan nama NGO itu yang dilabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai penganjur ‘himpunan guling kerajaan’.
“Lebih 1300 laporan polis yang dibuat oleh Umno dan NGO pro-BN kononnya akan berlaku keganasan pada malam tahun baru termasuk ‘himpunan guling kerajaan’ meleset sama sekali.
“Protes berlangsung dengan aman, tiada yang cedera dan tiada kerajaan yang terguling,” katanya.
NGO itu turut mengutuk tindakan PDRM memuat naik gambar palsu dalam Facebook rasmi kononnya terdapat seorang anggota polis cedera parah ketika bertugas di Dataran Merdeka malam 31 Disember lalu.
PDRM bagaimanapun dalam laman yang sama kemudiannya memohon maaf atas dan menganggapnya sebagai ‘manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan’ namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.
“Walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh PDRM melalui laman yang sama, integriti polis dalam menyebarkan berita cukup terjejas.
“Ini juga bukan kali pertama, ketika Bersih 3.0 dulu berita kematian anggota polis disebar dan polis percaya propaganda jahat ini lalu bertindak ganas terhadap peserta,” katanya.
Edy berkata, akan ada lagi demonstrasi mega yang dijangka berlaku pada 1 Mei depan sempena Hari Buruh memprotes kenaikan harga barang.
“Protes akan diteruskan selagi kerajaan tidak ‘turun’ dan SAMM akan mengganda usaha untuk mobilisasi lebih besar dalam satu lagi himpunan raksasa yang dijangka berlaku pada Hari Buruh tahun 2014,” katanya. -FMT
4 ulasan:
Ada x ruang atau akta yg blh dguna untuk saman mereka yg buat demo dn laporan polis kononnye rakyat nk guling kerajaan mlm 31 Dis...?
Tahniah penganjuran yang bijak menggunakan kaedah, masa dan strategi yang tepat......
Yg naik pentas dan baling botol air mineral tu adalah "provokator" yg sudah dirancang.Siapa punya skrip drama? Faham-faham ajelah.
baling batu sebunyi tgn.ham pehhhhhh
Catat Ulasan