Petaling Jaya: Seorang penyanyi baharu iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab.
Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung.
Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian.
"Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu," katanya kepada mStar Online.
Marina ditemui pada sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di M-Cafe di sini, Selasa.
Hadir sama Presiden Persatuan itu Datuk Freddie Fernandez. Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Kepong di sini pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian.
Marina menunjukkan salinan laporan polis dibuatnya selepas tidak dibenarkan membuat persembahan gara-gara bertudung.
Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat tersebut turut hadir dan isu dia bertudung tidak ditimbulkan.
"Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan?
"Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab," katanya.
Marinatasha berkata, pihak penganjur mengundang bekas peserta Akademi Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Zafarina Jamhari (Farina) untuk menggantikannya pada persembahan malam itu.
Katanya, walaupun bayaran penuh kepadanya dijelaskan, namun dia amat kecewa dengan insiden berkenaan.
"Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan," jelasnya.
Sementara itu, Freddie berkata, individu berkenaan patut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Marinatash.
Permohonan maaf itu boleh dilakukan menerusi kenyataan akhbar atau pun secara peribadi.
"Karyawan sanggup membantu sebagai orang tengah bagi menyelesaikan perkara itu secepat mungkin.
"Bagaimanapun sekiranya pihak berkenaan enggan berbuat demikian kita akan hantar surat kepada mereka untuk melakukannya," kata beliau.
Tambah Freddie, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia yang meraikan kelainan dan kepelbagaian agama, kepercayaan, kaum dan budaya. -mstar

Kali keempat suruh saya buka tudung - Marinatasha
KUALA LUMPUR: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggesa mana-mana pihak yang menjemput artis wanita untuk membuat persembahan perlu menghormati hak mereka yang berhijab.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez memberitahu mereka yang mempertikaikan hak tersebut merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka dengan hak kaum dan agama.
Jelasnya lagi, kejadian yang menimpa penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar yang telah dihalang mengadakan persembahan kerana berhijab tidak seharusnya berlaku apatah lagi negara ini telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.
Kata beliau, pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada Marianatasha apabila beliau telah dihalang dari melakukan persembahan di satu majlis keramaian anjuran sebuah syarikat atas alasan kerana berhijab.
"Ini merupakan satu pencabulan hak asasi serta tidak peka kepada sensitiviti masyarakat Islam, ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kita telah merdeka lebih 50 tahun.
"Beliau membuat persembahan yang merupakan kerjayanya dan berhijab mengikut apa yang dituntut oleh agama Islam, sepatutnya kita perlu peka dalam hal ini," jelasnya dalam sidang media di sebuah restoran di Bukit Damansara.
Freddie menegaskan isu ini akan menjadi lebih parah seandainya ia dimanupulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan prasangka di kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Tindakan memperlekehkan seseorang individu di atas sebab-sebab yang tidak munasabah sebegini amatlah dikesali dan pastinya memberi impak yang amat negetif jika ianya dipanjangkan.
"Semua pihak disarankan mempelajari dan meraikan perbezaan fahaman dan warna kulit demi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.
"Karyawan menawarkan jalan penyelesaian atas konfliks yang berlaku agar perkara ini dapat diredakan secepat yang mungkin," sambungnya.
Sementara itu, Marinatasha turut kesal dengan apa yang berlaku dan ia merupakan insiden keempat ke atas dirinya yang menyuruh beliau membuka tudung jika mahu membuat persembahan.
"Saya kesal dengan apa yang berlaku, suatu yang amat memalukan, tapi ini bukan kali pertama berlaku dan ia merupakan kali keempat berlaku sebelum ini sudah ada yang suruh saya buka tudung jika ingin menyanyi.
"Dalam industri tidak sepatutnya berlaku sedemikian, wanita yang berhijab juga mempunyai hak mereka dan sepatutnya hak itu dihormati.
"Saya harap agar ia tidak berlaku lagi terhadap wanita berhijab dan insiden ini perlu menadi pengajaran kepada pihak-pihak lain," jelasnya.
Beliau yang sepatutnya mengadakan persembahan pada majlis makan malam tahunan sebuah syarikat pada 18 Januari lalu telah diarahkan turun dari pentas ketika ingin memulakan persembahan.
Selain itu juga, beliau turut dimarahi kerana terus mengadakan persembahan setelah dijemput oleh rakan artis lain yang turut bersimpati atas apa yang berlaku terhadap dirinya.- HD
13 ulasan:
Dalam mana-mana berita pasal tudung, kenapa tak disebut undang-undang mana halang penganjur suruh dia turun pentas?
Kalau kes bunuh kita tahu Seksyen 302 kanjn keseksaan, tapi kalau suruh buka tudung seksyen mana? Seksyen 19 Shah Alam?
Salam ..
Sepatutnya isu hijab ini harus dihormati oleh setiap kaum dan individu di negara ini. Ianya bukan hak individu malah ianya harus dan wajib kpd wanita muslim yg beragama islam. Seharusnya kpd mereka2 yg anuti agama lain harus menghormati diantara satu dgn lain. Jagalah sensitivi majoriti masyarakat Islam di negara ini yg hidup penuh harmoni..
ada hikmah sebaliknya tu..suara wanita itukan aurat..jg terlalu emosi bab hak asasi manusia..hak kita terhadap Allah..ada kisah?? cuma mgkin cara mengaibkan artis nie ialah soalnya..apa pun kita kena dengar dulu sumber dr dua2 pihak..
Ini ada cerita lain ni. Laporan yang menimbulkan 1001 soalan.
Kenapakah dikatakan rasis sedangkan majikannya ialah Melayu juga?
Tapi tang tudung, aku setuju. Alasan yang diberi memang tidak logik. Walaubagaimanapun, halangan itu tidak menjejaskan pembayaran, kan?
Penyelesaian simple saja. Dah kata pun ini "private function", itu hak depalah untuk tidak membenarkan kita membuat persembahan. Lagipun bukan depa tak bayar. Bukankah itu lebih baik daripada kita menunjukkan aurat kita (suara perempuan) di khalayak ramai terutama yang bukan muhram ni? Bersyukurlah kita atas apa yang berlaku dan ini boleh dijadikan pedoman masa depan.
Satu nasihat aku, ini bukan rasis. Melayu dengan Melayu pun rasiskah? Jangan mengeruhkan keadaan yang dah dikeruhkan oleh UMNO piang @ MUNAFIKUN ni? Walaupun pegawai tu Cina, sudah tentu ianya dibuat atas arahan BOSS dia. Lihat saja pada kes Kalimah Allah, kerajaan dah luluskan dan ditandatangani oleh PM Kangkung. Yang kita dok bawah ni, ber"perang" tak pasal-pasal. Yangseronok pulak ialah UMNO yang luluskan dan depa dok tunjukkan jaguh.
Ingat pesanan agama kita, Islam iaitu bila datangnya orang fasik @ munafik membawa berita, siasatlah agar kita tak rugi di kemudian hari. wallahualam.
Beb umat melayu berrasul Dr. M mana ada istilah bertudang / berhijab sebab umat melayu mana ada isitilah aurat beb.
Lepas itu lu suruh wanita bertelejang utk bernyanyi apa hal ni? Bagi umat melayu istilah bertelejang bermaksud tidak berbaju tapi dalam agama islam wanita yg tidak bertudung dikira bertelenjang beb.
Apa lu all umat melayu tak tahu dan i tlg beritahukan. Siapa yg cakap? Allah S.w.t dan Rasullah S.A.W yg cakap. So i nasihat lu (penyanyi tersebut) u resign shj dari syarikat haramjadah tersebut beb dan biarkan shj umat melayu bekerja disana sebab diaorg tiada istilah halal haram beb.
“Ketika berada di pentas itulah, Marinatasha telah bertindak mengumumkan di khalayak ramai bahawa beliau adalah penyanyi utama dan beliau tidak dibenarkan membuat persembahan kerana memakai tudung,”
"Saya menjemput Marina dan ibunya untuk hadir ke pejabat kami, lihat sendiri situasi disana dimana lebih separuh pekerja kami adalah bumiputra beragama Islam dan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan berhemah ," katanya.
Namun, Marinatasha menolak pelawaan tersebut dan berkeras untuk tidak mahu pergi ke pejabat CASTMET Sdn Bhd.
*** Agak2 artis tu parti cap apa?? Gua kalo berurusn dgn 'demo tu',gua suka pakai kamera..nanti jadik apa2 hal senang mau urus.Gua akan panggil ramai2 utk sama2 tgk video tu.
Betul le tue..dah berhijab nak nyanyi buat ape...suara pun aurat..ade hikmah Allah bagi perkara tue berlaku...
Tak perlu buat isu..... Selagi Melayu KANGKONG dan tak berduit ekonomi, sebaik nya mengalah dalam hal hal kecil sebegini.
Malaysia mungkin boleh jadi Indonesia atau Filipina jika tidak ada kekuatan kewangan ekonomi bangsa bukan melayu ini.
Renungilah....
Dunia alhir zaman. Si pengadu mungkin tak memahai Islam secara mendalam dan tak tahu bahawa suara wanita itu juga adalah aurat yg wajib dipelihara. Mungkin pembaca lain akan berkata komen saya ini "macam bagus jer.." Tapi hakikatnya perkara yg salah tetap salah.
Ada hikmah disebalik peristiwa ni dan beruntunglah kepada si pengadu kerana Allah masih sayang padanya lalu tidak jadilah persembahannya tu.
Sepatutnya si pengadu bersuukur dan media tak perlu sensasikan berita ni. Cubalah cari sumber rezeki yg lebih berkat dan perbanyakkan bertaubat. 12 tahun menyanyi, banyak dah telinga lelaki yg mendengar.
Wallahu'alam.
Udah la Admin. Takde faedah ko sensasikan kisah penyanyi ni kononnya dia dipihak yang benar. Ingatkan ko ni faham sangat bab agama rupanya 2x5 je dengan penyanyi tu.. Cakap tak serupa bikin la ko ni. Islam versi ko ni pun macam UMNO la jugak. Kah kah kah kah.. Pi sambung ngaji lagi. Rupanya Cina kapir tu pun tahu majlis tu tak sesuai bagi seorang muslimah yang baik. Ko pulak macam suka pompuan tu terus hanyut dengan menyiarkan cerita ni seolah2 tindakan pihak penganjur tu tidak wajar. Doniaaaaa donia.
Assalamualaikum..
pelik jugak.. pakai tudung..tutup aurat..kenapa pulak nak menyanyi..suara tu bukan aurat kah. apa hukum duit yg dapat dari hasil menyanyi?? patut bersyukur, penganjur haling saudari dari tambah dosa..fikir-fikir kan..
Dah berapa orang Wanita Pertama di Malaysia, tak berhijab pun walaupun negara kita negara Islam. Soal hijab berani diperlekeh bermula dari situ.
Penganjur pun satu hal. Lain kali beritahu awal yg kau org nak tengok rambut dia bukan tudung dia. Ha... kan senang gitu. Jadi boleh tau le dia nak duit ke nak jaga hukum...
Catat Ulasan