30 Jan 2014

Cubaan Serang Masjid Hanya Dakwaan Palsu & Rekaan Macai UMNO


Polis siasat NGO Islam protes di masjid

Polis daerah Barat Daya sedang menyiasat sekumpulan NGO Islam yang mengadakan protes di Masjid Bayan Baru malam tadi, kerana mereka mengesyaki masjid itu mungkin diserang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fa Hin memberitahu sidang akhbar di Balik Pulau hari ini bahawa protes oleh kira-kira 150 orang itu akan disiasat di Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Lai menolak desas-desus mengenai terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menyerang masjid tersebut ansambil berkata pihak polis akan meningkatkan rondaan di gereja dan masjid sepanjang masa.

"Cara kumpulan itu mengadakan protes da berarak ke balai polis adalah salah, jadi kita sedang menyiasat," tambahnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.

Jika mereka tidak jelas mengenai peraturannya, tegas beliau, mereka boleh datang dan berunding dengan pihak polis.

Bagi majlis yang berkaitan dengan agama pun, hanya maklumkan kepada pihak polis, katanya.

Lai juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau mencetuskan suasana panik awam.

Katanya, lebih 100 orang menyertai peserta proteos yang berkumpul di masjid, tetapi hanya 30 sahaja yang pergi ke balai polis Bayan Baru untuk membuat laporan.

Berdasarkan laporan di blog dan di Facebook, kumpulan yang membantah malam kelmarin termasuk Persatuan Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Al Ehsan.

Undang-undang memerlukan kumpulan yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan perlu memaklumkan kepada pihak polis 10 hari sebelum acara mereka. Terpulang kepada ketua polis daerah untuk membenarkan atau menolak notis mereka.

"Dalam kes seperti ini, di mana mereka tidak ada permit dan tidak memaklumkan kepada pihak polis, kita telah buka kertas siasatan berdasarkan undang-undang," kata Lai. -mk

NGO protes, syaki masjid 'mungkin' diserang


Sekumpulan kira-kira 150 ahli NGO Melayu mengadakan protes di luar masjid Bayan Baru malam tadi kerana mengesyaki ada pihak-pihak tertentu merancang untuk "menyerang" masjid.

Difahamkan sepuluh buah NGO, termasuk Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Al Ehsan, menyertai protes tersebut pada kira-kira 8 malam di luar masjid berkenaan.

Mereka mengutuk sepanduk memaparkan kalimah 'Allah' yang ditemui di luar lima buah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad walaupun pihak gereja telah membuat laporan polis menafikan mereka bertanggungjawab terhadap sepanduk tersebut.

Dengan membawa sepanduk yang menegaskan hak eksklusif penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Islam, kumpulan tersebut kemudian berarak ke balai polis berdekatan Bayan Baru untuk membuat laporan berhubung perkara itu.

Gambar protes tersebut boleh didapati di blog dan Facebook tetapi tidak pasti siapakah penganjurnya atau sama ada pihak polis telah dimaklumkan mengenainya sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketika dihubungi, polis Bayan Baru mengesahkan bahawa laporan polis dibuat di balai itu malam tadi terhadap penggunaan perkataan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu .

Pegawai polis berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta supaya mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sebelah pagi.

Protes itu diadakan sehari selepas lima sepanduk kontroversi dengan perkataan "Allah is great, Jesus is the son of Allah" ditemui di luar pintu lima buah gereja, termasuk sebuah di tanah besar pada hari Ahad.

Gereja-gereja berkenaan adalah Gereja Assumption di Jalan Farquhar, Gereja St John Britto di Sungai Pinang, Gereja Immaculate Conception di Pulau Tikus, Gereja Victory Lutheran di Island Glades dan Gereja Nativity di Butterworth.

Beberapa jam selepas sepanduk ditemui, kira-kira jam 1.30 pagi, dua bom petrol dilemparkan ke dalam kawasan Gereja Assumption yang berusia 229 tahun.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku tetapi Abdul Rahim berkata setakat ini, 16 laporan telah dibuat berhubung kejadian itu dan lapan individu disoal siasat oleh polis.
-mk



ULASAN GB

Polis akan lebih dihormati jika berani menahan, menangkap dan mendakwa NGO-NGO pro-UMNO yang berdemo ini yang membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan seterusnya mewujudkan suasana panik di kalangan rakyat.

Sudah sampai masanya untuk pihak polis bertegas. Tidak hanya menumpukan penahanan dan penangkapan kepada rakyat yang menyokong Pkatan Rakyat.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa tunggu lagi. Pihak polis tak perlu main jongkang jongkit apabila berdepan dgn perhimpunan haram oleh ngo pro umno. Rakyat Malaysia faham sangat erti “BIAS” dalam kes2 mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

sama dengan perhimpunan TURUN dituduh nak rampas kuasa, bunghah kata ulama kaldai

Tanpa Nama berkata...

sendiri serang, sendiri buat laporan polis dan sendiri buat demo...hahaha

Tanpa Nama berkata...

La muka tembok mamak pelaq tu lagi....terencat akal ke apa asyik nak cari publisiti murah tunjuk perasaan di sana sini...... puak mamak pungkoq hitam ni tak ada kerja lain ke....

Tanpa Nama berkata...

Semua yg protes ni geng kelam aja.

Tanpa Nama berkata...

maaf tuan punya blog, hari ni ada bisikan nakal menerpa ke fikiran saya " mungkinkah kemelut islam -kristian ini adalah permainan pihak-pihak malaon yang mempunyai agenda tersendiri dengan skrip 'pencuri turut sama menjerit pencuri !'" kerana bukan kah selama ini negara kita adalah negara berbilang kaum, bangsa dan agama dan takde pula berlaku pergeseran yang begitu serius seperti sekarang (kalau insiden kerling atau kampung medan nak di takrifkan sebagai ketegangan ) kita boleh hidup aman berkongsi kebebasan mengamalkan agama masing-masing.
Cuba imbau kembali suatu ketika dulu, tragedi memali adalah insiden terbesar kezaliman kerajaan BN yang dilakukan ke atas gerakan islam yang dibawa oleh PAS, siapakah yang menyerang dan membunuh murid almarhum ustaz Ibrahim Mahmud (Ustaz Ibrahim Libya) dulu ? kertas putih membentangkan RAMAI anggota keselamatan yang di 'arah' untuk menghapuskan (walaupun terpaksa menghapuskan seluruh negeri kedah) adalah anggota bukan islam yang menerima arahan dari Kementerian Dalam Negeri. Ketika itu PM (Mahathir) berasa di China dan Dato' Musa Hitam selaku TPM dan pemangku PM serta Menteri Dalam Negeri ketika itu mengetuai 'gerak hapus' di memali - dalam erti kata lain mahathir terlepas dari sebarang pertuduhan terlibat dalam insiden ini walaupun mahathir memberi arahan kepada musa hitam melalui telefon. Apa yang boleh di rungkaikan disini gerak kerja UMNOBN mungkin digunapakai lagi dewasa ini kerana ianya terbukti berkesan memecah belahkan rakyat. Umum amat mengetahui pihak BN akan memperoleh Laba yang besar bila rakyat tidak bersatu (dasar pecah dan perintah). Bukankah pemimpin BN sekarang adalah protege mahathir yang disusun sedemikian rupa demi kelangsungan dan kesinambungan legasi mahathir (walaupun dikalangan protege-protege tersebut ada yang menggigit semula tangan mahathir) tetapi jelas pemimpin BN sekarang ketandusan pemimpin berkaliber dan ketandusan idea maka skrip mahathir ini di 'recycle' semula. Kesimpulannya mungkin tidak mustahil kemelut Islam-kristian ini adalah 'produksi kitar semula' BN untuk memecahkan perpaduan rakyat yang semakin hari menerajang, menendang, menghumban dan menghapuskan BN sehingga lumat. Apa pun ini cuma andaian saya yang tak berapa pandai bab politik tapi menilai semula peristiwa lampau dan cuba menyesuaikan keberkesanan dan mencari 'relevan'nya dengan keadaan semasa, saya pasti pihak tuan punya blog tentu lebih arif dan mempunyai pandangan yang lebih bernas dari saya

Tanpa Nama berkata...

Confirm...gang kitul dgn raja mandaliar punya keja..pastu tuduh pkr dgn dap punya keja..ingat sejarah melayu melaka akan berulang jika kita x hati2 dgn puak eee ni..

Anti Fitnah berkata...

Inilah puak haramjadah keturunan eeeee yang menggunakan plat Melayu dan Hak Istimewa Bumiputera.
Dari mana datangnya maklumat masjid akan diserang???? Siasat harus bermula pada orang yang membuat laporan polis. Jangan lupa kekadang orang yang membuat laporan polis itulah dalangnya. Membuat laporan polis hanya untuk buat "cover-up" sahaja.
POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM) Dayus. Kalau kita lihat pada gambar dulu dan sekarang, asyik muka-muka yang sama yang mebuat onak di Pulau Pinang. Yang duduk di barisan tu keturunan eeeee dan yang dok di belakang ialah Melayu Bangang. Teringat aku akan cerita Melayu jatih ke tangan Portugis. Tun Mutahir itu bukankah keturunan eeeeee yang mengkhianati Sultan Melaka waktu tu???? Inilah sebabnya wujud perumpamaan ini, "Kalau jumpa eee dan ular, pukul eeee dulu."
Orang Melayu Pulau Pinang memang BODOH dan BANGANG kalau masih dijajah oleh eeeeeeeeeeeeee ni.

Tanpa Nama berkata...

Orang bodoh saja yang masih tidak tahu siapa dalang dalam kemelut Islam-Kristian di Pulau Pinang.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 eee ni cuma nk tgk org melayu bergaduh dgn cina ja...jahat punya manusia...wayang semua..

Tanpa Nama berkata...

Serang serang masjid ini hanya di Syria lah..... Mana ada orang sibuk nak serang masjid ???

Pergi sholat jemaah di masjid tidak , buat demo macam orang bodoh pulak.

Otak kalau dah bodoh , jangan susah kan rakyat.... Budak budak EEE..,, jijik lah.

Tanpa Nama berkata...

Kemelut kalimah allah dan syiah didalangi Mahathir untuk menaikkan Mukhriz, supaya kepentingannya terjaga

Tanpa Nama berkata...

Mereka dah tak dak kerja dan tak dak isu, Boss2 NAK HIDUP MEWAH DAN MACAI2 DAH KEHABISAN PROJEK BUAT KECOH LAH... SELAMA NI MALAYSIA AMAN MEREKA CUBA BUAT ONAR, BALING BATU SEMBUNYI TANGAN..TAPI ORANG RAMAI TAHU SIAPA PUNYA KERJA...EEEEEE KESIAN MEREKA. CUKUP2 LAH UNDI UMNO DAN BN. UMNO bukan hak melayu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Eeeeee tu apa maknanya?Tak jelas.

Tanpa Nama berkata...

Keturunan pendatang tak sedar diri.