Ipoh – “Secara peribadi saya kurang bersetuju beliau terlibat secara keseluruhan dalam parti,” luah Kapten (B) Datuk Mohd Najmuddin Elias berhubung pelantikan adiknya, Mohammad Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Mohd Najmuddin berkata, sebagai ahli keluarga, beliau melihat situasi pelantikan itu hanya akan menguntungkan sebelah pihak berbanding tugas pendakwah bebas yang boleh menyebar ilmu kepada kerajaan mahupun pembangkang.
Menurutnya, sekiranya benar perdana menteri mahu menempatkan Ustaz Kazim dalam kerajaan, satu jawatan yang lebih sesuai boleh diberikan agar tugas sebagai pendakwah masih boleh dijalankan tanpa perlu ada ‘double standard’.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan, penerimaan jawatan itu kelak akan mengganggu perjalanan Pusat Pendidikan Al-Barakah yang selama ini di bawah tanggungjawab Ustaz Kazim.
“Buat masa ini, saya tidak mendapat penjelasan dari mana-mana pihak mengenai perkara ini. Saya juga tidak tahu di sebalik perlantikan tersebut.
“Sebagai abang saya tidak bersetuju, kecuali perdana menteri menyediakan satu jawatan yang lebih sesuai agar dia boleh terus berdakwah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Beliau yang juga Pegawai Penerangan Agama Pejabat Menteri Besar Perak memaklumkan akan mengadakan satu sidang media khas bersama seorang lagi adiknya yang juga Adun Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah setelah mendapat penjelasan daripada Ibu Pejabat Umno mengenai pelantikan itu.
Mengulas mengenai keahlian Pas, Mohd Najmuddin tidak menafikan Ustaz Kazim pernah menjadi ahli parti itu 15 tahun lepas, bagaimanapun sudah mengisytiharkan diri keluar parti.
“Setahu saya memang (Ustaz) Kazim pernah jadi ahli Pas, tapi dah lama keluar dan sejak itu dia jadi pendakwah bebas,” katanya. -SH

Umno guna ustaz sebagai ayam sabung lawan PAS
KEPALA BATAS: Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.
"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata. Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam.
Ceramah semalam diadakan sempena kemenangan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Limau yang turut dihadiri Adun baru SUngai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat.
Terdahulu beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.
Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran Umno dan mengkritik PAS secara terbuka.
"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat. Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'.
Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus. -HD
7 ulasan:
Tak kenal maka tak tahu..moga UKE tahu apa yang berlaku didalam umno..
ala kasim abih la kasim masuuuk .
bior leer dia masok umnoooo, mudah-mudah dia boleh betul kan umno dari dalam, sebagai mana dia membetulkan ulama2 lain.....
Perlantikah UKE keMKT UMNO ada sesuatu mesage yg nak disampaikan Najib kepada PAS.Soal UKE terima atau tidak bukan isu.Soal betul atau salah juga bukan isu.Najib ingin buktikan ada orang PAS yg boleh "dibeli" jika kena "tawarannya".UKE sebenarnya orang ketiga, sudah didahului oleh Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa cuma yg dua ni tak ditawarkah kerusi MKT tapi diberi imbuhan cara lain.Sedikit masa lagi tak heiran jika ada 4-5 orang PAS yg pegang jawatan tinggi dlm PAS ditawar dengan tawaran-tawaran lain yg lumayan.Tunggu dan lihat.
UKE ni kalau berjumpa dgn ustaz2 lain yang power dan lebih mantap, dia akan cakap "Tuan jangan hentam saya yer, saya bukan ustaz UMNO.."
Beberapa bulan lepas seaaktu sibuk dengan PRU13, UKE ni juga dah mengumumkan untuk berhenti dari berdakwah atas alasan beliau mendapat ugutan bunuh dari pihak-pihak tertentu. Boleh pula beri tarikh utk berhenti dari berdakwah... dia kata bulan November 2013.
Rupa-rupanya....
Bukan ugutan yanv diterima tapi LABA.....
Kahkahkahkah... Zam zam ala Kazim.....
PAS tak pernah malu mcm ust kazim cakap, PAS berada di landasan yg betul, walau pun di seret dgn fitnah dan berbagai2 kutukan PAS tetap utuh dan teguh..demi islam dan dasar serta perlembagaan PAS menjaga agama bukan menjaga laba dan keuntungan dunia semata2. biar kan dia terjun dgn labu2 nya...kesian seorang lagi insan di permainkan umno...apa sudah jadi kpd firdaus imam besar, dan ramai lagi ularmak dlm umno terpinggir, ada yg membodek bagai nak rak..tetapi tidak terpilih, kesian noh omar,azalina dan lain2 muhasabah lah diri.
Untuk jln paling selamat hal ustaz kazim elias (UKE), pada saya yg kurang ilmu ni KITA SANGKA BAIKLAH disamping kita doakan keselamatannya.
Sama halnya dgn tuduhan yg tak senonoh terhadap DSAI. Kita nampak ker dgn mata kepala sendiri akan perlakuannya???????. Ada ke 4 saksi tgk depan mata seperti yg ditetapkan dalam kitab Allah???. Oleh itu jawapan yg paling aula....SAYA TAK TAU SBB SAYA TAK NAMPAK. HANYA ALLAH YG TAHU.
Kalau ada magngkuk ayun dok caya cerita dah masuk TV, surat khabar, blog dll. kita perlu ingat sunber2 tersebut aada yg telah disaman dan mahkamah prrintah byr ganti rugi sbb cerita bohong, autakari, fitnah dan seumpamanya.
Oleh itu jgn tambah beban dosa yg akibatnya dihumban ke api neraka.
Catat Ulasan