11 Dis 2013

Khalid Samad Menang Kes Saman Terhadap Hamidah Osman

Kuala Lumpur- Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.

Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.

“Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan,” kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim.

Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim.

Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.

Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.

Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.

Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010.

Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.

Mahkamah Rayuan sahkan Hamidah fitnah Khalid

Mahkamah Rayuan hari ini telah membenarkan rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad terhadap Datuk Hamidah Osman yang merupakan bekas Ahli Exco Negeri Perak dengan kos RM50,000 dan gantirugi untuk ditaksirkan.

Mahkmah rayuan yang diketuai oleh Yang Arif Datuk Mohd Ariff Yusof bersama Yang Arif Datuk Mah Weng Kwai dan Yang Arif Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara memutuskan bahawa, kandungan artikel yang bertajuk 'Umat Islam Perlu Bersatu' yang diterbitkan di laman blog Hamidah, http://hamidahosman.blogspot.com memfitnah Khalid.

Artikel tersebut turut memaparkan gambar "super impose" Khalid memakai pakaian paderi kristian yang mengandungi lambang salib dan juga memegang staff yang juga mengandungi lambang salib.

Di dalam artikel tersebut Hamidah juga menuduh Khalid Samad dengan tuduhan-tuduhan berikut.

[Perenggan 8]

"Golongan yang menyokong penggunaan ini terdiri daripada golongan Islam Liberal dan menariknya Ahli Parlimen Shah Alam, Yb Khalid Samad menyokong kehendak Mubaligh Kristian menggantikan perkataan 'God' di dalam Bible kepada perkataan Allah. Kak Midah yakin kekesalan pasti bersarang jauh di sudut hantinya dengan keputusan mahkamah ini."

[Perenggan 12]

"Selepas ini jangan pula hairan jika kita melihat tulisan Gereja Allah bagi menggantikan House of God dihadapan rumah-rumah ibadat kristian diseluruh negara. Ini akan menjadi lambang kepada perbuatan melacurkan agama oleh puak-puak yang mengaku pejuang Islam seperti PAS."

[Perenggan 18]

"Sekalung tahniah buat parti pas kerana melalui pembesarnya iaitu Khalid Samad, isu penggunaan nama Allah ini tercetus dan menaikkan semangat pihak kafir untuk menjahanamkan iman umat islam di negara ini."

Khalid diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairudin.

Manakala Hamidah diwakili oleh Wan Azmir Wan Majid dan Nor Emelia Iszeham daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Writ Saman difailkan pada 23 Disember 2011 lalu manakala keputusan Mahkamah Tinggi pada 2 Julai 2013.

Di dalam keputusannya Mahkamah Rayuan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan Khalid gagal membuktikan bahawa artikel di blog Hamidah tidak mempunyai gambar super imposed tersebut.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan tuduhan tuduhan di perenggan 8, 12 dan 16 artikel Hamidah adalah fitnah ke atas Khalid dan Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan ianya tidak memfitnah Khalid.

Kes ini juga amat menarik kerana buat pertama kali Mahkamah Rayuan mendengar tentang isu artikel dari blog yang dikeluarkan (removed) dari blog tetapi masih boleh dicapai dari www.archeive.org.

8 ulasan:

matpenang berkata...

Next !!

Ahmad zahid hamidi kot....

Tanpa Nama berkata...

Nampak sgt hakim di Mahkamah Tinggi dah ketinggalan zaman. Tak peka dgn perkembangan alam siber.

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan fitnah berpisah tiada

see you in court zahid...bawa bekal 100 juta tau

Tanpa Nama berkata...



Salam tuan, puan yang budiman.
Saya minta kita jangan terlalu seronok dengan kemenangan apa yang kita rasa seronok sendiri dan bersifat sementara. Ini ada sedikit info untuk saya paste kan link untuk tuan/puan lihat dan hayati untuk masa depan kita khasnya orang2 Islam.
Atas dasar Tourism dan 1Malaysia mereka perbodohkan kita..Link seperti dibawah..
Sama2lah kita renung dan fikir2kan lah, setidak-tidaknya pun untuk anak cucu kita.

http://youtu.be/D2AKc97dQvc
dan
http://youtu.be/KLiErc-2pKA

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

Saman jgn tak saman, selagi tidak diisyiharkan bankrap selagi itulah lu teruskan shj saman kalau fitnah.

noni99 berkata...

Dah terbukti memfitnah. Pemimpin apa macam ini. Patutkah kita sokong pemimpin macam ni ?

gengster melayu alaf baru. berkata...

Jgn biarkan pmitnah jadi pmimpin ngara kelak ngara akan hncur lebur kerana janji Tuhan itu pasti untuk mmbinasakan umat yg ingkar kpd hukumNYA.

Tanpa Nama berkata...

Memang seronok tu kejap aje, serba serbinya..... Macam kak midah syok sekejap saja lepas tu kena balik.......