Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri
Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.
"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.
"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.
"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.
Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.
"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.
Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna. -TMI
Lebuh raya dibina guna dana awam, pemegang konsesi untung berganda
PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
“Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.
“Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.
“Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.
“Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan.
“PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan,” kata Rafizi.
Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu.
Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.
Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam.
Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.
ULASAN GB
Dasar Apartheid terbaru diperkenalkan oleh BN. Menteri di JPM dengan angkuh menyatakan "pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi".
Seolah-olah lebuhraya itu hanya untuk kegunaan orang yang ada kemampuan membayar tol, si kaya. Bagi si miskin, bagi yang tidak berkemampuan sila gunakan jalanraya alternatif!
Sedangkan lebuhraya itu dibina menggunakan wang rakyat sepertimana didedahkan oleh Rafizi Ramli:
“Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.
“Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.
“Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,”
8 ulasan:
ni la padahnya jika join umno...otak yg bergeliga satu masa dulu kini dah mula diselaputi karat...
kenakanlah tol biarlah berpada-pada
asalkan pengguna merasa selesa,kerana
hidup sementara,dibumi nyata ini ada-
lah had bersama.
maaf.
dari mahayuddinmohamedmat.
kuala lipis pahang,
17,12,2013.H
sang wahid ni semua orang dikalangan perbankan tahu akan 'ketamakan' & 'selfishness'nya yang teramat, disamping pentingkan diri & mahu kejar pangkat & kemewahan ! spesis beginilah yang sangat parti pandi kutti sekutu apco karat biru mahukan ! ABU !
Okey kita ramai ramai terima saranan Menteri ini dan jangan gunakan langsung TOL highway, sampai kompeni yang pegang konsesi itu bankrupt.Gua punya duit, lu punya highway.Lu boleh simpan lu punya highway.Aku rasa kuasa rakyat lagi powerful dari Menteri nih.....
PADAN MUKALLAH beri mandat lagi kepada pemiimpin LEEMBU dan juga B angkai N egara...terimalah BONUS MANDAT barang2 naik...jika ada harapan turun harga minyak tol
pendidikan percuma dn sebagainya dkatakan B angkrapkan N egara,jadi
jgn menyesal dgn ejekan LAINN KALILAH.
org kpg tertipu dgn BRIM500 djamin
cukup makan setahun..jika dibagi 365hari nk beli COLI seluar dalam rosmah pun tidak dapat
Bila semua barang, tambang, letrik dan tol naik, agak menghairankan jugak orang dan penyokong UMNO kad kampong dan Felda tu nampak selesa aje.Perhimpunan UMNO baru-baru ni tak seorang pun cakap pasal barang dan tambang naik malah ada bahalol sokong pulak bil letrik rumah Najib berbelanja jutaan ringgit.Tak seorang pun minta kerajaan jangan boros berbelanja malah depa berjamu-jamuan sementara mangsa banjir diPahang dan Trengganu kebuluran.Aneh sungguh spisis UMNO ni, benar-benar sudah diternak.
Yang problem jalan lama ialah kebanyakkan papan tanda yang saja di kelirukan supaya guna lebuhraya.Ini lah sifat yuhudi nak untung mengelirukan pengguna.Konsesi terlampau lama, cuba buat perjanjian setelah dapat dua kali ganda dari modal, konsesi pun habis jadi tol susah naik.Apa kan daya dapat kroni rasuah lingkup negara rakyat di tipu
ini semua pengundi sabah & sarawak punya pasal. disebabkan mereka, kita di semenanjung ni yg sengsara bayar tol. aku sarankan semua tol di semenanjung ni dipindahkan ke sabah & sarawak sebab merekalah penyokong kuat parti karat bn. sial lu
Catat Ulasan