Ayer Keroh - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.
Gambar: Lizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.
Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
ULASAN GB
Apabila nafsu syaitaniah telah mengawal diri, isteri yang masih bersuami dan suami yang masih beristeri sanggup melakukan perbuatan terkutuk, dan lebih mengaibkan sanggup pula memvideokan perlakuan keji tersebut.

9 ulasan:
Macam mana vidio seks derang ni boleh leaked? Kalau ikut hukum hudud, dah mati direjam.
Mesti lpas tu pakistan tu guna video tu untuk peras ugut dia...
banjir air setahun sekali banjir maksiat hari hari terjadi hukum Allah tetap tak mau di jalankan.
degil sungguh manusia ciptaan Allah ni rupenya.
Selagi hudud xdilaksanakn beginilah
Ini yg tertankap, yg tak tertangkap ramai lagi.Jadi satu trend dikalangan wanita Melayu khususnya dipusat-pusat pengajian tinggi punya kekasih Mat Gagak, Mat Bangra, Mat Pakistan, Mat Iran dan Mat Burma.Dikalangan pendatang Indon, bersekedudukan dengan Mat Bangra satu pekara lumayan.Ini membuktikan kejayaan kerajaan berselogankan 1 Malaysia dan Malaysia Boleh.
Nafsu 9 bergabung dgn 1 nafsu maka..... Paham2lah sendiri beb.
guru apa dia ni ya....?matapelajaran apa yg dia ajar di sekolah tu ya..?.hebat-hebat, guru zaman modenlah kata kan...lepas ni kena pecatlah dia tu agaknyalah ??......ditakuti terpengaruh murid-murid di sekolah tu nanti....harap-harap janganlah ada murid-murid yg terpengaruh
tuh lorh kerajaan yang mementingkan politik undi sana sini,minta sokong apa tapi dah dapat status yg di ingini tak peka langsung akan skeliling..maksiat ke banjir ke..rompaksana sini..uhhh dunia manusia yg hipo....
kasihan cikgu ni....dia diperdaya....semoga cikgu insaf dan bertaubat...Allah maha pengasih dan penyayang
Catat Ulasan