25 Nov 2013

Yang Menang Menangis, Yang Kalah Tersenyum Manis....

Indahnya ukhuwwah Fillah.
Yang menang menangis, yang kalah tersenyum manis..
-ayat oleh Hapizah Mamat

Mahfuz: Saya redha kalah Naib Presiden

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menerima keputusan Naib Presiden PAS yang gagal dipertahankannya dalam sesi pemilihan kali ini.

“Bertanding mesti ada kalah dan menang, tiada apa masalah samalah macam Menteri Besar Kedah (Mukhriz Mahathir) bertanding (Umno) tak menang juga.

“Jadi tiada masalah, saya masih lagi ahli parlimen kawasan Pokok Sena yang akan terus menggalas tanggungjawab untuk membawa misi parti dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Melawati di sini kelmarin.

Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya dua penggal berturut-turut sebelum ini apabila kalah tipis dengan penyandang, Datuk Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364). Beliau bagaimanapun menolak dakwaan proses kiraan semula undi kelmarin menyebabkan kekalahannya dan mahu semua pihak menghormati keputusan 1,086 perwakilan yang memilih.

Beliau turut menepis dakwaan kekalahannya itu ada kaitan dengan prestasi PAS di Kedah semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu dan menegaskan tidak adil jika beliau dihukum berdasarkan atas faktor tersebut.

“Saya tidak pasti perwakilan keliru atau tidak tapi apa pun bagi saya itu bukan persoalan kerana perwakilan telah buat keputusan dan ini harus dihormati semua pihak yang bertanding termasuk diri saya yang menerima keputusan itu dengan lapang dada,” katanya.

Tidak berkecil hati

Mahfuz juga dalam responnya tidak berkecil hati dengan keputusan Ketua Penerangan PAS Pusat sebelum ini, Tuan Ibrahim untuk bertanding Naib Presiden menyebabkan peluangnya menjadi sukar.

Sebaliknya, beliau berkata dirinya tidak berasa kecewa malah sudah bersedia dengan jangkaan tewas dalam pemilihan kali ini.

“Setiap kali saya bertanding dalam pemilihan parti atau PRU saya menyiapkan ritual diri untuk kalah.

“Sebab itu saya tidak rasa apa-apa sebab saya telah bersedia untuk tewas.

“Saya terima dan redha kerana semua itu adalah ketentuan Allah,” katanya yang pernah tiga kali tewas bertanding Naib Presiden sebelum ini.

Ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz berkata itu terpulang kepada Pusat untuk memutuskannya.

“Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti.

“Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja,” katanya. -FMT

Husam nangis kesal kerana mahfuz tewas

Husam menangis sebaik sahaja keputusan diumumkan dalam pemilihan Naib Presiden PAS dalam muktamar kali ke 45 yang berakhir kelmarin.

Mahfuz Omar yang duduk bersebelahan dengan Husam hanya tersenyum menerima berita kekalahannya kepada tiga calon pilihan perwakilan termasuk Husam.

Beliau memeluk bahu Husam bagi mententeramkan rakannya itu.

Terbaik daripada semua pemimpin PAS
sama ada yang menang mahupun yang kalah -waksukalu


ULASAN GB

Hanya di dalam PAS, Mahfuz yang kalah mententeramkan Husam yang menangis kerana menang...


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Mahfuz, anda ada tugas besar di Kedah. Tanpa jawatan di peringkat Pusat menjadi tanggung jawab anda untuk menyatukan kembali hati-hati para ahli Kedah yang berkecamuk kesan dari gaya pentadbiran PAS Kedah yang lalu.

Saf ahli-ahli PAS perlu dilurus dan dirapatkan kembali. Kerajaan Kedah perlu dirampas kembali. Turun ke peringkat bawah lihat masalah yang dihadapi di cawangan-cawangan, pulihkan apa yang perlu dipulih, ganti apa yang perlu diganti, namun jangan dipulih dan diganti apa yang tidak rosak atau apa yang telah elok dan molek.

Fahami punca masalah di peringkat ahli, maka anda akan tahu apa yang berlaku di Kedah.

Turun, turun dan turun ke bawah, jika anda benar-benar PAS Kedah kembali gagah.

Tanpa Nama berkata...

dalam pas, jawatan bukan untuk direbut tapi ia sebagai amanah,kalau ana pun dapat jawatan ana akan menanggis bukan sebab terlalu gembira tapi amanah yang bakal kita pegang,segan kerana allah akan memerhatikan kita kalau kita tak jalankan secara adil,tarbiah tu penting pemimpin yang zalim adalah pemimpin yang menghuni neraka.ini berlainan dlm umno,mereka sanggup bunuh kawan semata2 kerna jawatan,tuduh menuduh,tumbuk kerna ada penipuan dsb dah dapat jawatan fikir pasal pangkat dan wang pulak,dan perempuan ini budaya umno...kerna mereka memisahkan politik yakni kehidupan dengan islam...

gengster melayu alaf baru. berkata...

Dalam hiraki parti politik kdudukan seseorang untuk mnjana kkuatan atau untuk mngatur strategik amat perlu tapi dlm mnegakkan atau mletakkan islam d dpan dlm prjuangan semua ahli terlibat sama.
Bukan pngkat d kira d padang masyar tapi amalkan dan pngorbanan untuk mlihat agama islam d tmptkan dlm kdudukan yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada kedua2nya... Anda berdua sememang orang2 yg hebat..

Waris berkata...

Semoga puak-puak opotunis macam hasan ali dan nasharudin mat isa pupus dengan sendirinya dalam pas.

Tanpa Nama berkata...

Sokong Anon 9.43am.
Dato Mahfuz wajar dijadikan Pesuruhjaya Kedah untuk memulihkan situasi diKedah
agar Kedah dapat direbut kembali dari tangan BN.Peranan beliau selaku Pengerusi JK Induk semasa Kempen Sg.Limau terbukti berkesan dan membuahkan kemenangan.

cucu raja kafur berkata...

aduhai kepada tuan ibrahim,aku cuma nak ulang kata kata mak dara dalam filem IBU MERTUA KU....MENANGIS KONON'

Andre Irwan berkata...

Yang kalah tu rasa lega sebab dah lepas tanggung jawab berat.
Yang menang tu menangis sebab memikirkan tanggung jawab yang harus dipikulnya.
Hanya yang sedar akan azab Allah swt saja faham akan beratnya tanggung jawab ni. UMNO mana faham?

WarFitnah berkata...

DALAM UMNO,PANGKAT DAN JAWATAN ADALAH KEUTAMAAN, TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT TERUS MENERUS DIABAIKAN

DALAM UMNO,DUIT DAN RASUAH MENJADI KEBIASAAN (WAJIB)DALAM PARTI, AMANAH ALLAH LANGSUNG DIKETEPIKAN

DALAM UMNO,CACI MAKI MENJADI BAHASA IBUNDA SEHARIAN MEREKA, ZIKRULLAH PULA JADI ALAT TAYANGAN BUKANNYA AMALAN

TENTU KORANG BERTANYA, KENAPA AKU SEDEMIKIAN RUPA TENTANG UMNO, INI KERANA AKU ADALAH SALAH SEORANG AJK UMNO DI SELAYANG BARU (DULUNYA DIBAWAH DATUK SUBAHAN KAMAL) DAN AKU DAH FAHAM SANGAT2 DENGAN KARENAH DAN "PERMAINAN" DALAM UMNO INI. TUJUAN AKU MENJADI AJK DLM UMNO ADALAH UNTUK MENYUNTIK ROH ISLAM DIDALAM UMNO, TETAPI YANG NYATA SYAITAN JUGA YANG MENJADI KENALAN DIKALANGAN UMNO. NA'UZUBILLAH HIMINZALIK

zena arab berkata...

WarFitnah, Syukor kamu mendpt petunjuk Allah drp ratusan ribu ahli umno, tunjukan kesyukuran kamu dgn mengembalikan kawan2 mu yg tersesat itu.