Malaysia lebih sesuai menggunakan sistem ‘First past the post’ (FPTP) atau majoriti mudah bagi amalan demokrasi dalam pilihan raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, hanya sistem FPTP itu sesuai kerana Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum.
“Sistem ‘First past the post’ terbukti dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum sejak merdeka.
“Kerajaan belum bersedia untuk menerima sistem ‘Proportionate representation’ atau perwakilan berkadar yang mana mengambil kira undi popular kerana sistem sedia ada masih relevan untuk diamalkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia menerima cadangan jawatankuasa Pilihan Raya untuk mengkaji pelaksanaan sistem ‘Proportionate Representation’ bagi menggantikan sistem pilihan raya di Malaysia.
Bagaimanapun katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang membuat kajian sama ada ia dapat dilaksanakan atau tidak.
“Setakat ini, sistem ‘First past the post’ terbukti relevan dan kami merasakan sesuai kerana ia dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi.
Isu ini timbul susulan kejayaan PR meraih undi popular yang lebih besar berbanding BN pada PRU13 lalu.
Mengikut FPTP, satu parti atau gabungannya boleh membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih. -SH
ULASAN GB
Alasan yang memualkan diberikan oleh menteri di JPM di dalam mempertahankan sistem ‘First past the post’.
Yang sebenarnya UMNO BN tahu bahawa mereka sudah tidak layak menduduki tampuk pemerintahan negara dan tidak layak menghuni Putrajaya berdasarkan undi popular di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.
Kita tinjau kembali grafik keputusan PRU13 yang lalu:
3 ulasan:
Harap jentera PAS dapat memberi perhatian serius terhadap masyarakat FELDA.
Ini kerana undi dari FELDA menyumbang 57% daripada jumlah undi yang diterima oleh BN.
Kalau tidak, masakan kerajaan sangat menjaga keperluan golongan peneroka dan generasi baru FELDA.
Tolonglah dengar tips ni.
Benarr.agak sukar utk menembusi benteng akhir bn neh.sy dah bertemu dgn org kuat felda dikalangan peneroka.sdr mazlan alimin lbh tahu perkara ini.mereka memang sgt menentang cara kjaan baca isa samad kendalikan haq mereka dn tahu ia akan menyebabkan peneroka bakal kerugian.tetapi mereka tetap setia kpd umno atas dasar tak mahu menderhaka baca(feudal)mereka merasakan terhutang budi kpd umno.padahal mereka tanpa sedar terkhilaf or tertipu dgn propaganda umno.tidak tahu membezakan antara apa itu kerajaan dan apa otu parti politik.duit parti or duit rakyat.
Masalah ini terdapat pada generasi awal dn masih bertapak kukuh terutama golongan wanita yg hamya dpt maklumat dr peti tv shj.
Negara India pun dah guna undian cara electronic, negara kita pasal tahu sistem cop kari dan pangkah boleh menipu untuk kekal kuasa agar rahsia tipu dan rasuah tak pecah.Memang negara kita tak huru hara tapi stress kehidupan amat ketara.Jangan bandingkan negara Asean lain kecuali Brunei dan Singapore, pendapatan negara mereka terhad dan rakyat ramai.Mengapa pinjam berbillion billion hingga kan rakyat tersiksa, dan duit duit itu telah mengkayakan keroni keroni.
Catat Ulasan