Kenaikan gaji wakil rakyat Selangor permulaan Pakatan menjadi BN?
Apabila penggubal undang-undang membuat keputusan untuk memberikan ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan bayaran lebih tinggi, mesej apakah yang hendak disampaikan kepada pengundi, terutama selepas kerajaan negeri berjimat menggunakan wang sepanjang lima tahun lalu?
Negeri terkaya Malaysia, Selangor mempunyai banyak simpanan kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) begitu berhati-hati dalam menggunakan wang sejak mengambil alih kuasa pada Pilihan Raya Umum 2008. Cara beliau menguruskan ekonomi menyebabkan beliau berkuasa untuk penggal kedua dengan majoriti lebih besar.
Tetapi, tindakan Abdul Khalid menaikkan gaji dirinya, Exco, Speaker, Timbalan Speaker mengejutkan pengundi di Selangor dan partinya sendiri, PKR.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bermula tahun hadapan dengan Timbalan Speaker mendapat peratusan tertinggi iaitu 373.3%.
Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14175.15 kepadaRM29,250, exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250. Terdapat 44 Adun Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sementara Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 12 Adun.
Tindakan Abdul Khalid memberikan ganjaran kepada Adun bukan yang pertama dilakukan pada tahun ini. Sarawak membuat keputusan untuk menaikkan gaji Adun mereka sebanyak tiga kali ganda, menjadikan gaji Adun lebih tinggi daripada ahli Parlimen.
Di Singapura, beberapa tahun lalu Lee Kuan Yew membuat keputusan menaikkan gaji menteri sehingga berjuta dolar. Justifikasinya adalah gaji tinggi akan menarik bakat terbaik untuk menyertai politik dan mengekang rasuah.
Sedekad selepas itu, pemerintah PAP masih berlegar dalam isu gaji apabila anak kepada Lee, Lee Hsien Loong memotong gaji selepas pilihan raya lalu.
Faktanya adalah tiada siapa akan mempersoalkan kenaikan gaji penggubal undang-undang jika kadarnya berpatutan, bukan dengan kadar yang tidak masuk akal terutama apabila orang ramai masih mengharapkan wakil rakyat mereka memberikan khidmat tanpa memikirkan ganjaran wang.
Terutamanya lagi apabila mereka daripada parti pembangkang yang selama ini berkempen untuk tanggungjawab fiskal dan kewangan.
Abdul Khalid seharusnya ingat, ramai orang di negerinya bergelut untuk membayar hutang isi rumah dan sangat beruntung jika mendapat kenaikan gaji 10% setahun, kadar yang jauh lebih rendah daripada Adun Selangor.
Apatah lagi penyelarasan gaji penggubal undang-undang Selangor baru sahaja dilakukan pada 2011. Walaupun pengundi di Selangor mengembalikan mereka kepada kekuasaan, PR seharusnya ingat penyelarasan gaji itu mungkin akan mencederakan imej mereka, lebih daripada apa yang BN mampu lakukan.
BN cuba merampas kembali negeri perindustrian terbesar di Malaysia itu sejak kalah pada 2008 tetapi tidak berjaya.
Keputusan Abdul Khalid untuk memberikan ganjaran kepada penggubal undang-undang di Selangor mungkin menjadi permulaan untuk menunjukkan kepada pengundi bahawa PR tidak berbeza dengan BN dalam memberikan ganjaran kepada diri mereka sendiri selepas berjaya menunjukkan bagaimana beliau berjimat untuk negeri itu.
Seharusnya terdapat imbangan di antara orang ramai gembira dan penggubal undang-undang turut gembira. Memberikan ganjaran hanya kepada satu pihak tanpa memberikannya kepada satu pihak lain tidak menunjukkan keseimbangan.
Abdul Khalid seharusnya belajar daripada Singapura dan Sarawak tentang begaimana untuk menguruskan negeri tanpa hanya memberikan ganjaran hanya kepada rakan setugasnya. Atau beliau sendiri akan berdepan dengan pengundi yang mengharapkan sesuatu daripada wakil rakyat mereka.
Lagipun, beliau bukanlah menteri besar daripada Umno atau BN yang percaya hanya kepada cara mereka. Abdul Khalid boleh mendengar rintihan rakyat dan memberikan ganjaran kepada mereka, bukan hanya kenaikan gaji wakil rakyat. –TMI
ULASAN GB
GB sudah ulas semalam. Dan berdasarkan analisis dari Pengarang TM di atas, ia tidak jauh lari dari apa yang GB cadangkan semalam. Menurut tulisan di atas:
"Memberikan ganjaran hanya kepada satu pihak tanpa memberikannya kepada satu pihak lain tidak menunjukkan keseimbangan."
Itu sebab mengapa semalam GB tulis begini:
Bukan GB menentang kenaikan gaji itu, tetapi kenaikan itu biarlah berpada-pada. Separuh dari kenaikan tersebut sepatutnya disalurkan kepada rakyat di dalam bentuk peruntukan YB.
TS Khalid mengurus negeri sebagai seorang ahli korporat kerana beliau bekas seorang tokoh korporat yang berjaya. Beliau tidak pandai sangat berpolitik. Ini pernah diakuinya sendiri. Baca: MB Selangor akui kelemahan dalam politik, tubuh ‘political liaison’
Akibat dari itu, TS Khalid membandingkan gajinya dan rakan setugsa dengan gaji di pihak swasta sekalipun tindakan itu, tulis GB semalam amat merugi dan membahayakan Pakatan Rakyat secara umumnya:
langkah tersebut amat menyusahkan Pakatan Rakyat di tempat lain untuk mempertahankannya. Di saat kita menentang pembaziran dan belanja besar kerajaan UMNO BN di peringkat pusat dan negeri, tiba-tiba Selangor pula tidak dapat menjadi contoh yang baik di dalam apa yang kita sebutkan "belanja berhemah".
Impak kenaikan gaji bagi Selangor bukan terhadap negeri Selangor tetapi terhadap Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain.

17 ulasan:
Pendapat saya tentang kenaikan gai MB, Exco, Speaker dan DUN ni dari pandangan orang-orang yang gaji rendah, gaji sederhana dan gaji kurang tinggi seperti kita dari mereka akan mengatakan gaji YB-YB di atas memang terlalu tinggi. Peliknya, kenapa masa perbahasan oleh MB di sidang DUN berlangsung, tiada satu hujan penentangan pun dari ADUN-ADUN PR dan BN ini? Kenapa perlu melalak (bahas kasar) atau timbulkan isu (bahasa lembut) tidak puashati ini selepas perbahasan dibentang dan mendapat persetujuan 100% daripada semua ADUN sama ada PR atau BN? Kenapa tak bahas masa pembentangan dibuat? Sebagai rakyat yang bijak berfikir, kita jangan salahkan MB saja tapi salahkan semua ADUN yang tak puashati ini kerana tidak bersuara memberikan idea atau cadangan kepada MB yang menjurus kepada kepentingan rakyat. Jangan hanya tunjuk hebat di luar dewan DUN bercakap depan wartawan gaji MB lagi besar dari PM dan sebagainya sedangkan di dalam dewan DUN dia bisu. Bila dia bisu kita boleh kategorikan dia sama ada dia sebenarnya pun sokong dengan kenaikan gaji tersebut atau dia sokong dan dalam masa sama nak jadi hero (pelakon) depan rakyat. Bagi saya, perkara pun dah lulus, diharapkan MB, EXCO, SPEAKER dan YB ADUN gunakanlah gaji yang naik beratus ganda itu ke jalan yang baik dan bermanfaat untuk rakyat. Ingatlah, duit-duit tersebut sebahagian adalah dari hasil cukai rakyat. Jangan jadi YB yang kedekut dan jangan jadi YB yang buat keje part time melalui orang-orang bawahan yang tender kerajaan lalu mengharapkan komisen. Kepada YB-YB yang betul keras hati tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, saranan saya contohilah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz yang mengambil jumlah gajinya yang perlu sahaja dan memotong jumlah gaji yang tidak perlu itu kepada kerajaan. Sekian, cadangan saya. Berfikirlah dengan ilmu dan pengalaman. Bukan berfikir dengan nafsu dan perasaan..
GB,
kita sendiri yg pilih PR, naik gaji tuh bukan la benda apa mustahak awalaupun 300%, kos private jet yg di pakai oleh first ladytuh? cost jauh gila dibanding dengan kos kenaikan gaji 5 tahun, beb. 5 tahun beb!!... aku rase perpatutan kenaikan gaji tu... GB boleh stop buat liputan pasal gaji ini lagi??? bau macam utusan pulak ni..
full stop la abang GB. khalid adalah MB yg berkaliber. macam juge steve job pun gaji 600 million pasal berkaliber. mahal tapi... worth it..
Salam GB
Sekadar Cadangan untuk bantukan keperitan rakyat
"buat lah disc / potongan RM20.00 untuk Bil eletrik tiap2 bulan. Selangor pun dh maju...
" Masa sesuai untuk balas jasa rakyat"
Tkasih
mb selangor patut muhasabah rakyat sedang di zalimi olih BN/UMNO Dengan barang naik dan segala masaalah ciptaan UMNO,. bersabar lah dulu dgn keperluan sendiri, kita selesai masaalah rakyat lah dulu, lepas tu baru lah selesai masaalah pemimpin negeri, biar nampak kita tak tamak dan serakah. bolih di bincangkan lagi,tak payah lah terlalu menyegerakan yang tak penting, Demi PR kami masih bolih menyokong MB. Tetapi ingat masa PRU14 tak lama lagi jangan rakyat menghukum anda kembali.
Naik gaji tak ape....macam Singapore yang memberikan imbuhan tertinggi di kalangan pemimpin mereka. Tapi cukup setakat itu, jangan tedarah rasuah lagi.
Ini gaji PM Malaysia cuma RM 22,000 lebih sikit. Tedarah rasuah komisen kapal selam saja beratus juta...apo maknanyo tu...anjing-anjing BN menyalak bukan main kuat bila Khalid Ibrahim naikkan gaji ...yang ekau tedarah rasuah beratus juta tolopeh pandang!!!!
tak menjadi masalah langsung kenaikan gaji.... janji buat kerja bagus.. itu sajer..
ADUN manusia juge... kena makan juge, pembangkang.... bukan full time employee tuh... lepas 4 tahun mungkin tak di angkat sebagai wakil / kalah pru.
ko ingat... ADUN BN ker? byk contract belakang, part time belakang, pembantu kroni, so tak kisah langsung kenaikan tuh. nama nya rendah gaji menteri,,, tapi kalo tambah "part time"? aku rase syed moktar pun kalah...... white flag..
Saya sebagai penduduk Selangor yg menyokong kepimpinan sekarang tak kisah pun dengan kenaikan gaji pemimpin2 tersebut.Mereka mmg layak mendapat imbuhan seperti itu.Dah byk usaha yg mereka lakukan utk membantu rakyat Selangor sebagai memenuhi tanggungjawab mereka sbg wakil rakyat.Hargailah juga usaha mereka selama ini.
nak naik, naik lah...tapi pastikan dalam tempoh lima 4 tahun ni jangan ada benda spoil pegi kat rakyat. kalau tak memang jatuh ketangan BN balik lah jawabnya...aku bukan cakap pasal penyokong setia PR tapi 'pengundi atas pagar' mereka mereka ni lah penilai sebenar bukan penyokong BN atau PR K. so jangan lah nak selesa sgt dan aku mengharap sgt dipihak mereka yang naik gaji tu menjadi mereka mereka yang dermawan.. supaya kenaikan gaji mereka ada makna kat orang lain gak...
Apa nak susah hati...Lihatlah kejenya lepas nie. Kalau tak sepadan dengan gajinya. Kita kasi tuko ler. Demokrasi beb. Tapi aku rasa mb ni akan bekerja dan berbelanja dengan lebih baik.
Lagi satu dia ni bukan ada bini jenis bejoli sakan kat mana2 shopping complex... So, tentu dia akan belanja ke arah kebaikan...InsyaAllah.
saya sokong GB 100%
bukan kita tak setuju naik gaji macam dituduh oleh beberapa pengkomen bebal di sini, tetapi dari segi peratus kenaikannya itu dan kesan negatif kepada PR di negeri lain apabila Selangor tlh mengikut satil UMNO BN di dalam mentadbir negeri.
Elok MB buat pengumuman pakej merakyatkan ekonomi Selangor sebelum rakyat berpaling tadah PRU skan datang. Strategi MB kurang baik patut rakyat dulu baru barisan pemimpin. Ni mcm nak pulun duit rakyat dulu kemudian bagi rakyat sisa2. Jangan salah langkah buruk padahnya. Rakyat Selangor bukan bodoh2 ramai yang berilmu dan bijak2 belaka. Kami sentiasa memantau tingkahlaku pemimpin2 yg di pilih sebagai pentadbir. Bak kata orang tua2 "jaga tingkah laku - jangan belakangkan penyokong"..
Gaji tinggi servis ok tak dak rasuah dsb. Tak perlu bantah. Kalau tiap tahun baik mcm tu baru bantah.
Pendapat saya kenaikan gaji tu berpatutan. Kita rakyat biasa keje lbh kurang9-10 jam sehari, 5 or 6 hr seminggu.
Tp meraka keje + on call 24 jam n 7 hari seminggu. Berbaloi la dgn tanggungjawap mereka.
Kita kita lihat skop yg lebih luas.
Harap mereka lbih efisyen lg selepas ni.
Salam
Farid
Bagi aku ia setimpal dgn tugas dan tanggungjawab yg di pikul.Cuma pastikan khidmat utk rakyat terlaksana dgn penuh amanah.Jika ini dapat di laksanakan xd3 masalah bg aku.
Mungkin salah 1 kebaikan mereka ini bergaji tinggi adalah bertujuan untuk mengelakkan mereka 'gelap mata' kepada rasuah yg pasti kosnya akan beratus kali ganda atau lebih mungkin terhadap kerajaan Selangor.
Tahniah Selangor..... Negeri berpendapatan tinggi, Lebih baik drpd Negara berpendapatan Tinggi nk naik gaji kami RM1100 pn takut negara bangkrap..... Tahniah MB Selangor dah tumbuk rusuk PM Malaysia.... Gentleman bukan pukul curi punya.... TERBAIK.........
Pilih gaji banyak atau rasuah secara gelap, Dah umno tak boleh bagi, nak sibok apa? Dalam sejarah negeri Selangor yang paling tinggi lebihan wang.Tahniah MB TS Khalid moga Allah SWT melimpahi lagi rezeki dan panjang umur.Contohi Singapore gaji pemimpin besar, kalau rasuah kena buang dan masuk penjara. Jangan ikut umno kalau rasuah, pemimpin melindungi mereka kerana takut rahsia terbongkar.
Catat Ulasan