27 Nov 2013

[BERITA BAIK] Wan Ahmad SPR Bersara Wajib Esok, "Bersara Kekal" Akan Tiba.


T/>imbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kan bersara wajib bermula esok setelah berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang anggota SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.

Beliau berkata Wan Ahmad memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi itu sejak 17 Disember 2004 dan beliau bertanggungjawab selaku pengerusi Jawatankuasa Panel Penerbitan, Pendidikan Pengundi, Latihan, Penerangan dan Komunikasi SPR.

"Beliau juga telah membantu SPR mengetuai beberapa pasukan kerja dalam SPR untuk mengkaji penambahbaikan SPR dan urusan pilihan raya di negara ini," katanya.

Beliau berkata pasukan kerja tersebut menjalankan tugasan termasuk mengkaji struktur organisasi dan fungsi SPR; mengkaji bagi memperkasakan Akademi Pilihan Raya SPR; mengkaji penambahbaikan sistem dan proses pelantikan SPR; dan beberapa pasukan kerja lain mengikut perkara-perkara yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC).

Abdul Aziz berkata sepanjang 16 tahun, Wan Ahmad terlibat dalam empat pilihan raya umum negara (1999, 2004, 2008 dan 2013); 42 pilihan raya kecil (dari 1998-2013) dan tiga urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak iaitu pada 1990 dan 2003 (bagi Semenanjung dan Sabah) dan persempadanan semula Sarawak pada 2005.

Selain menghadiri seminar demokrasi dan pilihan raya peringkat antarabangsa, Wan Ahmad juga pernah mewakili SPR mengetuai beberapa delegasi sebagai pemerhati pilihan raya umum di 19 buah negara antaranya United Kingdom, Australia, Jerman, Afrika Selatan, Bosnia, India, Uzbekistan, Kazakhstan, Indonesia, Thailand dan Filipina. - Bernama,

ULASAN GB

Enggan meletak jawatan walaupun sudah diminta oleh rakyat berkali-kali. Lalu berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan yang tidak boleh dielak. Perlu bersara wajib.

Sesiapa pun tidak akan berupaya untuk melawan hukum berkenaan. Katakanlah Najib masih mahu mengekalkan Wan Ahmad selaku Timbalan Pengerusi SPR. Tetapi Najib sendiri tidak boleh melawan hukum Tuhan, hukum kebenaran dan keadilan. Paling tidak pun jika ungkapan "bersara wajib" itu dipadamkan untuk jawatan-jawatam di dalam SPR supaya penipuan dapat berjalan terus, mereka tidak akan dapat melawan mati... tolaklah kematian jika kamu mampu...."Persaraan kekal" tetap akan tiba juga. "Kullunnafsin za'iqatul-maut" (Setiap jiwa pasti mati").

Akhirnya kebenaran itu akan terserlah juga...

GB rasa, kes Wan Ahmad tidak mudah dilupakan dan dimaafkan oleh ramai rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Barua ini akan diberi imbuhan yang lumayan oleh Najib kerana membantunya mengekalkan kuasa di Putrajaya.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Barua ini juga akan mnerima imbuhan d alam kubur dan d padang masyar..

Tanpa Nama berkata...

lepas bersara bolehlah join Perkasa

Tanpa Nama berkata...

tunggulah wan, lepas ko bersara nanti ko akan tgk kawan2 sekeliling yg ada mula menjauhkan diri. ko dh bersara, kuasa pun tarak. everybody curse on you bro...

Tanpa Nama berkata...

Well baguslah manusia durjana ini bersara dahulu sebelum allah s.w.t. kasih bersara u dahulu kedalam kubur. Lu banyak - banyak bertaubat sebelum tibanya persaraan wajib dari kerajaan allah s.w.t kerana kalau tiba sudah masa persaraan dari allah s.w.t. u nak patah balik sudah tidak boleh lagi.

Ramai manusia yg menyesal dan minta allah s.w.t. hidupkannya semula tapi allah tidak membenarkan. Benda ini ada dinyatakan dalam al - quran. So rajin - rajin baca dan fahami serta amalkan (kalau baca shj tiada gunanya beb).

Tanpa Nama berkata...

Malaun ni akan digantikan oleh malaun baru.Tak caya? Tunggu!

Yazid berkata...

eloklah hidup sendiri...jgan dibawah ketiak busok taukey...kinieloklah taubat sblum allah keluarkan bersara wajib dari dunia ni....,taubatlah

Yazid berkata...

tahniah bersara wajib dari bawah ketiak busok taukey...dan taubatlah seblum allah keluarkan bersara wajib dari bumi ni

Tanpa Nama berkata...

Semoga BUMI MALAYSIA TAK TERIMA MAYAT BARUA@LAHANAT NI BILA DIA MAMPOS.AMIN

Tanpa Nama berkata...

Janganlah dok kutuk dia. Dia munglkin sudah menjalankan tugas dengan baik yg kita tak mampu lakukan. Kita patut beretrimakasih padanya dan patut berdoa semoga diberi kesihatan yg baik padanya. Semoga penggantinya akan lebih baik dan beretika.

Tanpa Nama berkata...

Wan, ada "sesuatu" sedang menunggu kamu di dalam kubur dan akhirat nanti!! Tunggu dan rasakanlah!!

Tanpa Nama berkata...

Tiada maaf bagimu wan ahmad. Kini kau akan meneruskan sisa2 baki umurmu sblm mati. Tetapi percayalah, kehidupanmu slps ini cukup sukar dan tersiksa.

Tanpa Nama berkata...

APA BAIKNYA berita ini?
SATU pergi SEPULUH MARI.....
PUAK PENIPU PEMBOHONG PENGKHIANAT INI MEMPUNYAI STOKPILE orang seperti ini MENCUKUPI UNTUK MEREKA Tersu memperkuda rakyat utnuk dua atau tiga PRU lagi.

TUGAS KITA...... SEDARKAN RAKYAT KAMPUNG, MELAYU FELDA DAN JELATA PENDALAMAN yang telah dibuta, tulikan oleh Brim dan kain pelekat.....

Unknown berkata...

Amanah dn kuasa adalah diantara yg akan disoal di akhirat nanti yg.pasti xterjawb.walau dah tau hukum,tapi manusia masih kena tipu oleh iblis dn jadilah kebanyakan manusia itu selalu tertipu.En.Wan....tunggu......

Unknown berkata...

Bersara kemudian berTAUBAT NASUHA pun apa guna? Ingat apa dia buat semasa kerja dgn spr bukan cuma antara dia dengan Allah, tapi antara dia, Allah dan manusia yg dianiaya. Dosa kita dengan manusia, cuma manusia yg boleh ampunkan. So bersara, bertaubat nasuha dan BETULKAN KESILAPAN YG DIA BUAT DAN ORANG SPR BUAT barulah tepat. Haktui

Tanpa Nama berkata...

kita tggu 5 tahun lg..lahanat ini pasti akan dedahkan segala penipuan spr apabila dah mula sakit...kubur sudah panggil...malaikat maut dah hampir...masa tu...segala penipuan spr akan terbongkar....kah kah kah..kita tunggu dan lihat...

Tanpa Nama berkata...

" Sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir juga benar , siksa dalam kubur juga benar ........... dan besara wajib juga benar ..." apa lagi wan ahmad , tunggulah saat seluruh rakyat malaysia mahukan pahala2 kamu semasa hidup didunia dahulu .............

Tanpa Nama berkata...

Mampos lagi baik daripada hidup menyusahkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

SPR sepatutnya bebas 100%,menyediakan pentas yang sama adil,tidak boleh menggunakan kemudahan kerajaan lama,media masa PRU mesti beri masa sama adil dalam memberi peluang pada parti bertanding menerang tawaran parti,persempadanan yang adil dan realistik.
Apa jua akibat dan kesan yang diterima rakyat marhaen dari kemenangan bacul dan penipu termasuk kenaikan harga,lambakan pendatang jadi pengundi dan pelbagai kesan lagi seperti jenayah dan bunuh sahamnya pasti di bawa bersama dan mesti sanggup menanggung sebsb sanggup bersekongkol.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku..... tiada maaf bagimu. Kita jumpa di mahkamah Allah di akhirat nanti.