6 Okt 2013

[VIDEO] Zahid Perlu Buktikan Wartawan Putarbelit, Bukan Mengherdik Mereka


Berhenti ganggu wartawan kami, kata Malaysiakini

Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."

Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.

Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.

Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.

Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.

Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.

Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.

Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.

"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya. -mk


ULASAN GB

Hairan kita, seorang menteri kabinet boleh sesuka hati mengherdik rakyat. Perangai samseng masih dikekalkannya sekalipun sudah menjadi menteri.

Bukankah sepatutnya jika beliau merasakan portal malaysiakini memutarbelitkan kata-katanya atau melakukan fitnah terhadapnya maka belia sepatutnya memngambil tindakan mahkamah? Ini yand dikatakan "onduct unbecoming a minister". Orang sebeginikah yang UMNO nak kekalkan sebagai Naib Presiden? Jika UMNO nak cepat hancur, kekalkanlah!

Sebenarnya selama ini yang memutarbelit dan memfitnah BUKAN portal-portal dalam talian seperti malaysiakini, themalaysianinsider, freemalaysiatoday, harakahdaily dan seumpamanya. tetapi yang jelas dan nyata, melalui kes-kes yang diputuskan di mahkamah, yang banyak memutarbelit dan memfitnah tidak lain dari akhbar arus perdana terutama UTUSAN.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak bersalah jangan herdik dan menghina orang mr. Zahid. Kalau kau buat begitu maka anda secara automatic mengaku bersalah (Memang kau bersalah pun) keatas kes audit kehilangan asset dalam PDRM.

HANYA BUDAK UMUR 3 TAHUN AKAN MENGELABAH APABILA BERSALAH DAN DITANYA OLEH ORANG. SO MR. ZAHID UMURMU DAH TUA TAKKAN NAK BUAT PERANGAI MACAM BUDAK - BUDAK???? MALU OIII.

Amuraria berkata...

spesis samseng & angkuh daa ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

Ini lah spesis melayu UMngok laknat celaka yg tak sedor diri.dilantik olih mangkuk2 pengundi bagan datoh utk jadi menteri tapi SOMBONG bukan main.nasib baik tak MAMPUIH JATUH DRI HELIKOPTER ari tu.langsung tak tau nak BERSYUKUR PD ALLAH S.W.T.jatuh dari HHELIKOPTER KALI KEDUA PASTI MAMPUIH TERKANGKANG.ALLAH SWT MAHA PENGASIH MASIH BGI PELUANG KAT MAMAT LAKNAT NI HIDUP

Tanpa Nama berkata...

Ini lah spesis melayu Umngok Laknat yg tak sedor diri.dah dipilih jadi menteri SOMBONG BODOH PLAK TU.NASIB TAK MAMPUIH JATU DRI HELIKOPTER HARI TU.ALLAH S.W.T MAHA KAYA MASIH BGI PELUANG KAT DIA HIDUP.KALI KEDUA AKU PASTI DIA NI MAMPUIH.JATUH MOTOR KA JATUH HELI KA.HANYA ALLAH SWT YG TAU,SELAGI DIA NI TAK SEDOR DIRI.

Tanpa Nama berkata...

hore...hore...conoknya aku bila menteri camtu.hidup zahid.

Andre Irwan berkata...

Khutbah Jumaat yang baru lepas baru berbincang pasal sombong dan takbur. Diingatkan pada manusia bahawa sombong ini amat dibenci Allah swt. Sedarlah diri bahawa manusia ini berasal dari tanah, lepas itu diadakan melalui setitik air mani dan keluar pulak melalui dua lubang najis ibu kita. Lepas itu "barangan" yang dilepaskan dari badan kita semuanya berbau busuk belaka. Jadi apa perlu kita berlagak sombong sedangkan Allah swt mengingatkan kita selalu. Jadi manusia yang sombong (macam Zahidi) serupa dan setaraf dengan TAHI aja yang keluarkan dari lubang dubur dan AIR KENCING yang keluar dari lubang kemaluan.
Kuasa sudah menjadi manusia UMNO sombong dan bongkak. Satu lagi contoh ialah di Kedah, MBnya juga sombong juga. Kalau nak tahu, mai la kat kedah atau jom pi Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Dia ni konon bersekolah berasaskan agama, SIS Ipoh, tapi sahsiah dan budi bahasa budak sekolah Henry Gurney lagi baik.......
Samsengnya ya amat.....
Jakalah budi pekerti dan tatabahasa kalau tak mencerminkan Islam pun cerminkan peradaban Melayu...
Busuk punya orang

Tanpa Nama berkata...

Sombong dan angkoh pakaian orang-orang besar UMNO.Falsafah hidup mereka "Dunia ana yang punya".

Tanpa Nama berkata...

Tak sangka slps tgk video lagak zahid nmpak tak profesional.Fikir 2 kali nk undi lu bro.kita perlu tegas but humble like mahathir.