Pakatan gesa Petronas turut diaudit
Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu.
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit.
"Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini.
"Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan,” katanya.
Nga turut menuntut supaya laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan semalam dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi melihat perbelanjaan Petronas.
Sebanyak 40 peratus keuntungan Petronas adalah sumber kewangan negara.
"Kita mengesyorkan Ketua Audit Negara yang dilantik Yang DiPertuan Agong, dibenarkan untuk audit dan laporan audit terhadap Petronas patut diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk dibahas.
"Tetapi Akta sekarang ini hanya membenarkan seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet tidak dibenarkan untuk akses kepada akaun (Petronas).
"Ini tidak lagi menepati keperluan kepentingan negara kita dan juga rakyat," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis berkata, Petronas membayar RM732 billion kepada kerajaan Malaysia di bawah empat kategori.
Daripada jumlah itu, ia diperolehi daripada Dividen syarikat berjumlah RM278 billion, keuntungan petroleum RM24 billion, cukai pendapatan RM310 billion dan duti eksport RM20 billion.
"Jumlahnya RM732 bilion, ini adalah lebih besar daripada hutang negara, dibayar kepada kerajaan, tetapi oleh kerana Akta Kemajuan Pertoleum 1974, rakyat sebagai pembayar cukai tidak dapat tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit ini dan bagaimana keadaan kewangan sebenar syarikat petroleum negara ini.
"Kami ingin mengesyorkan supaya kerajaan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 3 dan 5 supaya ia selaras dengan ketelusan," katanya. -TMI

8 ulasan:
petronas harta peribadi, pasai apa nak kena audit pulak.
Dah nampak belum kerja Lanun selama ni? Dah jelas. Tak kenal Mahathir lagi? Itu sebab dia bermati-matian nak jadi Pengerusi Petronas sehingga hari ini. Petronas dah jadi harta "Meelayu" ni.
732 bilion ...... maknanya Malaysia tak patut berhutang pun. Ha .. Ha .. Ha .. Semua rakyat Malaysia tertipu oleh pemimpin BN terutama yang pernah dan masih menjadi PM. Hasil petronas + Hutang Negara = (732 + 534) bilion = 1266 bilion lesap .... tiris. Tapi aku tak hairan sebab dalam jabatan POLIS pun, pistol etc boleh hilang. Depa nak repot kat siapa pulak tu ???? Harapkan Zahid. mulut penuh dengan bau petai aja. Kuat mohong dia ni. Dulu, kini dan selamanya. Phd yang dia dapat tu atas mohong juga kot. Nama tesis "Bagaimana dan Caranya Mohong walaupun orang tahu".
Petronas ke...bukit ke...gunung ke....kwsp ke....semua umno punya. Negara ini kan hak milik umno dan kepunyaan mak bapak pemimpin umno...!!! Nak audit buat apa...ye tak??? kah kah kah
Kalau ada bran, sangat dialu-alukan... semua orang yang keje kerajaan terutama yang IKAN BILIS, kalau kene audit.. hilang paku sebatang pun disuruh cari sampai ke lubang cacing...
Tan Sri Ambrin Buang, I salute you kerana dengan beraninya mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan yang ditakbir parti munafik UMNO.
But jangan sampai i tarik hormat i kepada you hanya kerana lu tak berani nak audit PETRONAS.
DR. M ITU MANUSIA MACAM KITA JUGA BUKANNYA DEWA MAHUPUN NABI TAPI MALANGNYA ORANG BERAGAMA MELAYU UMNO ANGGAP DIA MACAM NABI SEBAB ITU SAMPAI SEKARANG TAK ADA AUDIT KEASTAS PETRONAS.
Itu lah jadinya kepada negara apabila dibiarkan diurus oleh golongan2 munafik!! Satu untuk engkau, satu untuk aku...dua untuk Rosmah...!! Maka gelak gempitalah mangkuk2 hayun menteri2 UMNO haramjadah tak kering gusi kerana dapat memperlahapkan wang Petronas!!! Sapa yg tahu ke mana dibelanjakan!!?? Puak2 ni tak yakin akan soal mukar nakir di kubur dan siksaan neraka...dah malas nak suruh mangkuk2 ni buka alquran untuk tengok pembalasan hari akhirat!!Dasar MUNAFIK yg kejam dan zalim!!
Sekarang buka lah mata rakyat, duit kita dari petronas di rompak oleh Mahathir and the gang. Mengapa utang sekarang lebih 800 billion.Nak sedap hati rakyat bagi BRIM walau pun hutang mengunung lepas tu naik harga minyak.Menteri era Mahathir banyak dah jadi billionaire di sebab kan rasuah. Lihat repot audit terbaru.
Letak jawatan Pengerusi sekarang juga. Buat tol PLUS dah dua kali keuntungan dari modal, tapi tol tak kurang, kerna kroni kroni nak saham untung lebih pada hal mereka dah kaya raya.Mengapa beri bekas menteri dan menteri share banyak banyak dan keuntungan syarikat mereka sapu. Mengapa rakyat Malaysia tak buka mata sebab itu negara utang berbillion billion.
Catat Ulasan