Kaherah - Mesir: Kumpulan penyokong Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Mursi buat pertama kalinya berhimpun di Dataran Tahrir, kelmarin.
Dataran Tahrir yang sebelum ini merupakan kawasan kubu kuat anti Mursi itu dikatakan lengang sejak tentera mengisytiharkan rampasan kuasa pada 3 Julai lalu.
Media melaporkan, pada malam kelmarin, dataran itu dipenuhi ribuan penyokong Mursi sambil melaungkan “turun segera pemerintahan tentera!”.
Perhimpunan disertai penyokong Mursi, penduduk tempatan dan penjaja itu juga dikatakan bertempur dengan anggota keselamatan.
Wartawan Al Jazeera di Kaherah berkata, bantahan yang dilakukan di dataran terbabit adalah simbolik penting kerana sebelum ini mereka tidak pernah ke kawasan terbabit.
“Sebelum ini, dataran itu dipenuhi penyokong Tamarod. Kini, kawasan menjadi tumpuan seluruh rakyat Mesir tidak kira penyokong atau pembangkang Mursi. Mereka ke sini bersepakat menolak pemerintahan tentera,” katanya.
Perhimpunan itu dilakukan selepas ketua tentera Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan kerajaan sementara supaya segera membentuk kerajaan bagi memulihkan kestabilan.
3 ulasan:
Satu lagi mimpi ngeri kepada kaum munafik, USA dan Yahudi Laknatullah. Satu mimpi indah kepada pejuang -pejuang Islam.
Ikhwanul Muslimin akan sentiasa ada dan sentiasa menjadi mimpi ngeri kaum munafik, USA dan Yahudi Laknatullah.
Tolong pesan kat Tukar Tiub pi L@#c%u.... dgn dia punya Tamarod
jangan lupa spesis macam balaci usa, zionis juga munafik berlambak di negara malaysia ! ABU jangan lupa !
Catat Ulasan