2 Okt 2013

[MALAYSIA BOLEH] Aset Polis Pun Boleh Hilang!


PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta

Laporan Ketua Audit Negara semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset melibatkan kerugian bernilai RM1.33 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012.

Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit.


Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset.

Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset.

Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali.

Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.

"Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan.

"Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen.

Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja.

ULASAN GB

Menghairankan.

Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri?

Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan.

Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat!

14 ulasan:

Amuraria berkata...

akibat bila kepala haprak tak bertanggungjawab menyauk & merembat bila dapat peluang ! ABU jangan lupa untuk tapis segala malaun & iblis dalam 'gomen' !

Tanpa Nama berkata...

INI SALAH SATU SIRI CALON LAWAK JENAKA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN PERINGKAT NEGERI.MARI LAH RAMAI RAMAI KITA KETAWA KAKKKAKKAKKAKKKAKKAKAK

otaistillkick berkata...

(adakah kita sudah berjaya )

Berbagai kaum sudah berikrar
Menjunjung cita-cita

Satu bangsa satu bahasa
Malaysia berjaya!
Malaysia Berjaya Lirik Minus One

http://www.youtube.com/attribution_link?u=%2Fwatch%3Fv%3D4JUBOpCH2dw%26feature%3Dshare&a=vPwWoe9lDe4fEnFsIcjmJA

gengster melayu alaf baru. berkata...

Klau tak d buat penambahbaikan dlm pengurusan aset tak mustahil balai polis akan turut hilang..

tai lung berkata...

Itu shark sudah tarik itu keta. Malik sudah masuk penjara ma.

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini siapa siapa yg hilang kereta dsb tk payah buat report takut nanti hilang dua kali. Cari sendiri. Malaysia Boleh ENDLESS POSSIBILITIES

Tanpa Nama berkata...

Apa nak pelik sangat, bukan setakat senjata peralatan dah dilapurkan hilang sejak dahulu, bahkan bahan bukti dadah, banduan dalam iringan pun boleh hilang semasa dalam jagaan polis.

Tanpa Nama berkata...

setiap kumpulan adalah bergantung kpd ketuanya. jadi kpn sila muhasabah diri kerana anda adalah ketua mereka. rajin rajinlah baca al quraan dan ambillah petunjuk darinya sebagai pegangan anda untuk menjadi ketua yg diredhai Allah.

Tanpa Nama berkata...

sebagai ketua, kpn kena muhasabah diri dgn mengambil alquraan sebagai panduan untuk menjadi ketua yg diredhai Allah. ribuan anggota bawahan akan menjadi pengukur samada seseorang ketua itu baik atau sebaliknya.

BaDiN berkata...

Tak mustahil Rakyat Akan Hilang Akal untuk Menghilangkan Kuasa pemerintahan sang penguasa,Sudah banyak teguran yang dilontarkan Ketua Odit Negara pada setiap tahun TETAPI perlakuan jenayah ini terus terusan berlaku.Akan dipecat atau dibuang kerja serta diturunkan pangkat dan gaji kalau didapati seseorang pekerja melakukan perkara yang menyalahi peraturan undang undang syarikat dan negara.Apakah sang Penguasa Pentadbir Negara kebal dari Undang Undang yang diluluskannya DAN diperkenankan Yg Dipertuan Agong.Rakyat disuruh berjimat cermat Sedangkan Pemborosan,Pembaziran,Penyelewengan dalam kerajaan tiada penyudahnya.Apa Peranan Ketua Negara dalam menjaga aset negara,aset rakyat dari sikap tidak beramanah sang Penguasa/Kerajaan Adakah Ketua tersebut takut kehilangan gaji,elaun,sumber kewangan untuk memberi teguran KERAS LAGI PADU KEPADA KERAJAAN YANG DINAUNGINYA Tidak Malukah Baginda mempunyai Kerajaan begini.TAKUT KERANA SALAH,BERANI KERANA BENAR,wahai Tuanku dengarlah keluhan Rakyat Mu Ini.Kembalilah Kepada AlQuran serta peraturan NYA untuk mencegah perlakuan Jenayah Terancang Ini.Apakah Peranan Sebenar Yang Diamanahkan Kepada kamu Wahai Tuanku Tuanku .

Tanpa Nama berkata...

Kalau 29 buah kenderaan boleh hilang, kemunkinan satu hari Bukit Aman pun boleh hilang lesap.

Tanpa Nama berkata...

punca utama hilang kerana pengawai lambat hantar report. Isu boleh selesai punya kalau kerajaan dengan baik buka peluang pekerjaan kepada mahasiswa. Insyaallah selesai barang hilang boleh dikurangkan kerana pegawai polis berkelulusan yang menjaga asset polis.

Tapi peluang pekerjaan tidak dibuka dan tiadalah orang akan uruskan kehilang harta tersebut sebab takut sangat nak sumbat orang berkelulusan tinggi ke dalam PDRM. maklumlah takut UNDI POS tidak memihak UMNO kalau ada orang berkelulusan dalam PDRM. Biasalah tu UMNOlah katakan.

Tanpa Nama berkata...

Haahaa... Menteri kata asset x hilang dan tiada seleweng dlm pdrm dan penjelasan kpd Ketua Audit Negara..tapi x sempat masuk..???@$#@?
Apelah punya thuur...!!!
Jawapab yg paling dangkal dan sengal dpd mulut menteri low class. Kalau nak menipu ke bohong cerdik lah sikit. IQ ZERO betul!!!!! Jahanamlah Negara ku yg mempunyai menteri2 mcm ni... ya Ampun!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Ini lah cerita sebenar, barang tak sampai tapi invoice sign, duit masuk kocek.Ini berlaku di era pemerintah yang mencuri, merompak dan fitnah.Begitu juga engin jet yang hilang dan operandi sama, selagi BE ENd perintah selagi itu penyelewengan bermaharajalela.Cuba lihat lantik CEO semua bekas perompak, perogol, perasuah dan pembodek , mana nak bersih.