Dua Calon PMR Ditahan Kes Bunuh Pekerja Kilang Kayu
KUALA TERENGGANU: Polis yakin dapat menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang kayu di Marang Selasa lepas apabila menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Marang pada malam kejadian.
Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu daripada seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan itu.
"Dengan tertangkapnya kesemua suspek dan penemuan senjata ini, kami percaya kes itu dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, polis juga membenarkan dua pelajar tingkatan tiga yang turut ditahan itu menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Dalam kejadian 8.30 malam Selasa lepas, seorang lelaki berusia 20 tahun mati ditikam dalam pergaduhan di Kampung Bukit Parit Marang, dipercayai berpunca daripada masalah berebut teman wanita.
Manoharan berkata polis juga telah mengenal pasti wanita berkenaan dan akan memanggil wanita itu bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Manoharan berkata polis menemui beberapa petunjuk positif dalam kes pembunuhan pemilik kedai perabot di Kampung Padang Nenas di sini Sabtu lepas.
"Berdasarkan tikaman di badan mangsa, kami yakin kes itu bukan berunsur samun semata-mata," katanya sambil memberitahu bahawa gerakan memburu suspek giat dijalankan.
Sabtu lepas, seorang pemilik kedai perabot rakyat Pakistan ditemui mati dengan 17 tikaman di bahagian depan dan belakang badan, leher, kepala dan tangan selain terdapat 14 kesan kecederaan disebabkan senjata tajam. -Bernama

Calon PMR ambil periksa dalam wad selepas bersalin
KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.
Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.
Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.
"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.
"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.
"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.
Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu. -SH
4 ulasan:
dalam hidup ini ada kejadian menyenangkan dan ada kejadian menyedihkan, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com
Banyak kes remaja terpedaya, diperdaya, termakan pujuk rayu, dipujuk rayu ....
Mohon menteri2 di kementerian2 berkaitan mengarahkn pegawai2 di Bahagian2 masing2 yg berkenaan membangunkn kurikulum persekolahan tentang ilmu mengelak remaja drp terjerumus dlm situasi boleh diperdaya dan dipujuk rayu...topik ini masukkan dalam subjek bm, bi, pend islam etc...
Naudzubillah..
Semuanya bermula dari rumah. Ayah/suami perlu ada ilmu agama dan mendidik anak serta isteri. Punca rezeki juga perlulah yg halal..
Statistik terbaru dari JKM, hampir 500,000 anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Malaysia..

Catat Ulasan