10 Sep 2013

Artis Rogol Anak Tiri: Di Penjara 20 Tahun, 10 Kali Sebatan


Kajang: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya lapor Sinar Harian.

Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012.

Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai.

Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

“Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya.

Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan.

Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman.

“Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

“Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang,” kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan.

Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000.

Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -SH

BERITA SEBELUM INI


[Hiburan] Bekas Anggota Ruffedge Didakwa Di Mahkamah Kerana Rogol Anak Tiri


Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu. Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad. Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.


Kenapa ramai orang tidak ingat siapa dia ni? Dia menyertai kumpulan Ruffedge semasa kumpulan itu sudah tidak berapa popular. Ahli asal kumpulan Ruffedge adalah Azan, Cat, Zain, Amer dan Mode. Jadi lelaki ini bukanlah antara kelima-lima yang kami sebuatkan tadi. Apabila Cat, Amer dan Mode keluar dari kumpulan Ruffedge, barulah lelaki ini dan Nine ( bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz ) masuk.

Kumpulan asal Ruffedge

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa. Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya. Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa. Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.

Kes ini sudah lama berlaku dan kalau anda semua masih ingat lagi, website Rotikaya hampir disaman gara-gara menuduh silap orang kerana kes ini. Khabarnya di laman Facebook, anak tertuduh memang mempunyai simptom trauma dirogol seperti suka memakai baju berlapis-lapis dan dia sendiri pergi ke balai polis untuk membuat aduan kerana bimbang adik perempuannya pula bakal menjadi mangsa kerakusan bapa tirinya itu.

Pengajaran untuk ibu khasnya, jangan sesekali meninggalkan anak-anak macam itu saja walaupun anak perempuan ditinggal dengan adik beradik lelaki. Itu harus juga dipantau kerana ada anak-anak ini kalau terjadi apa-apa, dia malu atau takut nak bagitahu ibubapa. Cari kawan-kawan, guru, jiran untuk bertanya mengenai hal anak-anak kita. Jangan mudah percayakan orang pada zaman sekarang ini.
-wanista

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Keanapa tutp muka?,
Kan dah sabit kesalahan.....
Ish ish sembunyi penjenayah.......

Unknown berkata...

orang gila..

Anti Perogol - berkata...

anti perogol.

Hm sapa nama perogol ni. bukak la gambar dia. kalau ada kes libatkan org awam. walaupun blom sabit kesalahan .habis nama semua dibongkar. gambar semua disebar..

hnya sebut bekas artis? apa benda la. sekongkol dengan perogol. akhbar, berita sume tutup.. emm..

Tanpa Nama berkata...

Aikkk.... Orang Melayu lagi ? Kechik Kechik mesti ada masuk kelas agama kan....apa sudah jadi.

Buat malu bangsa Melayu aje....

Tanpa Nama berkata...

Itu sahajakah hukuman yang boleh buat??? Hukuman tersebut tidak menepati syarat hukum hudud dan semestinya Artis durjuna harus direjam sampai mati memandangkan ada saksi dalam kes tersebut.

Perogol tak akan takut dengan hukuman ini dan i jamin bilangan perongol akan bertambah lagi selagi hukum hudud tidak dilaksanakan.

PS: Remember hukum hudud hanya dilaksanakan kepada mereka yang beragama Islam SAHAJA termasuklah Munafik yang mengaku dirinya Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tu la contoh jika orang Melayu telah jauh dari ajaran dan perjuangan Islam.Lain la kalau perjuangan bangsa, akhirnya bangsa akan makan bangsa sendiri.

Antirogol berkata...

Saya amat bersimpati dengan mangsa. Tentu trauma yang amat sangat. Moga pihak yang ada autority penuh, dapat membantu mangsa..........

muhsen berkata...

saya tak memihak kepada tertuduh cuma terfikir kenapa hakim boleh menggunakan keterangan mangsa dan bukti bahawa kemaluan mangsa koyak, untuk menjatuhkan hukuman.. bagi saya hujah ini tak kuat.. tiada bukti tertuduh yang menyebabkan koyakan itu.. bayangkan seorang gadis yang sudah hilang daranya, boleh sahaja dia berlakon untuk menutup kesalahan dan mengkambinghitamkan orang yang tidak bersalah.. Kebiasaannya naluri kita akan memihak kepada pihak perempuan bila terjadi kes poligami, perceraian, dsb.. saya rasa keterangan dan saksi2 yang dikemukakan oleh saiful bukhari lebih kuat dari kes ini.. harap jangan salah faham dengan saya, kebetulan saya baca hadis di bawah ini semalam dan kes ini membuatkan saya terfikir. perkara ini tidak mustahil, sila baca kes terbaru melibatkan Mansoor Ali Khan di India.

Dari Ummi Salamah r.a katanya :
"Rasulullah s.a. bersabda :
"Sesungguhnya kamu memajukan perkara kepadaku. Boleh jadi
yang seorang lebih pandai memberikan alasannya dari yang lain
lalu aku putuskan memenangkan orang itu sesuai dengan apa
apa yang aku dengar daripadanya. Sebab itu, siapa yang aku
menangkan, memperoleh sesuatu yang menjadi kepunyaan
saudaranya janganlah diambilnya, kerana putusan itu berarti
aku memberikan kepadanya sepotong api neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim